Saturday, October 24, 2009

Resipi cinta #2

Terima kasih kerana anda masih lagi bersama saya, pzul dalam rancangan resipi cinta episod dua. Pada post kali ini, mari kita lihat apakah sambungan tips-tips bercinta kepada mereka di luar sana yang ingin mencari cinta ataupon memberi cinta ataupon. Diharap thread kali ini dapat memberikan korang sedikit idea apa yang korang kena buat lepas nie. Zaasss... Layaaannn

6. Melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”. (Yang nie aku malas nak edit)

7. Komunikasi
Komunikasi memang penting. Kalo korang dok senyap jek, tak berkomunikasi dengan si dia macam mana korang nak mengenali si dia. Jadi, ‘contact’lah si dia selalu, ingatlah orang yang tersayang. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan kata-kata hikmat ini kepadanya. Sebab siapa cepat dia dapat.

8. Komitmen
Jika korang ingin mendapatkan cinta yang mendalam, korang harus design komitmen korang berdasarkan worse case scenario. Tunjukkan bahawa korang memiliki komitmen yang mendalam dalam mencintai buah hati korang. Jika korang ingin memiliki hubungan yang penuh dengan ayat-ayat cinta, korang haruslah setia. Sekiranya korang memberikan sepenuh komitmen dalam mencintainya, ia akan menjadi sebuah hubungan yang kukuh (bukan hubungan sulit..)

9. Semangat
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang mendalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Kalo tak ada semangat mesti korang tak akan cuba rapat dengan orang yang korang suka. Macam main dota la. Tak semangat jek mesti kalah.

10. Kepercayaan
Antara elemen yang penting dalam bercinta. Kalo korang pon tak percaya antara satu sama lain, inikan pulak nak percaya kat aku. (Apa kaitan dengan aku nie?). Tanpa rasa percaya, seseorang tak akan bersikap jujur dan ikhlas dengan si dia. Banyak benda yang korang akan sorok daripada si dia. Mungkin ada kalanya korang sanggup menipu sebab tak percayakan si dia. Oleh itu, jangan menipu. Meniru tak pa.

Sekian saja thread saya pada kali ini. Sehingga bertemu lagi di masa akan datang (^_^)/

Viva bagai nak gila

Seminggu sebelum study week memang minggu yang paling busy bagi budak-budak course civil engineering pasal minggu nie la yang membuatkan hampir semua student awam berkampung kat kafe lembaran. Dengan 4 test, 3 assignment, 1 viva. Cukup untuk membuatkan kami sibok tahap gaban. Boleh dikatakan majoriti yang ada kat situ suma muka yang familiar jek. Semua dok kalut nak setelkan design rumah 5 tingkat yang sememangnya membuatkan kami tak tido semalaman. Kalo tido pon dalam sejam dua jek.

Namun, aku dapat rasakan yang abang yang berniaga kat kafe Halim tu pasti tersenyum manis kerana sana ada dia pasti yang lauk kat kedai dia laku ataupon kerana dia terharu dengan sikap kerjasama yang cuba ditonjolkan oleh kami semua. Konon-konon la... Namun makcik kafe pulak tidak berfikir begitu. Mereka pasti terasa penat sebab biasanya tak ramai sangat yang ada kat kafe so dia tak payah buat kerja banyak sangat. Tetapi langit tidak selalunya cerah, mereka terpaksa kerja lebih pada malam tersebut.

Apa yang aku buat?
Aku sampai tertido kat kafe lagi. Patut la member aku kata dia tengok aku dok statik je kat meja tu. Rupanya dah tido dah. Haha... Pastu bila dah bangun, dok tayang pulak muka mamai aku nie kat semua orang. Buat malu jek. Haha

Besok nya pulak hari viva. Tu dia punya ketaq abes takut tak boleh jawab soalan viva yang dr nak tanya sat lagi. Kena pulak dia tanya tapi mulut pulak tak terkata apa yang nak dikata, memang spoil la. Tuhan ja yang tau betapa aku rindu padamu. Eh? Silap. Tuhan je yang tau betapa resah gelisah aku pada masa tersebut. Tapi Alhamdulillah. Soalan yang dr tanya tu tak susah. Dapat jugak la jawab. Haha...

Apa pon, viva dah lepas. Hati aku gembira bagaikan bintang menghiasi langit di kala malam hari. Terasa macam dah habis final exam dah. Padahal tak start lagi pon.

Anyway, terima kasih kepada semua krew yang terlibat terutamanya ahli group aku sebab banyak bantu aku, ajar aku yang mana tak tau dan kerjasama yang telah korang berikan. Tak lupa jugak kepada rakan-rakan yang lain. Seronok tengok semua budak-budak awam gather kat kafe dan buat kerja ramai-ramai. Semoga kita dapat gather camnie lagi di lain masa. Salam... (^_^)/

Wednesday, October 21, 2009

Resipi cinta #1

Apa hal aku asyik post thread jiwang sejak akhir-akhir nie? Tapi tak pa la, aku ada benda sikit nak share dengan korang. Aku ada baca website pasal hal berkasih sayang nie. Jadi aku terfikir untuk kongsi dengan korang tapi telah melaui sedikit modification. Sebab kang aku buat ayat meleleh kaw-kaw punya kang korang tak percaya pulak aku yang post benda-benda camnie. So aku telah modify ayat meleleh tersebut kepada ayat-ayat cinta aku. Haha... Kat bawah nie merupakan resipi cinta. Ia merupakan resipi yang tidak mengenyangkan dimana ia tak boleh dimakan. Tapi ia boleh dirasai dengan hati yang suci.

1. Berfikir
Apa yang penting, korang boleh berfikir. Sebab kalo korang tak boleh berfikir, si dia mesti ingat korang nie gila. Kalo korang dah gila, confirm kena reject. Kalo korang selalu berfikir tentang si dia, korang akan ingin mengenalinya dengan lebih mendalam. Tapi kalo tak berani, takda jugak.

2. Menghormati
First, hormat diri sendiri dulu. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “Apa yang aku hormat dalam diri aku?”. Untuk mendapat perasaan hormat daripada orang lain, bahkan daripada orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”Apa yang aku hormati dalam diri mereka?”. Kalo tak dapat jawapan jugak, tanya je la kat si dia tak pon pi kat kaunter pertanyaan.

3. Memberi
Jika korang nak merasa perasaan dicintai, korang harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Persamaan ini adalah berkadar langsung dimana semakin banyak cinta korang beri, semakin banyak yang akan korang terima. Tapi kadang-kadang, lagi banyak duit yang korang beri, lagi banyak cinta yang datang. Tapi bukan cinta kat korang la, cinta kat duit korang.

4. Persahabatan
Selalunya cinta akan bermula daripada mata. Usha sikit punya lama baru turun ke hati. Daripada hati berputik rasa cinta. Kemudian akan wujud satu perasaan untuk mengenali dan wujudlah persahabatan. Persahabatan nie macam tanah. Korang kena tanam benih cinta dulu. Pastu kena la letak baja dan air. Tapi jangan boh air dan baja kat si dia pulak. Kena smackdown pulak kang.

5. Sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang kuat. Tak bermaksud semakin banyak korang menyentuh si dia, semakin cinta korang kat dia. Tapi perkara sebaliknya mungkin berlaku dimana semakin banyak korang menyentuh si dia, semakin banyak pelempang yang korang dapat.

Setakat ini sahaja buat masa ini. Nantikan episod yang akan datang. (^_^)/

Saturday, October 17, 2009

Zodiak lelaki #2: Taurus

~Dia seorang yang praktikal serta berseni. Mereka mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik. Malah mungkin seorang ahli muzik.

~Mereka mudah bergaul, suka jenaka dan ketawa.

~Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tarikan dirinya sendiri. Ini menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita.

~Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati. Apa yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.

~Mementingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya.

~Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya, di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu. Oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan.

~Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik.

~Tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.


Sapa yang zodiak dia taurus? Angkat tangan... (^_^)/

Anthem of my heart

Aku nak share sikit lagu-lagu yang aku minat. Basically aku nie boleh dikatakan seorang yang meminati muzik. Aku nie universal. Kalo lagu tu sedap di dengar oleh telinga aku, boleh layan la tu. Tapi dalam banyak-banyak genre muzik, metal la muzik yang paling aku suka. Antara band-band metal yang aku selalu dengar lagu diorang:

1)Silverstein
2)Atreyu
3)Slipknot
4)A Day To Remember
4)All That Remains
5)Soilwork
6)Spineshank
7)Bullet For My Valentine
8)Mushroomhead
9)Static X
10)Trivium

Sebenarnya ada banyak lagi tapi cukup la setakat tu buat masa nie. Kalo nak list semua dekat 100++ band jugak la. Haha... Kenapa aku suka muzik metal? Sebab muzik diorang powerful. Takda la meleleh cam lagu rock kapak yang boleh buat aku nak tidoq bila aku dengar lagu depa. Lagu metal nie memang boleh buatkan aku semangat pasal muzik diorang memang bertenaga. Daripada lemah longlai aku mampu jadi lelaki yang gagah. Ish... Takda la sampai camtu. Gempak je lebih.

Seperti yang aku kata, aku kan universal. Ada masa aku layan jugak lagu-lagu rock kapak. Tapi takda lagu sampai meleleh jiwang karat tarak hingat punya. Yang ok, aku dengar ja. Indie pon aku layan, alternative. Jangan terkejut, nasyid pon aku dengar jugak. Ingat aku tak layan lagu-lagu agama ke? Tapi kadang-kadang je bila keinsafan hadir dalam diri. Tapi bila keinsafan tu hilang, metal balik la aku.. Haha...

Apa pon masing-masing ada interest sendiri. Yang suka muzik ada, yang tak suka muzik pon ada. Terpulang kepada individu bagaimana mereka memanipulasikan persekitaran dengan kehendak mereka. No pain no gain... (^_^)/

Friday, October 16, 2009

Zodiak lelaki #1: Aries

~Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin.

~Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah.

~Dia tidak tekun, dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.

~Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan terutamanya dari segi daya penarik. Dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya. Kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita.

~Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.

~Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya.

~Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Kepada sesiapa yang zodiak dia Aries, ciri-ciri kat atas ada kena-mengena dengan korang tak? (^_^)/

Lawak hari ini

Pagi tadi aku ada job interview. Aku macam biasa la, malas nak prepare punya pasal aku tengok-tengok jek cover letter aku sikit dan search sikit pasal company yang aku nak apply kerja tu. Dah la ponteng kelas pulak pagi tu, memang spoil betul la. Setibanya kat bilik dia, otak aku pon mula berfikir. Tak senang duduk jugak la memikirkan apa soalan yang Encik Hamid tu nak tanya kejap lagi.

Lepas tu Shahril pon keluar daripada bilik Encik Hamid. Masa tu turn aku pulak. Dalam senarai yang dah ditampal kat board nama aku lepas Shahril. Aku pon masuk la bilik dia. Memula masuk jek dia suruh aku sign attendance. Tapi yang bestnye pen tu tak da dakwat. Hahaha....

Pastu tu dia tanya, how good is your English. Alamak,nak jawab apa pulak nie? Aku pon jawab not good la... Takkan nak kata excellent kot? BI pon tunggang langgang lagi. Then dia bagi tau aku satu benda... "You are applying wrong job" kata Encik Hamid. "Ahh sudah... Mampos aku..." hati aku berkata. Tergamam jugak aku pasal dia kata camtu. Pastu habis lintang pukang aku punya interview. Blank kepala otak aku yang tak berjambul nie... Aku dah jadi cam orang gagap pulak kat dalam tu.

Last sekali dia tanya "Do you think that you will be given the job?"... Aku jawab dengan senyuman terukir dibibirku "Definitely no!" dengan konfidennya aku berkata. The end... Interview yang paling hampeh... Kelu lidah aku tak tau nak jawab apa dah... Pakai dah smart sekali spoil pulak. Haha... (^_^)/

Gambar yang aku edit

Dulu masa aku kecik-kecik mak aku tak ajar pon cara nak edit gambar. Pastu bila dah besar tak tau camna nak edit gambar. Pastu aku pon menuntut dengan sahabt baik aku. Dia pon ajar la aku sikit-sikit camna nak guna Ulead. Kemudian aku pon belajar la sendiri camna nak guna Ulead dengan lebih efektif. Hari demi hari aku practice namun masih lagi tak terer seperti sahabat aku tu.

Sekarang aku dah malas nak edit gambar dah. Dah pencen. Takda kreativiti dalam bidang nie. Kat bawah nie antara gambar-gambar yang aku penah edit masa zaman-zaman aku taksub meng'edit' gambar. Itu je yang termampu... (^_^)/





Statistik power consumption




Gambarajah di atas merupakan statistik power consumption untuk grafik kad yang terpilih sahaja. Semakin kecil bar untuk chart di atas semakin sedikit lah power consumption yang digunakan oleh grafik kad. Grafik kad yang power tak semestinya menggunakan power yang tinggi. Dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, grafik kad yang power tidak menggunakan power yang terlalu banyak. Ini kerana semakin banyak power yang digunakan semakin tinggi haba yang dihasilkan. Ini telah memeningkan kepala manufacturer kerana mereka terpaksa mencari jalan untuk mengurangkan haba yang terhasil demi menghasilkan grafik kad yang lebih reliable.

Untuk penggemar tegar grafik kad ATI Radeon, 5 Series yang baru keluar di pasaran sekarang menggunakan power yang kurang namun performance yang diberikan memang superb. Jadi, inilah masanya untuk korang upgrade kepada grafik kad yang baru. Bagi yang ada duit je la. Yang tak da duit sabar dulu. Tunggu PTPTN sem depan masuk yek? (^_^)/

Friday, October 9, 2009

4-2

Puas!
Bangga!
Seronok!

Itulah perkataan yang dapat aku luahkan setelah kami dinobatkan sebagai JUARA tempat ketiga semalam (bajet cam tempat pertama jek). Perlawanan semalam memang dramatik giler sebab daripada ketinggalan 0-2 kami kejar balik untuk menang 4-2 dengan team postgrad semalam.

Terperanjat beruk kami bila baru je start main dah kena sebijik. Bola corner yang depa dapat memang tak disia-siakan bila yop header masuk ke gawang kami. Tak pa. Baru 0-1.

Pastu, kami main lagi. Tapi kena lagi sebijik. Dalam hati aku "Alamak, dah 0-2"... Bola yang disepak oleh mereka kepada yop rupanya tidak offside sebab semua defend kami dah lepas line tengah padang. Yop pon meluru bagai ribut untuk one-by-one dengan Ikhwan dan jaringkan gol dengan mudah.

Nasib la pastu kena 0-2 kami tak moral down lagi. Kemudian kami dapat corner. Amin amek corner pendek kepada Fariman. Kami pon merjerit suruh Fariman cross. Ingatkan dia nak cross, tapi rupanya dia shoot. Yang geramnya, masuk pulak tu... Smart gila!

Secong half pulak, kami attack lagi. Bola yang dapat kat aku lantas aku pass kat Shahril. Shahril pulak pass kat Amin. Dengan muka yang serius Amin pun shoot. GOL!!! Kami jerit. Haha... Seronok gila. 2-2 sama dah. Semangat pun dah semakin berkobar-kobar sebab dah dapat samakan kedudukan.

Izhar ada amek free kick. Memang smart dah free kick dia tapi keeper depa dapat baca sepakan beliau. Keeper depa pun save bola tersebut. Takkan nak biar kot? Kalo gol la free kick tu, mesti aku dah bukak baju celebrate gol tersebut (cam aku pulak yang score...ek eleh).

Gol yang paling smart bagi aku semalam gol free kick Amin. Fariman dummy punya la smart. Habis tertipu depa punya defend. Kucar-kacir pertahanan depa. Fariman mesti bangga sebab taktik beliau menjadi. Amin just shoot celah-celah depa ja. Keeper depa tak boleh nak buat apa. Ramai sangat orang depan gol. Nak save pon dah terlambat. Kami lead 3-2. Masa tu semua dah happy dah. Takda lagi dah pressure.

Last but not least. Luqman pon taknak ketinggalan. Dia main defend pulak tu. Defend score memang wonderful and colorful. Daripada bawah dia sprint 100m untuk pergi sampai kotak penalti pihak lawan. Bola sapa cross tah aku tak ingat, Luqman sempurnakan dengan wajah ceria dan bersahaja. Bola tu mulanya kami ingat dah keluar sebab takda orang kat hujung sana tapi Luqman datang dengan tangkas lantas score. Gol celebration dia memang smart. Cayala Luqman.

Setelah wisel penamat ditiup, kami telah dinobatkan sebagai tempat ketiga untuk pertandingan bola sepak KASUS. Alangkah germbiranya kami semua. Tuhan saja yang tahu. Diharap lepas nie kalau ada lagi match yang besar-besar cam nie, kite dapat main dalam 1 team lagi. Tahniah untuk semua pemain Awam 3. Congratulation!! (^_^)/

Wednesday, October 7, 2009

Snow white

Ada apa dengan hari nie?
Hari nie aku telah join satu competition sketsa untuk subjek LSP404. Apa yang bestnya, audience yang hadir tak kering gusi tengok sketsa kami.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam DK6 tempat pertandingan sketsa berlangsung, aku dah terkejut. Mana tak nya. Ada satu group tengah berlakon kat depan tu. Prop depa simple giler. Guna manila kad jek. Yang kami nie siap ada prop untuk watak haiwan, ranting hidup yang baru je depa potong dan macam-macam lagi. Rasa cam semangat giler group kami nak berlakon kejap lagi.

Watak aku?
Aku nak jadi angin...
Tapi depa tak bagi...
So aku kena jadi pokok...

Aku berlakon spontan jek. Takda idea sangat. Dah la watak aku nie pokok yang kena tebang. Aku pon main tibai sesedap rasa ja. Haha... Tapi seronok jugak berlakon secarca spontan nie. Takda skrip. Tak payah nak hafal.

Apa pon, aku puas hati jugak la dengan lakonan group kami. Semua boleh dikatakan sporting jugak la. Kerjasama tu ada. Kalo ada peluang lagi untuk berlakon dalam sketsa lain pulak, aku nak berlakon lagi. Aku nak jadi watak impian aku (angin) pulak. Thanks for all your cooperation. Sketsa yang best! (^_^)/

0 - 1

Tiang...
Benda yang bebudak awam dok pening kepala nak design.
Nak boh kat mana dia punya reinforcement?
Berapa cover nak kena buat?
Berapa batang steel nak boh?

Tapi tiang jugak la yang buat bebudak awam dok pening kepala apasal la suma serangan yang kami buat banyak yang kena dia. Mungkin sebab kami dah biasa main bola dan jadikan tiang sebagai gol. Jadi dah tak boleh nak shoot kena jaring... Aishh...

Maybe kami takda luck. Shahril dah one-by-one ngan keeper tapi keeper diorang dapat baca plak bola dia. Kemudian corner, Shahril header tapi bola melayang melepasi palang. Banyak gak offside trap yang pihak lawan buat sebab diorang tau striker kami laju-laju belaka.

Second half pulak, kami gandakan asakan. Aku cross kat Shahril dan dia dah tap bola tu tapi kena tiang pulak. Pastu aku dapat chance, shoot, kena tiang jugak. Tapi sekali diorang dapat free kick terus gol. Ikhwan dah mainkan peranan dia sebagai gol keeper kami tapi padang la buat hal pulak. Bola yang Ikhwan ingat akan bump ke dada dia rupanya jatuh ke tanah dan meleret masuk dalam gol. Memang nasib kami la.

Lepas tu memang kami dah pressure la. Terus attack sampai ke tiupan wisel yang terakhir. Yang pihak lawan pon main cam s***l sebab saja lambat-lambatkan masa. Boleh kena kad tu. Tapi reff lupa nak bawak kad kot, tu yang depa tak kena kad. Adoi. Hajat nak ke final dah berkubur. Sekarang yang tinggal hanya tempat ke-3 dan ke-4 je lagi.

Anyway, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemain Awam 3. Memang batch student awam kita didatangi dengan pakej yang memang best. Setiap posisi ada player yang boleh main. InsyaAllah, kita akan menang esok. Semoga Allah akan memberi kita kejayaan pada hari esok. Gudluck to all... (^_^)/

Barisan first eleven:
1.Ikhwan
2.Azman
3.Izhar
4.Luqman
5.Hadi
6.Fariman
7.Badut
8.Amin
9.Aku
10.Syidi
11.Shahril

Barisan substitute:
1.Ammar
2.Faiz
3.Jep
4.Kamal
5.Shasha
6.Apis
7.Zuha

Tuesday, October 6, 2009

1 - 0

Tap.. Tap...
Langit yang cerah berubah menjadi mendung.
Hatiku resah...
Baju kat ampaian tak amek lagi...
Kena PT petang pulak tu, pasir tak cari lagi...
Quater final bola sepak bakal berlangsung, kaki pulak bengkak...
Fikiranku serabut, aku celaru...

Ayat-ayat di atas hanyalah tipu helah aku untuk menyedapkan muqaddimah untuk thread kali nie. Apa yang membuatkan aku ceria pada hari ini adalah kerana team bola sepak kami dah menang menentang team Soon To Be Feared. Perlawanan berlangsung dalam keadaan yang penuh dramatik di mana hujan turun tanpa mempedulikan kami yang semakin lenjun. Namun kerana keinginan untuk bermain bola tu membuak-buak, kami teruskan jugak hasrat kami membawa pulang trofi ke skul kita (eh...ada trofi ke?).

Pada separuh masa yang pertama kami banyak menyerang kubu pihak lawan. Ini kerana tak kan kami nak serang kubu sendiri kot? Ek eleh... Banyak percubaan yang tak jadi sebab mereka ada kunci kejayaan yang mampu mengekang pergerakan striker kami. Anda nak tahu apakah kunci kejayaan tersebut? Ianya tidak lain dan tidak bukan lopak air di depan gol mereka. Striker kami bertungkus lumus memerah keringat untuk mencuba menjaringkan gol. Namun usaha mereka sia-sia belaka. Ini kerana apa yang mereka sepak bukanlah bola tetapi air yang tidak sedap untuk diminum.

Namun pada separuh masa kedua, kami menggandakan asakan tetapi masih buntu untuk menjaringkan gol. Setelah beberapa pertukaran dibuat, barulah tuah menyebelahi kami. Selepas aku dikeluarkan, terus je gol. Nampak bebeno aku nie cam spoil jek. Hampeh... Haha... Tapi tak pa, yang penting kami memiliki sebijik gol yang amat berharga. Lebih berharga daripada segunung intan dan selautan permata. Tidak dapat kugambarkan betapa 'happy'nya kami. Gol tersebut merupakan gol kemenangan kami yang hadir pada lewat permainan. Penjaring gol tersebut adalah Fariman (bukan nama penuh). Setakat ini, beliau telah menjaringkan 2 gol untuk pasukan kami. Terima kasih yang tidak terhingga untuk beliau di atas pengorbanan yang dilakukan (pengorbanan ke tu?). Terima kasih juga kepada yang tolong assist bola Fariman tadi tu. Sapa dia tah aku tak ingat pulak.

Tahniah diucapkan di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Awam 3. Sesungguhnya kita telah layak ke semi-final. Alhamdulillah. Semoga pada match semi-final nanti kita akan menang lagi. InsyaAllah... (^_^)/

Friday, October 2, 2009

0 - 0

Tanggal 2 Oktober 2009, di kala perlawanan antara Transkickers menentang Awam 3, aku merasakan akulah pemain paling teruk pada hari nie. Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Kredit diberikan kepada penjaga gol kami, Ikhwan yang banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pihak lawan. "Aku dapat 6 point kot ari nie..." kata Ikhwan. "Kalo tambah bola yang ko save boleh dapat 9 point..." tambah Shahril pula. Kami telah berpakat memberi nama jolokan yang baru kepada beliau iaitu "Ben Ikhwan"

Tidak lupa juga kepada pemain pertahanan pasukan kami yang terdiri daripada Azman, Izhar, Luqman dan Hadi yang bersusah payah menyelamatkan gawang kami daripada ditembusi oleh pemain lawan. Mereka bermain mati-matian dengan tidak menghiraukan dugaan dan halangan yang datang melanda. Padang yang becak lagi mereka redah, dengan semangat dan keazaman yang tinggi. Bagai menatang minyak yang penuh bak kata orang tua-tua...

Pemain tengah kami juga bertungkus lumus membuat through ball yang cantik namun nasib tidak menyebelahi kami. Fariman dan Badut berusaha mengawal pergerakan pihak lawan di bahagian tengah. Walaupun ada ketikanya mereka berjaya dibolosi. Namun segala usaha mereka harus dipuji.

Pemain penuh kontroversi kami, Shahril hari nie tidak berlakon hari nie. Sama ada dia off atau pun tidak mendapat peluang untuk berlakon. Akan tetapi permainan beliau adalah baik digandingkan bersama Ammar dan Syidi.

Apa yang aku buat hari nie, aku tak minum dah air padang tapi aku still lagi kena tackle (taknak kena tackle pi main guli la...). Banyak through ball yang geng aku bagi tapi aku sia-siakan jek. Hampeh... Kepada semua geng bola Awam 3 aku mintak maaf sebab tak dapat bantu korang untuk score even sebijik gol. Maybe aku patut di'replace' untuk game yang akan datang. I'm sorry a lot...

Akhir kata "Majulah Sukan Untuk Kejuruteraan Awam" (^_^)/

Thursday, October 1, 2009

3 - 1

Alhamdulillah, hari nie merupakan antara hari-hari yang gemilang bwat kami di mana kami telah menang 3 - 1 menentang pasukan Chemengusm. Walaupun keadaan padang agak berair berikutan hujan beberapa hari nie namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain tengah kami iaitu Fariman. Shahril melorongkan bola tepat ke kaki Fariman. Fariman dengan konfidennya merembat kencang tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang terpekik terlolong meminta bola. Namun, kami tidak kisah kerana rembatannya tepat menerjah gawang pihak lawan. Jika penjaga gol lawan tinggi sedikit pasti tidak gol. Jadi kami bersyukur kerana keeper tersebut tidak setinggi Petr Cech.

Gol kedua pula dijaringkan oleh Shahril. Through ball yang dilorongkan untuk aku telah aku cross dengan selamba. Pada mulanya aku ingat dapat kat Ammar tapi dia menbodohkan keeper pihak lawan dengan membiarkan sahaja bola tersebut melepasi dirinya dan dapat kepada Shahril. Akhirnya, bola tersebut dijaringkan dengan mudah tanpa disedari oleh pihak penaja.

Terdapat sedikit kekecohan berlaku di mana striker kami pada hari nie, Shahril telah menjatuhkan dirinya dengan sengaja sambil tersenyum kerana dia tahu penalti sudah ada dalam genggaman. Penjaring gol ketiga kami, Izhar mengambil penalti tersebut lalu menyempurnakannya dengan wajah yang murni lagi berseri.

Apa yang aku bwat hari nie? Aku kena tackle dan terminum sedikit air di padang tadi dengan di campur sedikit ramuan tradisi tanah dan rumput. Selain itu aku juga turut membazirkan bola yang sepatutnya disempurnakan oleh mereka yang lebih power seperti amin dan rakan-rakanku yang lain. Dengan perasaan tamak haloba taik hidung masin, aku bwat dono lalu melepaskan rembatan yang aku sudah tahu pasti akan tersasar punya la... Maafku pinta kepada semua...

Last but not least, kami amat berpuas hati kerana telah menang pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pemain bola sepak awam 3. Dengan kesungguhan yang ditampilkan kita mampu menang pada hari ini. Alhamdulillah... Semoga kita akan menang lagi esok... InsyaAllah... (^_^)/

Senarai pemain awam 3:
1.amin - wing kanan
2.azman - bek tengah
3.shahril - penyerang
4.izhar - bek tengah
5.fariman - tengah
6.jep - wing kiri
7.kamal - bek kiri
8.syidi - penyerang
9.hadi - bek kiri
10.apis - penyerang
11.luqman - bek kanan
12.ikhwan - penjaga gol
13.ammar - penyerang
14.badut - tengah
15.zuha - bek kanan
16.shasha - bek tengah
17.faiz - bek kanan
18.aku - wing kiri