Wednesday, January 27, 2010

Latest gambar yang aku edit

Oleh kerana aku mempunyai masa terluang yang terlalu banyak, aku telah mengedit satu gambar aku yang telah usang ditelan dek zaman. Namun gambar yang aku edit tu simple je. Lagipon aku bukannya graphic designer yang mempunyai idea yang banyak seperti coklat mencurah-curah ke ladang gandum. Sebagai student engineer, aku lebih suka yang simple dan tak serabut. Gambar kat bawah nie merupakan gambar yang aku dok sebut-sebut daripada tadi. Walaupon tak pro, tapi aku keep on learning. Support me bro! (^_^)/



Gambar sekadar hiasan

13

Assalamu'alaikum kepada semua...

Untuk thread kali nie aku nak share sikit gambar jersi skuad bola sepak desasiswa Jaya. Jersi kami kali nie menggunakan konsep kontemporari ala-ala warna jersi Juventus hitam putih ditambah dengan seluar pendek yang mendapat sponsorship daripada Joma (konon-konon la...) setelah dibayar RM50 kepada Edi. 13 merupakan no jersi aku untuk kejohanan kali nie. Walaupon mereka tidak memberikan nombor kegemaran aku, tapi layan je la. Aku bukannya main macam player pro pon. Nak demand macam-macam pulak. Gambar di bawah merupakan gambar sebenar (bukan gambar tipu) jersi kami :





Diharap dengan dapatnya jersi baru nie kami akan bermain dengan lebih bersungguh-sungguh sehingga ke titisan peluh yang terakhir. Semoga kami tak pulang dengan tangan kosong. InsyaAllah.. (

Tuesday, January 26, 2010

0 - 2

Semalam adalah friendly pertama aku selepas aku join skuad SUKAD desasiswa Jaya. Memang happy giler sebab aku dah lama teringin nak join SUKAD sejak daripada first year lagi. STAM dah try, KASUS dah try, SUKAD bila lagi kan?

Semuanya bermula daripada selection yang dibuat oleh member aku, Edi. Dia buat selection hari Rabu ngan Khamis. Tapi aku dapat datang hari Khamis je. Kalo dah datang selection pun sehari je macam la orang nak bagi masuk. Prediction aku memang betol. Aku tak dapat.

Tapi orang kata rezeki datang tiba-tiba kan, team Jaya tak cukup player so depa nak cari player lagi dan Amin pulak suggest aku join. Edi pon ok je. So memang happy la aku dapat join depa. Pastu training pon buat tiap-tiap hari. Aku pon berlatih dengan komitmen yang menggunung. Letih jangan kisah sangat, orang dah bagi kepercayaan kita untuk main, kita kena la bagi feedback yang bagus.

Kembali kepada topik asal, kami kalah sebenarnya semalam. Banyak jugak peluang yang hadir di depan mata. Oleh sebab kaki aku mak aku bedung tak kemas, aku dah sia-siakan satu peluang yang memang la kalo mak aku baling baldi kena bola tu memang masuk gol punya la. Adoyai. Tu la sapa suh ganas sangat masa kecik-kecik dulu. Mak aku bedung aku pi sepak-sepak kain tu. Yeke?

Dah la tak score pastu kaki kena pijak pulak. Bengkak kaki aku hari nie. Camna nak training hari nie? Dah la kaki bengkak, boot aku pulak tercabut tapak. Ya Rabbi... Memang la nasib aku semalam. Tu la. Tapi tak pa la. At least kami dapat tengok macam mana cara budak-budak lembaran main. Maybe kami dapat ceduk sikit cara permainan depa and create something wonderful, colorful and cheerful.

Diharap kawan-kawan dapat memberikan sokongan yang padu kepada team Jaya walaupon pingat emas belum tentu dalam genggaman. At least, berilah kami sedikit sinar harapan untuk berjaya. (^_^)/

p/s : ow ya, scoreboard semalam kami kalah 0 - 2.

Monday, January 25, 2010

Header baru


Setelah agak lama menyepi daripada meng'update' blog, akhirnya aku tampil dengan header terbaru aku. Walaupun simple but aku telah menggunakan segala kreativiti, inovasi, survivaliti dan efficiency. Sebenarnya aku dah lama create header nie cuma menunggu masa untuk di'release'kan dalam blog nie. Mungkin ada yang rasa header aku nie macam entah apa-apa, tapi aku suka header nie.

Papepon, aku still lagi takda material untuk post thread. Maybe akan datang idea akan datang mencurah-curah sampai korang tak larat nak baca. Diharap anda bersabar. Sabar itu separuh daripada iman. (^_^)/

Friday, January 15, 2010

Statistik performance grafik kad


Histogram di atas bukanlah statistik taburan hujan di negara kita tetapi statistik tahap performance grafik kad yang telah dibuat oleh pihak tertentu bagi memudahkan kita menganalisa menggunakan kepakaran masing-masing dalam memastikan grafik kad yang kita beli itu bukanlah suatu pembelian yang merugikan. Dengan adanya statistik di atas, anda pasti mampu membuat keputusan yang bijak untuk memilih grafik kad yang paling sesuai untuk desktop anda.

Namun ia bukan sahaja boleh dibeli oleh penggemar game tetapi juga kepada anda yang banyak duit tetapi tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya. Ia juga boleh diberi sebagai hadiah hari lahir ibu atau bapa anda. Walaupun mereka akan pelik dan tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya, namun hati mereka tetap gembira kerana ianya adalah pemberian anda.

Melalui pemerhatian anda, sudah pasti grafik kad yang ter'power' buat masa ini adalah HD5970. Grafik kad yang sememangnya panjang dan power seperti panjangnya juga. Dilengkapi DX11 dan Eyefinity, ia memberikan kepuasan bermain game tahap dewa. Namun harganya pun memang mahal tahap dewa kerana ia adalah grafik kad masih baru di pasaran.

Tidak dijual di pasar malam mahupun supermarket. Ternyata takhta yang dipegang oleh GTX295 sekian lama akhirnya terpaksa diserahkan kepada HD5970. Hurray for the new leader. Tahniah di atas kejayaan anda. (^_^)/

Tuesday, January 12, 2010

Penangan dark knight

Terkejut aku bila kawan aku kata yang dia dah tak tahan tengok dark knight depan mata dia. Sebenarnya hari nie aku nak folo geng aku pi pcdepot sebab aku dah jual RAM lama aku. Sementara nak tunggu RAM yang aku order sampai, aku nak beli la sekeping pasal nak on pc sebelum RAM tu sampai.

Dalam pada aku tengah survey harga RAM tetiba kawan aku yang sorang nie nampak macam susah hati je. Aku tengok dia dah macam anak ayam kehilangan ibu bapanya. Tak senang duduk kawan aku yang sorang nie. Dia pon ngorat bro kedai tu sebab nak tanya harga dark knight tersebut. Punya la bodek-bodek last-last dia decide nak beli.

Apa lagi dia pon terus pi cucuk duit lantas membeli dark knight tersebut. Mak ai, pantas giler semua ini berlaku. Daripada tak kata apa-apa tetiba terus je beli. Wah3!! Dah la dark knight dia hampir setanding his aku. Balik-balik bilik je terus on Call Of Duty 5 - World At War. Muka pon nampak happy ja. Tiada lagi kesuraman dan kekecewaan. Aku bangga ngan ko bro. Akhirnya dia nak upgrade gak setelah di'poison' oleh kawan-kawannya. Haha.

Gambar nak bagi sedap mata memandang:







Tahniah diucapkan kepada beliau. Diharap dengan adanya dark knight baru tu jangan la ponteng kelas dah (dengan wajah senyum sinis) (^_^)/

Wednesday, January 6, 2010

Rumet baru kami

Cooler Master Storm Scout

Itu adalah nama rumet baru bilik aku. Semalam merupakan hari pertama beliau mendaftar untuk tinggal bersama kami. Sudah lama aku memikirkan sama membenarkan baliau untuk tinggal atau tidak. Namun tanpa persetujuan dua orang rumet aku yang lain aku telah membuat keputusan untuk menerima beliau untuk tinggal bersama kami.

Namun aku pasti bahawa rumet aku pasti akan dapat menerima kehadirannya. Dah lama dah aku usha dia nie. Lama kelamaan hati aku pon telah melahirkan rasa cinta kepadanya. Makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena. Terbayang-bayang wajahnya dalam mindaku. Bak kata lirik lagu Spring "andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu.."

Setelah menjejakkan kaki ke bilik aku, rumet aku menerima beliau dengan wajah yang penuh ceria. Mereka rupa-rupanya mengalu-alukan kedatangannya. Sungguh tidak ku sangka akhirnya begini. Alangkah riangnya hatiku bagaikan malam dihiasi bintang yang bekerlipan. Alhamdulillah aku ucapkan.

Gambar-gambar di bawah adalah sekadar hiasan:








Welcome to my family... (^_^)/

Monday, January 4, 2010

Futsal sampai muntah

Alhamdulillah. Baru-baru nie aku ngan rakan-rakan telah bermain futsal bersama mereka. Memang best la kalo dapat berpeluh main futsal. Kalo nak harap main kat kompleks sukan memang susah la nak nampak batang hidung sekor-sekor.

Malam tu memang main sampai muntah la. Tapi tak muntah pon. Ayat je nak bagi gempak skek. Tapi aku main sampai injured paha aku. Mengong! Nampak sangat tak reti main futsal. Lagipon bila lagi nak enjoy ngan member-member. Sekarang nie pon dah 3rd year, memang busy ngan design la. Projek 1 sem. Awal-awal nie memang chance untuk bersuka-ria bersama rakan-rakan.

Lepas main mesti la dahaga kan? Pi Subaidah pulak. Tapi yang rak best kedai nie, sambil makan dok kena gigit ngan nyamok. Banyak nak mampos nyamuk kat bawah meja kedai dia tu. Tapi dah dahaga punya pasal minum je la. Balik tu abes kaki aku penuh ngan lovebite nyamuk tu. Hampeh!

Wajah-wajah ceria selepas main futsal





But moment main futsal ngan member memang best. Kalo ada chance main lagi aku nak folo. Kawan-kawan, nak main nanti ajak la aku... (^_^)/

Handphone siapakah ini?


Pejam celik pejam celik kita dah pon melangkah ke tahun 2010 tanpa disedari oleh aku. Dengan sambutan yang begitu meriah di seluruh dunia, ada di antara kita yang sudah memasang azam untuk tahun ini. Yang penting kita berazam, dapat capai ke tak tu belakang kira.

Dalam kesibukan meng'upgrade' desktop, rupanya ada seorang rakan aku dah tukar handphone baru. Piu3x... Siapakah gerangan tuan empunya tersebut? Haha... Tidak perlulah aku bagitau sapa pemilik handphone baru tersebut kerana lambat laun akan semua orang akan tahu jugak.

Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga dengan adanya handphone baru, mesej dah tak pending @ sending fail dah. Diharap anda berbahagia disamping handphone tersayang. (^_^)/

Taknak kalah



Assalamu'alaikum...
Berita yang baru kami terima...
Akibat tidak mahu kalah kepada roomate-roomatenya, pemilik blog littleobscure telah pon mengupgrade internal hard disk drive beliau kepada kapasiti yang lebih besar. Menurut saksi beliau telah membeli internal hdd sebesar 1Tb kerana baliau sering mengadu yang space tak cukup untuk men'download'. Jadi dengan pertambahan kapasiti internal hdd diharap beliau tidak lagi bising di dalam biliknya mengadu masalah yang sama.

Menurut beliau lagi "Saya tambah internal nie pon sebab boleh download banyak-banyak, lepas tu boleh share ngan member-member saya". Diharap beliau menunaikan apa yang beliau harapkan di mana beliau bercadang untuk men'download' banyak-banyak dan berkongsi dengan rakan-rakannya. Apakah itu suatu janji manis sahaja? Mari kita saksikan apakah kesudahan kata-kata manis beliau.

Sekian sahaja buat waktu nie. Bebila nanti kami akan menyajikan anda dengan berita-berita latest khususnya daripada bilik ini. Akhir kata, majulah sukan untuk negara. (^_^)/

Hari Jumaat yang indah

Haha... Jangan tak tau. Hari nie antara hari-hari yang bersejarah buat roomate aku. Ini kerana roomate aku yang sorang lagi pon dah upgrade pc dia. Meletop-letop bilik aku bunyi speaker dia sekarang nie. Nasib pc aku tak hang disebabkan oleh subwoofer dia. Speaker baru, RAM baru, HDD baru, printer pon baru. Tahniah juga diucapkan kepada roomate aku nie. Sekarang nie pc dia la yang paling power dalam bilik aku.

Tapi apa yang aku suka pasal dia dah beli printer so aku tak payah beli printer. Jimat duit aku. Haha... Jangan marah ye roomate. Sekarang nie muka dia happy je bila tengok movie @ drama korea. Mana tak nya bukak volume sikit ja dah berdengung satu bilik. Rating pc pon dah naik. Aku je la yang ketinggalan sekarang nie. Nak buat camne? Duit dah invest kat benda lain...

RAM dah jadi 6Gb. Lepas nie bila nak klik something tak sempat klik RAM dah tolong klik dah. Sepantas kelajuan cahaya. Tiada lagi keraguan. In addition, RAM tersebut pon memiliki kemampuan untuk di'oc' untuk mendapatkan lebih performance. Jadi bertambah laju lah performance pc dia untuk access data nanti.



Western Digital 500Gb 16M Caviar Blue


Kingstone Hyper-X KHX8500 2T1K2 CL5 (2X2Gb)


Sonic Gear Tatoo Duo2

Last but not least, terima kasih sekali lagi kepada PTPTN kerana telah menyumbang kepada kami. Melalui pinjaman yang diberikan hidup kami semakin ceria bak sang suria. Tiada lagi air mata. (^_^)/

Hammer untuk desktop anda






Xigmatek Thor's Hammer

Gambar di atas adalah hammer serbaguna untuk kegunaan harian anda. Ia boleh digunakan untuk mengetuk paku, mengetuk kepala anak anda yang tidak mahu mendengar kata dan juga menyejukkan processor anda. Namun ia bukanlah sebuah hammer yang ekonomi kerana harga di pasaran sekarang adalah RM220. Ianya jauh lebih mahal daripada hammer pakcik aku yang digunakan untuk bertukang. Namun hammer ini amat berguna kepada desktop anda. Ia mampu memberikan anda sensasi kesejukan untuk processor yang sememangnya panas apatah lagi jika processor tersebut di'oc'kan.

Nak dijadikan cerita roomate aku telah membeli hammer ini demi memberikan lebih impak kepada desktop beliau. Tahniah kepada beliau kerana berkat kesabaran dan ketabahan beliau menunggu duit PTPTN masuk, akhirnya beliau mampu memiliki cooler yang bukan pilihannya pada awalnya. Apapun diharap desktop beliau akan lebih sejuk daripada desktop roomate-roomatenya yang panas.

Akhir kata, belilah hammer yang lebih murah untuk bertukang. (^_^)/