Saturday, January 29, 2011

Sabtu (29.1.2011)

Hmm... Memandangkan cuti semester dah bermula, ramai yang dah mula memblahkan diri mereka pulang ke rumah. Aku jugak akan turut sama pulang ke rumah, tapi kalau ikot planning awal besok baru aku bertolak. Bila fikir-fikir balik, apa la yang aku nak buat kat rumah nanti. Desktop takda, internet takda. Tapi kawan-kawan ada kot?

Oleh sebab ramai yang dah balik kampung, sunyi sepi kat USM nie ha. Roomate aku pon semua dah blah meninggalkan aku kesepian seorang diri. Ada berapa kerat je lagi yang tak balik. Sama ada mereka sibok dengan FYP atau mereka nak layan internet sampai muntah sebelum pulang ke kampung halaman.

Niat di hati nak setelkan sikit FYP aku sebelum aku balik rumah. Tapi kalau 24 jam nak belek FYP, nanti orang kata poyo pulak. Jadi kena la selitkan sikit tentatif yang lain macam main game ke tengok anime ke atau perkara yang boleh menghilangkan bosan. Tapi perkara yang boleh menghilangkan bosan lagi banyak dibuat daripada FYP. Bila la nak siap macam nie.

Anyway, selamat bercuti aku ucapkan kepada semua. (^_^)/

Friday, January 28, 2011

Cuti semester

Sedar tak sedar, cuti semester dah semakin hampir. Sedang asyik belajar, inilah masanya untuk aku sebagai student nak rest minda aku daripada serabut study, game dan final year projek. Balik rumah nie aku nak rest kaw-kaw (padahal kelas 1 hari je seminggu...tak cukup rest lagi ke?)

Kepada mereka yang balik rumah hari nie, safe journey home. Enjoy the holiday. Jaga diri korang baik-baik. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Di kesempatan nie, Happy Holiday aku ucapkan. Kepada yang berbangsa Cina, Selamat Tahun Baru Cina aku wish kat korang. Cuti pon cuti jugak, tapi FYP still gak kena jalan. Adoi. (-_-")

Thursday, January 27, 2011

FYP lagi

Setelah selesai mengambil data di site yang pertama di Bukit Jambul (BJ), kami pon berasa seronok la sebab first time ambil data, everything went well although we are all inexperince for the first time. Jadi esoknye kami move ke point kedua kami. Mood macam semalam, harap-harap cepat la habis sebab nak balik bilik main game. Haha.

Sampai je kat point kedua, kami check dulu elevation tempat tersebut. Bila dah confirm yang elevation tu hampir tepat dengan yang di suggestkan oleh diri kami sendiri then kami pon lantas menyetup instrumen masing-masing. Lepas selesai menyetup instrumen, aku pon terdengar suatu bunyi. Macam biasa dengar. Bunyi datang daripada perut? Lol. Lapar rupanya. Ingatkan apa tadi.

Mata aku pon mula meliar memandang ke sekeliling dengan pantas dan rakus. Terjumpa pulak ada satu stall nasik lemak. Wah~ Memang kena la. Then, rakan aku pon membeli nasik lemak tersebut. Lantas, tibai sampai licin. Sedap pulak tu. Ingat nak pi beli lagi. Tapi tak pa la, orang kata berhenti makan sebelum kenyang kan? Tapi nie separuh full idok. Adui.

Warga Penang macam biasa la, mula la usha buat muka macam tak puas hati la buat muka pelik la. Niat aku murni kot? Nak ambil data je. Sedang asyik menunggu data di ambil cukup sejam, tiba-tiba... Jeng.. Jeng.. Jeng.. Instrumen aku habis bateri. Laa.. Ahh... Terus takda mood nak sambung cerita. Gua blah dulu

Career Fair Lagi

Dalam pukul 3 kot kalau tak salah aku, aku pi la bilik Luqman sebab nak ambil sedikit anime buat layanan di kala bosan. Lepas transfer aku borak-borak la kejap dengan dia. Then tiba-tiba dia ajak aku pi drop resume. Aku pon takda buat apa so layan je la. Aku turun ke bilik lantas bersiap. Oleh kerana helmet aku telah hilang buat selama-lamanya, jadi Luqman pun terpaksa la mencari helmet untuk aku. Hehe. Thanks.

Then kami pun meluncur laju selaju 40km/h ke Dewan Utama. Tergambar kegembiraan di wajah Luqman ketika kami on the way ke DU. Luqman ada jugak cerita yang dia nak drop resume dekat kompeni Samsung. Samsung? Apa kaitan? Tanya aku yang penuh kebingungan. "Tu la aku nak pi tanya apa kaitan dengan Civil Engineering..." kata Luqman.

Sampainya di sana, kami pun jalan dengan penuh keyakinan. Masuk je DU dah rasa bahang kesejukan. Sebab DU kan ada air-cond. Memang la rasa sejuk. Tapi langit tak selalunya cerah. Rupanya, Samsung dah balik. Aduh. "Macam mana nie Luqman?" tanya aku yang sedikit bersimpati.

"Nak buat macam mana? Balik la..."

Then, kami pun balik je la. Sebab objektif utama gagal dilaksanakan. Aku simpati jugak kat Luqman sebab apa yang dia nak buat tak tercapai. Harap hang bersabaq na... Nanti ada la rezeki kat kompeni lain. Chow~ (^_^)/

Wednesday, January 26, 2011

Hari first ambil data

Haa, kalo korang nak tau, BJ merupakan salah satu site yang aku dan kawan ku pilih sebagai lokasi penggambaran projek tahun akhir kami. Nak tau sebab apa kami pilih BJ? Hahahaha.... (Gelak jahat seketika). Sebab lecturer suggest. Ingat kami nak pi enjoy ke? Tapi kalo dah alang-alang kat BJ, pi jalan-jalan sekali la jawabnye.

First time set up instrumen, macam-macam mata dah memandang kami. Apa ingat kami nie MPPP ke? Aku buat bodoh je la. Asal lalu je suma nak usha pelik. Tapi aku buat macam diorang tak wujud je la. Yang bestnye. Ada yang tanya "Ini ada buat speed trap kah?". Aku pun tersenyum. Dalam hati aku nak kata "Yes. Kami ada shortlist kenderaan yang melebihi kelajuan ketika berada di roundabout." Takkan la buat speed trap kat roundabout. Haha.

Tapi tu suma kata hati kecil aku. Aku respon sebaliknya la. Takkan nak kelentong pulak. Anyway, hari first pon dah rasa letih. Pi pukul 7 pagi balik pukul 7 malam. Walawey! Tapi satu pengalaman baru jugak la bila buat projek tapi takda yang pro bersama kita untuk guide kita. Nice experience.

Kepada rakan-rakan yang still on the run untuk complete kan lab @ whatever, do your best and good luck. (^_^)/

Career Fair

Masa third year aku pi career fair nie, aku just kutip pamplet je. Saja, collect banyak-banyak sikit. Dalam hati niat nak usha-usha la bila takda kerja kat bilik tapi...haramm. Tak sentuh pun lepas tu. Memang takda kesedaran langsung pasal masa depan. Tahun nie, macam biasa la career fair mesti ada punya.

Kali aku kembali ke DU dengan geng-geng. Tapi aku bawak sikit kesedaran aku terhadap kepentingan career fair nie. Aku dah tak collect dah pamplet tu banyak-banyak. Sebab aku tau nanti mesti tak tengok gak. Aku ambil yang mana aku rasa nak ambil je. Bila usha requirement dia, mak ai... CGPA 3.0. Segan betol nak hantar resume rasanya. Dengan result yang agak cap ayam, layan je la. Dah la kompeni yang datang semua besar-besar.

Time drop resume kat Gamuda, kami terus di'invite' untuk pi interview. Mak ai... Dengan pakaian selekeh yang seperti hari-hari lain, tergamam la pulak aku buat seketika. Ada yang tanya "Are you ready to join Gamuda?". Perghh... Rakan-rakan aku ready la kot. Aku fikir dengan result tak sampai 3, aku surver dulu la kot. Then aku pilih untuk drop resume dekat Gamuda, MMC dengan SYABAS. Walaupun tak letak harapan tinggi sangat. Kepada rakan-rakan yang dah pi interview, harap korang buat the best. Hopefully later depa akan terima korang bekerja. All the best!! *(^_^)/

Tuesday, January 25, 2011

Sukan Tahunan Awam

Baru-baru nie aku dengar, STAM akan kembali dimana penglibatan setiap insan yang belajar dia USM yang mengambil course Kejuruteraan Awam adalah amat digalakkan. Jadi lantas aku telah memasang keazaman untuk mengubat kekecewaan hati aku ketika SUKAD dahulu. Sebagai juara bertahan dalam acara bola sepak, lagi la berkobar-kobar semangat aku nak main nak mempertahankan mahkota (ceh...pingat pon tak dapat).

Tapi, hari tak selalunya mendung. Kadang-kadang hujan lebat sampai melimpah air daripada eco drain kat sini. Rupa-rupanya, sukan bola sepak dah dimansuhkan. Ini berikutan sebab tak banyak team yang join. Macam tahun lepas. Aduyai. Baru je semnagat nak main. Terus rasa malas nak join STAM kali nie.

Futsal? Futsal ada la kot. Boleh buat banyak team. Hmm... Aku still lagi fikir nak join futsal ke tak. Tak pun, join bowling je la. Betapa kecewanya aku sebab bola sepak takda. Anyway, kepada geng-geng 4th year Awam, nie last je kita nak enjoy main game sama-sama. JOM kita memeriahkan STAM tahun nie. (^_^)/

Monday, January 24, 2011

Flashback #1

Sawadikap~

Untuk flashback kali nie aku nak cerita sikit pasal tournament yang pernah aku join sem lepas. Tournament tersebut dinamakan SUKAD - Sukan Antara Desasiswa. Kalau kat USM, hostel kami panggil desasiswa. Kalau U lain aku tak tahu la. Mungkin sukan antara hostel? Mahupun sukan antara Challet?

Tahun nie macam tahun-tahun lepas. Aku participate dalam sukan bola sepak. Pergi selection tiap-tiap hari tapi tak dapat. (T_T) Berkat recommendation kapten bola Jaya, dapat la aku join jugak (Aku dok dekat Desasiswa Jaya). Terima kasih kapten.

Tapi tahun nie boleh dikatakan lebih unfortunate daripada tahun lepas sebab tahun lepas kami dapat main sampai quarter final, tapi tahun nie kami cuma dapat main dalam group je. Nasib tak menyebelahi kami.

Tapi, apa yang bestnye, aku dapat score sebijik dalam tournament tersebut. Perghh. Gembira? Riang? Rasa happy? Memang seronok tarak hingat punya la. Lagi-lagi gol penyamaan ketika kami ketinggalan 1 - 2. Hmm. Nak celebrate buat gaya apa? Guling? Gimnastik artistik? Renang berirama? Last-last sebab tak dapat fikir aku lari je laju-laju. Tak cool langsung.

Tapi benda nie buat kan aku senyum balik bila terkenang. Zaman main bola dengan member-member kat peringkat yang agak tinggi. Next time maybe tak da dah. So just enjoy the moment eventough tak dapat ke quarter final.

Last but not least, thanks for Jaya footballer for giving such a good cooperation. Majulah sukan untuk USM. (^_^)/