Thursday, March 31, 2011

Diriku semakin berdebar

Petang tadi, dalam pukul 1 lebih aku baru dapat tau yang list untuk viva final year project dah keluar. Dan aku dapat tahu yang minggu depan kami dah kena present. Oh shit! Aku dengan slideshow tak siap lagi.

Hati mula la berdebar. Apa la agaknya panel akan tanya nanti? Lagi-lagi pulak aku orang first present hari Selasa (5.4.2011 - 2.30pm). Perghh. Mesti panel tengah ada mood nak tembak student yang present punya.

Aku pun terfikir kejap. Yang nie last presentation aku kat USM. Maybe aku patut just enjoy the last presentation. Lecturer aku pon cakap macam tu. So, aku ingat aku nak present je apa yang aku rasa nak. Kalau nak kena tembak kaw-kaw, layan je la.

Habis je present, aku terasa macam nak berguling je keluar bilik seminar tu nanti. Sebagai tanda hormat kepada next presenter, aku beranggapan adalah tidak sopan untuk men'psycho' mereka.

Kepada semua geng awam 4 yang akan mula present Isnin nie, a thousand good luck aku ucapkan kepada korang. Hopefully, these last presentation will bring us a very good experience and memorie to remember. Good luck all. (^_^)/

4 alasan yang dibenci Allah : 1#

Sumber nie aku dapat daripada sebuah buku. Aku  rasa benda nie berguna untuk aku kongsi dengan korang semua

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:

1. Orang kaya - Kalau sekiranya dia berkata

"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah membuatkan aku sibuk sehingga aku tak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan"

Allah berfirman

"Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku" 

p/s: renung-renungkanlah 


Wednesday, March 30, 2011

Meja study

Thread kali nie aku just nak share gambar meja study aku yang sememangnye serabut. Ini adalah sebagai bahan bukti yang sahih yang menunjukkan aku juga buat kerja seperti anda semua. Walaupun aku lebih malas daripada anda semua, aku juga masih mampu untuk membuat rutin harianku seperti melayari facebook, layan TV series dan sebagainya. Kepada yang rajin, teruskan momentum korang. Anda mampu mengubahnya.

Gambar meja study aku yang semak


























Tuesday, March 29, 2011

Asus GTX460 Top 1Gb

Ini adalah antara investment terbesar yang aku lakukan tahun nie. Beli kad grafik baru. Sangap nak main game punya pasal, hujan badai sanggup aku redahi semata-mata nak memiliki kad nie (memang hujan pon masa balik tu).

Kad nie boleh dikatakan power jugak la time dia mula-mula keluar dulu. Kalau resolution LCD anda ialah 1920 x 1080, kad nie memang dah bagus la wa cakap lu. Kalau main game high setting memang dah ok la. Kalau nak ok lagi beli la yang lagi mahal. Nama kad nie ialah Asus GTX460 Top 1Gb. Factory overclocked version. Specification dia korang boleh tengok kat sini (source).

 Gambar yang membuktikan aku memilikinya





Untuk review grafik kad nie, korang boleh google je. kalau malas (pemalas betul la), silalah klik link kat bawah nie

Overclock3D

Benchmark reviews.com

Sekian. (^_^)/

Monday, March 28, 2011

Investment 2011

Nak tau apa yang aku invest tahun nie? Jeng..Jeng...Jeng


Haa. Nama dia Cooler Master V6GT. Digunakan untuk menyejukkan processor anda. Lebih-lebih lagi kalau anda meng'overclock'kannya. Tetapi kalau anda terasa seperti mahu demam, anda juga boleh meletakkannya di dahi anda.

Kenapa beli CPU cooler? Sebab, bila kita overclock processor, kita kena pump voltage untuk supply processor tersebut. Aku boleh dikatakan gila overclock jugak la. Dapat je processor apa pon, mesti mau test sejauh mana speed processor tu boleh pi. Kalau tak cukup voltage, sistem akan jadi unstable yakni tak dapat start @ jadi blue screen.

Oleh itu, bila kita choose the right voltage to run the processor, we have to pay the price of heat. Solution? CPU cooler. Any CPU cooler can cool the processor. But, the more you pay, better cooling performance you will get. Kalau guna yang cikai punya, anda akan terasa seperti bilik anda sudah mengalami global warming. Nak tau sejauh mana performance dia nie? Google adalah teman baik anda. (^_^)/

p/s: yang nie beli second hand je pon

Sunday, March 27, 2011

60 Earth Hour

Semalam, kampus aku ada buat 60 Earth Hour, so macam biasa la segala lampus yang boleh dipasang kena la tutup kejap. Tapi, aku tak tutup pon. Sebab apa? Kalau aku tutup lampu, macam mana aku nak main badminton? Takkan nak pakai lampu suluh kot?

Earth Hour kali nie tampil berbeza sikit la aku rasa sebab kali nie ada nyalaan lilin kat kafe. Uiyyo. Tapi aku sambut kat court badminton. Hoho. Enjoy main badminton bersama rakan-rakan se'batch aku. Kasi peluh sikit. Nak beramah mesra sebab sebelum nie masing-masing dok sibuk dengan projek tahun akhir. So kesempatan nie, kami main la badminton sama-sama. At least kurang sikit pressure malam tu.

Gambar sekadar hiasan



p/s: kualiti gambar seperti diambil ketika gempa bumi di Jepun sedang melanda

Saturday, March 26, 2011

Lega

Sedar tak sedar, draf FYP pon dah hantar. Tapi sebelum tu, dok kalut pi jumpa lecturer edit sana sini. La nie dah boleh tarik nafas lega sebab 1 benda yang penting dah setel. Lepas nie kena buat slideshow pulak. Preparation untuk present FYP satu hapa pon tak buat lagi. Hadoi. Tapi. sekarang nie mood tengah happy sikit. Apa lagi, enjoy dulu. Sementara stok masih ada. (^_^)/

Wednesday, March 23, 2011

Alkisah percutian di Korea

Cerita nie bukanlah suatu penipuan mahupun konspirasi. Cerita nie adalah benar dan semuanya adalah benar-benar belaka. Last time memang kami ke korea, Seoul Garden nama tempat tu. Buat apa? Mamam sepuas hati. Naik lagi la berat badan aku. Baru je nak diet.

Dah kenyang pi main bowling kat Pacific pulak. Oh. Indahnya dunia. Nasib la malam tu tak ke Night Safari. Kalau tak, menangis aku 2 3 malam mengenangkan duit yang dah habis. Anyway, we enjoyed ourselves that day.

Gambar sekadar hiasan,












p/s: Thanks for the memories (^_^)/ 

Tuesday, March 22, 2011

Kesalahan meng'order makanan

Baru-baru nie, aku ada dengar cerita daripada member aku. Ada la sorang student nie kelaparan agaknya. Dia pon ke kafe untuk membeli makanan. Laju giler dia jalan. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia pon sampai ke burger stall dekat kafe Halim lalu order

Student: Bang, ayam goreng satu

Brader jual burger: Haa?

Brader jual burger pon blur. Member aku pon tahan aura nak gelak dia dengan sepenuh hati.