Wednesday, February 23, 2011

Graphic card overclocking

Untuk entri kali nie aku nak share sedikit result overclocking graphic card aku. Sebagai permulaan sesuatu benchmark, of course la nak kena set at stock clock dulu. Then baru la compare dengan result overclocked.

Stock clock untuk graphic card aku adalah 775MHz dengan voltage 1.037V. Fan aku set jadi 80%. Bunyi cam blower fan dah. Bising. Jadi for the first entry, I would like to attached some result of benchmark at stock clock.

Test bed aku:

Processor = Intel Core i3 530 @ 2.93GHz
Motherboard = Asus P7H55-M
RAM = 2 x 2Gb Kingston Value 1333MHz
Graphic card = Asus GTX 460 Top 1Gb
Power supply = Silverstone Strider Evolution 500W
Hard disk = Western Digital 1.66Tb
OS = Window 7 Ultimate 32 bit
CPU cooler = Cooler Master Hyper 212+

Result:

Heaven 2.1 

Resident Evil 5
Fixed = 65.6 fps
Variable = 85.7 fps

Lost Planet 2  
Test A =  44.3 fps
Test B = 34.5 fps

Alien Vs Predator  
FPS = 43.6 fps 

p/s: Untuk benchmark lain aku tak dapat nak provide gambar since aku takda kamera.

Monday, February 21, 2011

Guitar Time

Hmm... Beberapa hari lepas, bosan punya pasal. Aku lepak la kat bilik member aku. Sembang-sembang pasal kehidupan, hardware komputer dan lain-lain topik yang tak da dalam silibus pembelajaran semester nie. Tiba-tiba geng aku capai gitar dia pastu main 1 lagu. Lagu palapes. Aku dengar. Mak ai, pelik betul bunyi dia.

Pastu aku pun capai gitar rumet dia. Goreng-goreng jap then aku dapat cari kord untuk lagu "Siapa suruh masuk tentera". Nak tergelak pon ada. Siap cari dia punya lead lagi. Sorang main lead, sorang bass, sorang gitar. Nice. Tapi still kena touch up lagi kasi bunyi lagi best.

Padahal lagu nie kami nyanyi nak kasi step sama masa lari je pon.

Kemudian mula la terfikir nak buat video. Kepada skuad aku, nantikan kemunculan video terbaru kami dalam facebook. Jai sebagai vokalis. (^_^)/

Wednesday, February 16, 2011

Gambar kenangan #5

Suatu ketika aku masih lagi bergelar kadet







Thanks for the memories (^_^)/

EVGA GTX460 Superclock Extrenal Exhaust

Haa. Yang nie nama graphic card aku ke berapa ye? Ke-5. Graphic card nie adalah fermi version yang awal-awal dulu selain GTX465, GTX470 dan GTX480. Masa tu pon EVGA baru nak ada dalam pasaran Malaysia setelah aku ikut forum selama setahun (2009).

Graphic card nie lain sikit version dia dengan normal version. Bezanya pada cooler. Yang nie jenis blower. But still black in color. Specifications dia seperti kat bawah:
  • Core clock = 763MHz
  • Memory clock = 3800MHz
  • Shader clock = 1526MHz
  • CUDA cores = 336
  • Memory detail = 1024Mb
  • Memory band width = 256bit
Harga? Murah ja. Tak sampai seribu. Baru RM820. Waa... Habis duit aku. Tapi sebab masa tu tengah sangap nak main game, aku beli jugak. Mahal jugak la. Tapi sebab GTX460 pon baru di'launch'. Mesti la harga mahal sikit. Tapi puas hati jugak sebab NVidia latest graphic card nie sejuk. Idle boleh capai serendah 37'c.

Untuk pengguna di Malaysia, kita hanya dapat warranty 2.5 tahun berbanding di US lifetime warranty. Adakah ini keadilan @ diskriminasi? Joke je. Lepas tu apa lagi, serve nafsu la jawabnya. Main seberapa banyak game yang mampu. Kelas? Esok lusa pon ada kelas. Nanti aku pi la.

Gambar sekadar hiasan




Cuti semester #1

Last semester break, I have my own trip to K.L with my father for some urgent visit. Ahh. Malas aku nak tulis dalam B.I. Bapak aku nak menziarahi sedara yang meninggal. Rumah orang tu kat Lenggeng. Jadi dengan menggunakan teknik critical path method, aku mendapati perjalanan ke K.L adalah penting sebelum bergerak ke N.9 disebabkan hari yang sudah lewat ketika bertolak daripada Ipoh.

Sampai K.L pon dah pukul 7 malam. Apa lagi, call abang aku suruh dia angkut bawak balik rumah dia. Then besoknya baru pi rumah orang meninggal. Tapi bila sampai dengar cerita orang tu bukan meninggal kat N.9 tapi dekat Kepong kalo tak silap. So, bapak aku ambil kesempatan untuk berjumpa dengan semua adik beradik dia kat K.L dengan N.9.

"Nie mungkin kali penghabisan ayah datang K.L"

Mak ai. Terkejut gak aku dengar mula-mula. Tiba-tiba bapak aku cakap camtu.

Lepas tu, mana je bapak aku nak pi abang aku bawak je. Tak kisah la berapa banyak tol kena berapa banyak minyak kena bayar. Alhamdulillah, semua hajat dia dapat ditunaikan. Takut nanti bila suatu masa dia dah tak bernafas, mula la rasa terkilan la apa la. So selagi masih ada, fulfill la apa yang dia nak. Respect for my brother.

To be continued...

p/s: Agak-agak korang, berapa  umur ayah aku sekarang kalau dia lahir tahun 36. Selamat mengira (^_^)/

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul aku ucapkan kepada seluruh umat Islam di bumi nie. Semoga kita akan sentiasa mengingati perit getir sirah perjalanan hidup Rasulullah S.A.W. Marilah kita untuk sentiasa mengucapkan selawat dan salam ke atas junjung besar kita walau di mana kita berada. Semoga kita mampu mengadaptasikan gaya hidup Rasulullah S.A.W sebagai gaya hidup kita. InsyaAllah.

Unlock CPU core

Unlocking CPU core nie sebenarnya digunakan untuk meningkatkan ability processor anda bukan stamina anda. Cuma AMD je yang membenarkan processor dia di'unlock' oleh manusia-manusia berilmu. Sebenarnya Intel dengan AMD ada locked core. Core yang tak boleh guna. Thread kali nie nak cerita macam mana dual core jadi quad core. Macam tu la gamaknye.

Macam biasa, tak cukup PC aku PC member aku pulak aku tibai buat eksperimen. Dia pakai processor AMD Athlon X3 440. Specification processor nie korang pi goole sendiri. Malas aku nak cerita. Processor tu ada 1 locked core yang tak boleh digunakan, Sebab tu la namanya pon triple core. So nak dipendekkan cerita, processor nie boleh di'unlock' menjadi quad core processor.

Syaratnya? Motherboard korang mesti la ada function unlock CPU core. Tak ada dok diam-diam. It is very simple. Just enable fucntion tu dalam bios then you're ready to go. Motherboard yang aku guna dalam eksperimen nie ialah Asus M4N68T-M V2. After unlocked, triple core dah jadi quad core.

Tapi mesti ingat, setiap kali unlock core tak menjanjikan stability kat PC korang. So run LinX @ Prime95 @ apa saja stressing software untuk check stabilty. Kalo ok, nice to have new quad core. (^_^)/

Gambar sebagai bahan bukti yang sahih

Sunday, February 13, 2011

Thread special edition

Post kali nie aku tujukan khas buat girls 4th year awam yang turun untuk futsal STAM yang berlangsung tempoh hari. Di sini aku nak menyatakan appreciation aku terhadap sokongan yang korang berikan kepada kami time lawan dengan team staff.

Sorakan korang memang superb! Moral kami memang tahap dewa time tu. Dalam kepala hotak kami yang tak berjambul nie memang kira nak sumbat gol je la time tu. Permainan pon jadi mantap dan smart. Perghh. Syukur Alhamdulillah, 5 - 0 kami tibai depa.

Di sini aku berasa amat terharu dengan reaksi yang korang berikan. Lantas aku berfikir sejenak.

"Kalo la daripada dulu lagi kami dapat support camnie, mesti best..." kata hati kecil aku.

Tapi sayang, kita pon dah final year. Maybe this is the last. Anyway, thanks a lot. It's another one of the best moment that I will rememer. Thumbs up! \(^_^)/


Geng-geng yang berjaya menaikkan semangat kami



Saturday, February 12, 2011

Family Day Awam

Alhamdulillah, pagi tadi baru je berlangsung Family Day yang diadakan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam. Macam-macam acara ada dipertandingkan. Memang meriah bila kami 1 batch dapat together-gether camnie. Semua pon dok sebok nak buat FYP la, study la, assignment la. Tapi hari nie ramai yang turun support.

Kepada batch 4th year, walaupun kita tak jadi juara at least kita dah bagi competition kat batch-bacth lain. Aku respect dan salute kepada yang turun tadi. Kepada yang tak turun, maybe la depa ada kerja sekolah kot? Takpa

Congratulation!!


Thanks di atas kerjasama korang memeriahkan Family Day. I love you all!! (^_^)/


Gambar kenangan bersama





Futsal Sukan Tahunan Awam

Puas...
Pada permulaan, kami seakan nampak seperti mampu menggugat prestasi team lain di mana kami mencipta kemenanga dalam perlawanan pertama dengan penuh bergaya. 4 - 0. 


Perlawanan kedua kami diberi tentangan sengit dan hanya berjaya mengikat kedudukan. 1- 1. Quarter final kami kembali mendapat rentak dengan membelasah team staf dengan jaringan yang besar. 5 - 0.

Semi final. Kecewa jelas terpancar di wajah pemain. Sebab niat di hati kami nak jadi finalis . Ingatkan langit hari nie cerah memanjang buat kami namun langkah kami terkandas di separuh akhir. Apakan daya, tangan tak sampai kaki pon tak sampai jugak. Lawan kami tampak lebih bersemangat dan bertenaga. Kami tewas 1 - 2.

2 gol awal mereka sedikit menyentap semangat kami. Namun gol pada separuh masa kedua hasil lorongan menarik berjaya disudahkan oleh Amin (memang nama sebenar). Tapi masa amat lah jealous dengan kami, baru nak buat comeback dah habis pulak.

Anyway kami still ada peluang untuk merebut tempat ke-3 dan ke-4. Kepada skuad futsal wanita 4th year, tahniah aku ucapkan sebab berjaya jadi johan. You all are the BEST!.

Sedikit gambar sekadar hiasan




p/s: Wish us luck for the third place (^_^)/

Friday, February 11, 2011

Kesalahan menggunakan imbuhan

Cerita nie bukan cerita mitos @ dongeng purbakala. Sebaliknya cerita nie dipetik daripada pengalaman salah seorang rakan aku yang kini sudah bergelar guru. Cerita pendek dan ringkas, namun bila aku teringat balik buatkan aku sengih sorang-sorang.

Pada suatu hari, beliau yang mengajar di sebuah sekolah (tak pasti SRK @ SMK) menghadiri perhimpunan mingguan seperti biasa. Sedang asyik MC pengawas petah berbicara, kemudian dia pon menjemput guru untuk berucap.

"Minta mana-mana guru datang untuk mengucap"

Semua cikgu senyap....

Thursday, February 10, 2011

Gambar kenangan #4

Nie pulak time kami buat BBQ batch aku



Kami nak balik tapi dia nie dok mandi lagi...
:P

Masa nak pegi

Masa nak balik

Wednesday, February 9, 2011

Gambar kenangan #3

Detik-detik indah di mana ketika itu aku masih lagi bergelar kanak-kanak riang




Tuesday, February 8, 2011

Palit GTX260+ Sonic Dual Fan

Kali nie aku nak bercerita tentang hobi aku. Haa. Aku kan pencinta PC? So mesti la aku banyak habiskan masa bersama PC aku. So thread kali nie aku nak story sikit pasal my previous graphic card yang ke-7. Nama dia Palit GTX260+ Sonic Dual Fan. Kad nie ada dua version. 192sp ngan 216sp. Aku punya yang 216sp. Lagi banyak sp of course lagi bagus. Let's zoom in.

Specification:


















Review:



Gambar sekadar hiasan:




p/s: grafik kad nie pon aku dah jual (-_-")

Monday, February 7, 2011

Friday, February 4, 2011