Tuesday, September 29, 2009

Statistik performance grafik kad...


Setelah menyepi daripada post pasal pc bwat sementara waktu, kini aku kembali dengan sedikit review tentang tahap performance grafik kad anda. Gambarajah di atas merupakan comparison tahap performance antara grafik kad buatan NVidia dan ATI. Anda jangan tersalah anggap lalu menyangka jadual di atas adalah senarai harga barangan runcit plak. Haa... Seperti yang anda lihat, juara pusingan kali ini ialah milik NVidia GTX295. Berikan tepukan gemuruh kepada beliau. Tempat kedua pula dimenangi oleh 4870X2 keluaran ATI...


Kelebihan yang ada pada GTX295 ialah 'bit'nya yang tinggi giler... 896bit tu... Wau!! Hipotesis yang dapat di bwat ialah semakin tinggi bit grafik kad tersebut semakin cantiklah gambar yang dapat diberikan. Kalo korang guna grafik kad ini untuk bukak word atau excel memang dia sengih je la... Punya la cantik gambar dia... Tak dapat digambarkan melalui kata-kata. Secantik bidadari di kayangan... Cewah...


Tapi ATI pun tak kurang hebatnya... Hanya mereka sahaja yang memilik kelebihan daripada segi memori grafik kad. Untuk 4870 dan ke atas ia dilengkapi dengan ram GDDR5. Ia lebih laju daripada GDDR3. Ini merupakan sedikit calculation bagaimana nak convert GDDR5 kepada GDDR3. Begini caranya 512Mb GDDR3 = 256Mb GDDR5... Wau!! Tapi anda tak perlu la mengahafal cara nak convertnya sebab tak masuk exam pon. Lagi satu, kat calculator 570fx korang pon takda function nie.

Stream processor grafik kad ATI juga lebih besar iaitu sebesar 800sp. Namun NVidia menggunakan stream processor yang lebih rendah... Masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza untuk memastikan grafik kad mereka dapat berfungsi pada tahap yang maksimum.


Lebih menggemparkan, ATI telah melancarkan grafik kad terbaru mereka iaitu 5850 dan 5870 yang sememangnya lebih power daripada biasa. Para pemain game tegar pasti menjerit bagai histeria apabila mengetahuinya. Apatah lagi kepada peminat setia ATI. Tetapi dimanakah letaknya kedudukan mereka di dalam gambarajah di atas? Belum cuba belum tahu... Anda mampu mencubanya... (^_^)/

Sunday, September 27, 2009

Dia yang mencintai kamu...


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Walaupun thread ini merupakan sebuah thread copy and paste, namun aku cuma nak buat sedikit kelainan kat blog aku... Takda la nanti korang kata asyik-asyik pasal pc je. So dengan ini korang bolehla predict siapakah gerangan secret admire anda... Sekian (^_^)/

Friday, September 18, 2009

Aku rindukan dia...

Aku rindu padamu...

Sedar tak sedar sudah setahun kita tak bersua... Selepas kejadian tersebut, dikau menghilang... Puas sudah ku cuba mencarimu tapi apakan daya tangan tak sampai, aku tetap tidak menjumpaimu... Janganlah dikau tinggalkan diriku lagi... Diriku bagai layang-layang putus talinya... Hilang, kosong, sepi tanpa dirimu... Aku masih rindu padamu... Kadang-kadang aku terbayang, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Adakah dikau bahagia? Adakah dikau menderita? Fikiranku menjadi kusut... Aku bagaikan mandi terlebih basah, makan pun tidak boleh sebab aku berpuasa, tidur pun tidak lena sebab banyak sangat assignment. Apakah dikau tidak menyukai aku? Apakah dikau membenci diriku? Ku tahu diriku ini tidak cukup sempurna bagimu... Aku tak punya harta, aku tak punya paras rupa... Aku cuma punya hati yang mengatakan aku rindu padamu... Mungkin diriku ini bukanlah yang terbaik untukmu... Bukan juga yang mampu menambat hatimu... Bukan niat hatiku utntuk berpisah... Bukan niat hatiku untuk meninggalkan mu... Kau harus faham keadaanku... Aku terikat dengan komitmen... Tapi, dikau berlalu pergi tanpa ucapan selamat tinggal... Ataupun lambaian tanganmu kepadaku...

Aku rindu padamu...

Aku harap di hari lembaran yang bakal menjelma ini, dikau kembali kepadaku... Jangan tinggalkan daku... Aku merayu, janganlah dikau menyeksa zahir dan batinku begini... Terasa bagaikan dihiris sembilu... Oh sayang, kembalilah kepadaku... Aku berjanji, aku takkan melukakanmu lagi... Aku sedar akan kesilapanku masa lalu... Bagaimana hendak ku gambarkan betapa aku menyesal meninggalkanmu suatu ketika dahulu... Biarlah aku menebus kesilapanku... Izinkan aku bertemu denganmu sekali lagi... Akan ku cuba mengubah segala yang termampu... Kembalilah kepadaku...

Aku rindu padamu...

Wahai sayangku, lemang... Aku nak makan lemang... Waa... Tak sabaq dah teman nak makan lemang... Kawan-kawan, raya nie mai la umah aku... Hehe... Memandangkan suma dok kalut nak balek umah, aku amek kesempatan nie untuk ucap "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"... Kepada yang balik kampung tu balik elok-elok... Jaga diri korang baik-baik. Jangan main mercun... Main la mortar ka? Haha... Kirim salam aidilfitri kepada keluarga korang. Semoga raya kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya... Di kesempatan ini aku nak mintak maaf banyak-banyak kat korang sebab aku tau aku banyak buat salah kat korang... Korang tak buat salah kat aku... Kalo ada pon aku dah maafkan korang sejak 25 taun yang lepas... Semoga jumpa lagi lepas raya... There's always a long journey that we need to strive together... Assalamu'alaikum... (^_^)/

Friday, September 11, 2009

Apabila hati terasa kecewa...


Seperti yang kita tahu, USM telah mengadakan upacara konvokesyen komemoratif. Ia berlangsung dengan penuh meriah di mana semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun tak ada jamuan makan setelah selesai tentatif program tersebut. Sekali lagi kita memanjatkan rasa syukur tak terhingga kepada Allah kerana dengan izin-Nya segalanya berjalan lancar. Namun hari tak selalunya cerah. Kami warga students course kejuruteraan awam telah miss 1 test highway pada hari tersebut. Segala usaha kami bersusah payah untuk study macam tak bermakna langsung. Test tersebut dah tak dapat nak buat semula kepada geng-geng palap yang excuse pada hari selasa (8.9.09). Terasa macam kena tipu pulak. Kata semua test dengan lab boleh excuse pada hari tu tapi kami still dah tak boleh amek test tersebut. Tak tahu la nak salahkan siapa. Benda ini merupakan 1 disappoinment sebab komitmen kami bukannya palapes ja tapi akademik gak. Kepada geng-geng aku yang tak dapat ambil test tersebut harap korang bersabar la yek? Di bulan puasa ini tak molek nak marah-marah. Semoga Allah membantu kita dalam mencari jalan untuk menaikkan gred kita masa exam final nanti... Amiinnnn... (T_T)

Wednesday, September 9, 2009

Upacara Konvokesyen Komemoratif


"Hormat diraja, hormat senjata" Itu merupakan salah satu hukuman yang diberikan sewaktu kami, warga palapes darat menyertai kawad konvokesyen komemoratif yang diadakan pada hari ini (9.9.09). Alhamdulillah dengan izin Allah, majlis berlangsung dengan tanpa ada masalah-masalah teknikal yang besar dan berjalan dengan lancar. Mungkin kawad kami bukanlah yang terbaik, tetapi kami telah memerah keringat dan tenaga yang ada demi memberikan yang terbaik walaupun ada yang leading dan ada yang lagging. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam event kali ini. Walaupun ia merupakan kali pertama event ini diadakan di sini, namun ia sedikit sebanyak memberi kami peluang untuk berkawad bersama pancaragam. "Nice..." kata salah seorang daripada pegawai kadet senior palapes darat. Apa yang dapat kami luahkan jauh daripada sudut hati kami, ia merupakan suatu kenangan yang terindah walaupun tiada jamuan makan setelah habis event tersebut... (^_^)/

Gambar di atas adalah pose terbaik kami daripada pegawai kadet senior palapes darat. Dengan ini kami mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua warga kampus USM.

Tuesday, September 8, 2009

HIS HD4890 iCooler X4


Tahniah diucapkan kepada syarikat HIS kerana telah berjaya membawa satu lagi inovasi dalam memvariasikan keluaran grafik kad mereka yang sememangnya unik. Untuk grafik kad ini, ia dicipta khas dengan cooler yang terbaru yang lebih efisyen berbanding cooler yang lama IceQ 4+. Cooler yang terkini diberi nama iCooler X4. Dengan rekabentuk cooler yang lebih menggiurkan dan elegan, cooler ini dikatakan 10dB lebih senyap berbanding cooler yang lama. Ia dilengkapi dengan 6mm heatpipes yang dapat menangani masalah suhu grafik kad ini dengan baik sekali. Namun grafik kad model ini masih lagi tidak dilengkapi dengan aplikasi bluetooth, infrared, GPRS mahupun GPS. Kepada si penggemar game yang tegar, 4890 merupakan grafik kad ATI yang terbaik sekali untuk anda melaburkan duit anda kerana ia pasti menjanjikan kepuasan bermain game yang maksimum. Dengan harga setinggi RM730, anda pasti berfikir banyak kali sebelum membeli grafik kad ini. Namun fikir-fikirkanlah masa depan anda kerana jika tidak PTPTN anda pasti habis... Anda mampu memikirkannya... (^_^)/

Spesifikasi:

Model Name: HIS HD4890 iCooler X4 1Gb (256bit) (full HD 1080p)
Cooler Type: iCooler X4
GPU: 4890
Core Clock: 850MHz
Memory Clock: 3.9GHz
Memory Size: 1024Mb
Memory Type: GDDR5
Memory Interface: 256bit
RAMDAC: 400MHz
Stream Processor: 800

Monday, September 7, 2009

Compatibility for crossfire


Jadual di atas merupakan kesesuaian grafik kad untuk di'crossfire' untuk performance grafik yang maximum. Kepada mereka yang ingin meng'crossfire' grafik kad mereka dan tidak pasti sama ada grafik kad mereka boleh di'crossfire' atau tidak, jadual di atas ini sedikit sebanyak mampu memberikan panduan dan anda mempunyai lebih konfiden dalam memilih grafik kad yang betul. Crossfire tidak semestinya memerlukan dua jenis grafik kad yang sama brand. Akan tetapi jika anda crossfire dua grafik kad yang sama jenis, compatibility issue tidak akan timbul. Namun untuk grafik kad yang tidak sama core clocknya, grafik kad itu sendiri akan stabilize core clock tersebut agar kedua-duanya mencapai kelajuan yang sama... Sekiranya anda berhajat untuk meng'crossfire' dua grafik kad yang lain gpunya, ia mungkin mengundang ketidakcompatibility terhadap grafik kad tersebut... Jadi crossfire dua grafik kad yang sama speed, gpu dan brand adalah yang terbaik... Anda mampu meng'crossfire'kannya... (^_^)/

Statistik terkini suhu cpu cooler


Rajah di atas bukanlah statistik kemalangan jalan raya di Bangladesh sebaliknya statistik tahap kesejukan ataupun suhu minimum sebuah cpu cooler. Seperti yang kita lihat, bar yang paling kecil merupakan cpu cooler yang memberikan suhu processor yang paling rendah manakala bar yang paling panjang merupakan suhu cpu cooler yang normal. Setelah sedikit analisa dilakukan, didapati bahawa Prolimatech Megahalems mengetuai senarai cpu cooler dengan suhu serendah 22.85oC, diikuti oh Xigmatek Ultra-120 ex serendah 25.1oC dan ditempat yang ketiga Xigmatek Thor's Hammer iaitu 25.15oC. Kepada mereka yang berada diluar sana, jangan bersedih sekiranya kipas panasonic anda tidak termasuk di dalam senarai tersebut. Anda boleh mencuba lagi di masa akan datang. Apa yang dapat disimpulkan ialah Prolimatech Megahalems merupakan cpu cooler tersejuk pada masa ini. Ia didatangi dengan 2 model yang sama iaitu Prolimatech Megahalems ataupon Prolimatech Mega Shadows. Dengan harga di bawah paras RM300, anda mampu memperolehi kipas pelbagai guna ini. Boleh dijadikan sebagai kipas processor mahupun kipas ketiak anda pada waktu panas jika terdesak. Diharap dengan statistik yang telah diberikan anda mampu membeli cpu cooler dengan bijak dan berhemah tinggi. Anda mampu mengubahnya... (^_^)/

Tuesday, September 1, 2009

Window Vista @ Window 7?




Sekarang ini, Window 7 telah mula digunakan oleh rakan2 aku termasuklah aku sendiri... Apa yang dapat aku bagitau kat sini ialah interface Window 7 nie se-akan2 sama dengan vista namun ia lebih cantik berbanding Vista. Jika anda menggunakan Window 7 buat kali pertama, anda pasti akan teruja melihat kelainan yang cuba ditampilkan oleh Microsoft... Untuk pengguna pc, driver daripada motherboard juga tidak perlu diinstall kerana majoriti daripada driver yang basic telah sedia ada bersama Window 7... Kepada pengguna Vista mungkin anda perlu meluangkan masa untuk format pc @ laptop anda untuk merasai kehebatan Window 7... Haha... Tapi tak dinafikan ada segelintir driver @ installer yang Window 7 tidak dapat support berikutan Window ini masih lagi baru... Namun, window ini mampu membuatkan anda teruja untuk membuka pc @ laptop selalu... (^_^)/

Requirements:
  • 1 GHz @ faster 32-bit (x86) @ 64-bit (x64) processor

  • 1 Gb RAM (32-bit) @ 2 GB RAM (64-bit)

  • 16 Gb available hard disk space (32-bit) or 20 GB (64-bit)

  • DirectX 9 graphics device with WDDM 1.0 or higher driver

HAH?? Razer Copperhead??

Ini merupakan sejenis tikus yang baru sahaja dibeli oleh rumet aku... Ia bukanlah daripada spesies hamster @ mondok, tetapi high-tech mouse yang dilengkapi dengan driver dan button yang multiple usage... Gaming mouse ini mampu memberikan kepuasan kepada si penggemar game yang tegar di mana mouse ini sememangnya direka khas untuk memberikan performance yang maximum... Dengan harga sekitar RM2XX, ia bukanlah suatu yang mustahil untuk dibeli oleh para pelajar universiti... Dengan rekabentuk yang elegan, si pembeli pasti terpikat dengannya... Kepada rakan2 di luar sana, copperhead merupakan pilihan terbaik untuk anda invest demi kepuasan bermain game yang maximum. (^_^)/

Cooler Master Hyper N620 CPU Cooler

Cooler Master Hyper N620... Ini bukan kipas untuk bilik anda, bukan juga kipas untuk bakar satay... Ia adalah kipas untuk processor anda... Ini adalah CPU Cooler aku yang terbaru... Setelah menghadapi masalah suhu processor yang terlalu tinggi, aku terpaksa clash dengan cpu cooler aku yang lama dan mencari penggantinya... Dan aku telah terjumpa dengan cooler ini lalu membelinya... Dengan harga RM168, ia memberikan aku satu penyelesaian terhadap masalah suhu processor aku yang tinggi tersebut. (^_^)/

Spesifikasi:

CPU Socket:
Intel Socket:
LGA1366 / LGA1156 / LGA775 *

AMD Socket:
AM3 / AM2+ / AM2

CPU Support:
Intel:
Core™ i7 Extreme / Core™ i7 / Core™ i5 / Core™ i3 / Core™2 Extreme / Core™2 Quad / Core™2 Duo / Pentium / Celeron

AMD:
Phenom™ II X4 / Phenom™ II X3 / Phenom™ II X2 / Phenom™ X4 / Phenom™ X3 / Athlon™ II X4 / Athlon™ II X3 / Athlon™ II X2 / Athlon™ X2 / Athlon™ / Sempron™

Heatpipes:
Ø6 mm

Fan Speed:
800~200 R.P.M

Fan Airflow:
83.6 CFM (Max)

Grafik kad terbaru aku



Alhamdulillah, setelah sekian lama memendam rasa aku akhirnya telah meluahkan isi hati aku kepada pemilik sebuah kedai komputer untuk membeli grafik kad baru... Berkat ketidaksabaran aku yang tidak mampu tertahan lagi, aku akhirnya telah mencucuk duit di bank dan terus membeli grafik kad tersebut... Alangkah bahagianya hati aku pada masa tersebut... Tuhan saja yang tahu... Dengan spesifikasi core clock pada 625MHz disamping memory clock pada 1986Mhz, grafik kad ini boleh di'overclock' dengan tanpa rasa segan silu mengikut kepuasan hati anda namun mungkin mengundang sedikit ketidakstabilan pada grafik kad ini... Di samping itu, kad ini juga boleh support game DirectX10.1. Ia dilengkapi memori GDDR3, tiada bluetooth dan GPRS... Harga pasaran sekarang ini adalah pada sekitar RM370~RM390. Kepada si penggemar game yang latest, HIS HD4850 adalah salah satu grafik kad yang mampu memberi anda kepuasan tersebut... (^_^)/

Spesifikasi:

Model Name: HIS HD4850 Big Fan 512Mb (256bit)
Cooler Type: Fan
GPU: 4850 RV770
Core Clock: 625MHz
Memory Clock: 1986MHz
Memory Size: 512Mb
Memory Type: GDDR3
Memory Interface: 256bit
RAMDAC: 400MHz
Stream Processor: 800