Tuesday, July 14, 2009

Rumet aku ada PC baru

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi dengan kehendakNya sahabat aku akhirnya mampu memiliki desktop baru yang semestinya lebih power daripada desktop rumet-rumetnya... Nampaknya rumet aku ini telah keluar daripada kepompong untuk melihat dunia global yang tanpa sempadan... Dengan spesifikasi yang tinggi seperti Core 2 Quad Q8200 @ 2.33GHz, 2Gb Kit HyperX DDR2 800MHz, 500Gb HDD, Samsung SyncMaster 2033, PES2009 bukanlah sesuatu yang mustahil untuk diinstall... Kepada individu yang berkenaan, tahniah aku ucapkan... Kepada yang ingin memiliki sebuah desktop baru, RM2.5k menjanjikan kepuasan kepada diri anda... Selamat berjaya... (^_^)/

Friday, July 10, 2009

Ada apa dengan hari rabu?


Alhamdulillah... Setelah bersusah payah merehatkan otak di kala waktu cuti, sem baru kini menjelma lagi... Namun langit x selalunya cerah. PTPTN kali ni masuk lambat sedikit... Tidak senang duduk aku dibuatnya... Makan tak kenyang, mandi tak basah... Nak dipendekkan cerita, hari Rabu adalah hari bersejarah aku apabila PTPTN telah masuk tanpa aku sedari... Aku pun apa lagi, enjoy la... 1 hari aku belanja dekat RM1k beb... Ades... Abes duit aku. Tapi takpa... Aku puas hati sebab aku beli barang yang memang dh lama aku idam2 nak beli... Emm... Kepada kawan2 sekalian, pandai2 la korang uruskan duit PTPTN korang... Jangan la berbelanja ikut sesuka hati aje... Nanti xsampai 1 sem dah takda duit... (T_T)