Thursday, December 30, 2010

Last Semester

Alhamdulillah, setelah sekian lama aku malas nak layan blog, akhirnya terlintas juga hati aku untuk menulis semula. Sem lepas dah habis, sem nie merupakan sem last aku kat universiti. Pejam celik pejam celik dah nak habis belajar dah. Input?? Jangan ditanya. Apa yang best nya sem nie, aku akhirnya bagaikan cuti sepanjang sem. Ini disebabkan sem nie aku hanya ambil satu subjek 2 unit. Hanya 2 jam kelas sepanjang minggu. What the hell?? Memang free tarak hingat punya la. Hahaha (gelak hatiku penuh kejahatan). So aku berazam untuk meningkatkan lagi usaha aku untuk bermain game yang aku tak pernah main lagi. Bak kata lain, nak pulun main game sem nie. Tapi mak aku pesan, jangan tinggal kelas. Dah kelas 2 jam je, alang2.....

Last but not least, good luck kepada rakan2 aku di USM yang dapat dean list dan juga kepada mereka yang dapat result GEMPAK sem lepas. Semoga sem nie kita dapat pointer yang lagi super power. Chow~ (^_^)/

Sunday, September 19, 2010

Raya datang lagi

Untuk edisi kali nie aku nak berkongsi sikit kemeriahan aku bersama member-member aku menyambut aidilfitri tahun 2010 nie. Kali nie, ramai yang dah ada kereta so memang angkut je sapa-sapa yang ada kat rumah bawak pi beraya sekali. Total 19 buah rumah kami dah pi. Tu tak kira rumah yang dah ditebalkan kulit muka beraya 3 @ 4 kali kat rumah yang sama. Woo, agak happening sebab member-member yang mana dah lama tak jumpa kini dapat bersua muka balik. Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan kepada semua.

Bawah nie aku kongsi sedikit gambar-gambar raya kami









p/s: Wahh!! Syoknya raya (^_^)/

Friday, September 3, 2010

Balik kampung


Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa. Mesti masing-masing dah tak sabar nak baling kampung nak sambut hari lebaran. Time dekat nak raya nie la semua dah mula sibuk nak kemas rumah, pasang langsir baru, buat kuih raya dan macam-macam lagi la. Haa, dok sibuk-sibuk buat preparation raya tu, buku ngan assignment jangan lupa plak. Melonggok jugak la assignment yang dapat sebelum balik cuti raya nie.

Apa pon, mood raya jangan kacau. Dah habis raya baru kita pulun buat assignment. Yeke? Selalunya bila dah raya, jumpa pulak member-member lama memang assignment dah tolak tepi la. Haha. Diharap hari raya kali nie menjanjikan suatu kelainan bagi kita semua. Moga raya kali nie lebih meriah dan bermakna daripada tahun yang sebelumnya.

Di kesempatan nie aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan-rakan, sanak saudara dan sesiapa yang mengenali aku. Hohoho...balik kampung (^_^)/

Sunday, August 22, 2010

Duit masuk??

Pagi tadi aku check baki duit aku dalam CIMB, cam biasa la. Mesti hampa punya since tiap-tiap minggu mesti mau cucuk duit punya. Makin lama makin sikit. Yela, takkan makin bertambah pulak kan? Tapi kan, hari nie pelik sikit, aku check je dah bertambah. Aku musykil gak kenapa voleh bertambah? Aku tampar muka aku kot-kot la benda nie mimpi. Tapi aku merasakan kesakitan itu amat benar (sebenarnya tak buat pon). Nak guna tak berani pulak kot-kot la member saja masukkan duit dia dalam akaun aku. But, this is good news. Raya nie enjoy sakan la aku. Orang kata, rezeki jangan di tolak bala jangan di minta. Apa lagi, jom kita enjoy!! (^_^)/

p/s: duit elaun tauliah dah masuk...

Saturday, August 21, 2010

Pulang ke rumah

Setelah hampir 3 bulan lebih tak balik rumah. Hari nie aku decide nak balik rumah since mak aku dah sampai termimpi-mimpi aku di kala tidur malamnya. So, sedangkan sirih pulang ke gagang, inikan aku yang pulang ke rumah (apa aku cakap nie?). Kepada rakan-rakan yang pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa bersama keluarga, selamat berbuka aku ucapkan. Moga di bulan Ramadhan kali nie dapat memberikan kita lebih barakah. InsyaAllah (^_^)/

p/s: JANGAN PONTENG PUASA TAU!!

Sunday, August 15, 2010

Makan Malam Regimental

Baru-baru nie, nak kata gather budak-budak Cobra Satria yang terakhir pon mungkin jugak. Tanggal 7 Ogos 2010, Makan Malam Regimental diadakan di Berjaya Hotel dekat dengan Pulau Tikus. Haa... Yang nie sapa yang tak pi memang rugi pasal apa? Makan la bai... Dah bayar duit banyak-banyak takkan tak mau melantak makanan yang kita dah bayar kan? Let's take a look at the hotel


Kalo dah ada gambar hotel tak lengkap la kalo takdak gambar orangnye kan, so aku lampirkan bersama gambar kenangan MMR kat Berjaya Hotel nie






Kalo nak letak semua gambar yang ada, berapa page pulak la thread nie je. So tu je la gambar yang boleh aku letak buat masa nie. Tahniah kepada semua pegawai muda sebab dapat hadir. (^_^)/

Friday, July 16, 2010

XFX HD4890

Alhamdulillah, berkat kesabaran dan rezeki yang dikurniakan kepada aku, aku telah mampu untuk upgrade PC aku. Recently aku telah membeli beberapa komponen PC yang aku beli dengan harga yang murah sedikit (sebab takut tak cukup budget). Antaranya ialah grafik kad XFX HD4890 (second hand). Ini adalah grafik kad kedua paling power dalam siri ati radeon HD4xxx series. Kad nie kuat consume power, kuat generate heat. Nasib dia tak boleh makan, kalo dia kuat makan susah aku nak bagi nafkah kat dia.
Walaupun sekarang nie ATI Radeon HD5xxx series dah feymes dengan feature yang superb, namun aku still tak mampu nak pakai lagi. Jadi, aku berpijak di bumi yang nyata. Ada duit nanti tukar la lagi. Hahaha (habis lagi duit aku). Kad nie mempunyai Core Clock 850MHz dan Memory Clock 975MHz. Dilengkapi dengan memori GDDR5 dan 1Gb memori. Buat masa nie, aku mampu untuk 'max out' resolution di mana aku boleh main game dengan high setting. Overcloking grafik kad nie, aku tak try lagi. Running dengan stock speed dah memadai.
Sedikit gambar sekadar hiasan

Monday, July 12, 2010

Site visit yang pertama

Untuk edisi kali nie, aku nak tunjuk sikit gambar-gambar aku masa aku pi site. Teringin nak share tapi segan pasal member-member aku suma dah expert kat site. Aku baru je nak merasa. Tak pa, janji merasa. So, nie la gambar-gambar aku semasa di tempat kejadian.
RC square pile

Konon-konon bertanya

Sesi bergambar di site


Saturday, July 10, 2010

Hari-hari bosan yang terakhir

Lately, aku dah tak ada banyak keja kat ofis dah. Nak mintak kat engineer, malasa pulak sebab tengok depa busy. Takkan nak kaco depa pulak. Kalo tak mintak bosan. Nak ponteng keja, terjejaslah reputasi aku sebagai pekerja terbaik (taik ayam). Dok kat ofis mengantok dan bosan. Bos bukan nak pasang streamyx kat ofis. Boleh gak aku surf apa yang patut. Semakin hari diriku semakin bosan. Menghitung waktu bila la aku nak balik bilik nie. Rindu kat "junior" (desktop aku). Balik bilik baru la tak bosan sangat sebab aku boleh cilok peluang rumet aku nak guna internet.

Tapi bila dah dapat internet, tak tau pulak nak search apa. Aduyai, facebook kadang-kadang kalo dah selalu sangat bukak pon bosan jugak. Aduyai. Korang punya li camna? Bosan macam aku tak? Aku dengar ada je yang siap boleh main facebook lagi kat ofis. Envy gila. Haha. Tak pa la rezeki korang. Tinggal lagi berapa hari je lagi. Tak sabar rasanya nak balik USM. Boleh aku main internet free lagi. Tu la motif utama aku masuk USM. INTERNET FREE. Haha. (^_^)/

Friday, July 9, 2010

Cooler Master Hyper 212+

Cooler Master Hyper 212+ adalah dirumus khas daripada kilang dengan mengandungi zat aluminium yang terbaik untuk anda menyejukkan processor anda sekaligus menyejukkan hati anda yang panas sebab processor panas. Ia didatangi dengan 4 heatpipe dan aluminium fin dan bla..bla...bla...(baca la dekat website Cooler Master). CPU cooler nie didatangi dengan 1 fan. Jugak mampu berfungsi dengan dua fan (tambah duit la maksudnya tu). Jadi, let's see the performance.



Baru-baru nie, terdetik kat hati aku macam mana temperature processor aku under load? So aku pun try la biarkan ym dan pc aku ideal. Temperature ideal adalah dalam 33~37 degree. And then, aku run LinX kasi stress sikit sama itu processor and the aku amek reading. Temperature semasa stress adalah lebih kurang 57~59 degree. Wow! Boleh tahan jugak performance si kecil nie (sebab aku lagi besar kan?) Walaupun processor dah di stress dan running dekat 4GHz tapi boleh maintain lagi under 60 degree.

WONDERFUL!!

COLORFUL!!

COLORLAND!!

Memang puas hati la. Tak rugi aku beli benda nie. Cuma aku tak boleh nak buat benda nie jadi kipas siling ja sebab dia kecik sangat. Kalo setakat nak kipas k****k anda kalo berpeluh aku rasa tak menjadi masalah. So, it's best bang for your buck. Worth for the money. Even you pay cheaper but you still can get almost the same performance of the high end air cooler. Sure you will not regret. Current price is about RM100 ++. Anda mampu kan untuk memilikinya? (^_^)/

Thursday, July 8, 2010

Dapat elaun


30.6.2010. Yeehaaa! Dapat elaun. Boleh enjoy (padahal bukan banyak mana pun). Hari nie memang best sebab dapat elaun. Macam-macam dok ada dalam kepala hotak aku yang botak nie. Nak makan siakap 3 rasa? Nak upgrade desktop? Ke nak bagi kat mak dan ayah kat kampung? Yang nombor 3 tu hangpa jangan percaya la. Kompom aku tak buat. Haha.

Tapi apa yang tak bestnya aku tak dapat full duit elaun aku. Mentang-mentang aku pi tauliah hari tu, dia potong RM55? Aiyoo.. "Sedihnya hati ini.. Ku juga bersimpati.. Hancurnya harapanku.. Maafkan sayang.." Dipetik daripada lagu popular Nana dan Achik Spin. Memang kena dengan situasi aku sekarang nie. Tapi tak pa la, kalau tak silap aku elaun tauliah pun akan dapat lagi nanti. Haha. Potong lagi elaun aku.. Ambik aku dapat lagi banyak nanti. Haha.

Korang pulak macam mana? Elaun dah dapat ke? Haa. Apa lagi, jom la pi tengok wayang ke? Bercuti kat Pulau Pangkor ke? Ewah-ewah, macam la dapat elaun tu beribu-ribu. Haha. At least, hati aku gembira la sikit sebab dapat duit walaupun tak full. Cis.. (^_^)/

Wednesday, July 7, 2010

A-Data XPG Gaming Series Overclocking #2

Hari nie aku pun terasa nak try lagi sejauh mana kemampuan RAM nie kalo di'overclock'. So aku bangun pagi terus tido balik lepas tu. Dalam 30 minit kemudian bila dah bangun balik baru la aku on pc aku. Masuk bios, macam biasa... Setting sana setting sini. Then try boot pc tu nak tengok sama ada boot atau tak. Aku mulakan dengan 1800MHz bukan dengan bismillah, terlupa nak baca. Aku try setting under latency 9-9-9-24. Boleh boot macam biasa. Tapi bila running stability guna LinX dan Prime95 ada error. Tak stabil la tu. Bila running Super PI 32M ok je.

Then, aku try lagi running 1850 MHz dan 1900MHz, boleh boot jugak tapi once again kalo running LinX dengan Prime95 lagi la ada error. But bila running Super PI dia tulis tak convergent. So kerakusan pun dah down. Moral pun down. Maybe sebab motherboard aku nie bukan jenis hardcore overclocker, so ability RAM tu terhad. Aku akan try lagi buat sedikit eksperimen dekat RAM nie sampai aku puas hati. Maybe later aku akan post screenshot pulak.

Mungkin aku kena pakai Maximus III Formula @ Maximus III Extreme kot baru aku dapat overclock sampai puas hati sampai gila. Tapi duit yang nak kena keluar pun betol-betol holiaw la. Laju macam air. Aduhai... (T_T)

Tuesday, July 6, 2010

A-Data XPG Gaming Series Overclocking #1



Recently, aku dah upgrade desktop aku daripada soket 775 kepada soket 1156. Seperti yang kita tahu, motherboard yang mempunyai chipset H55 hanya mampu support RAM DDR3 dan sewaktu dengannya. Jadi aku kena cari RAM yang compatible dengan motherboard aku.

Aku telah pergi survey seorang diri di Kompleks Bukit Jambul dengan menaiki bas Rapid Penang 301. Banyak jugak kedai yang ada jual RAM DDR3. Namun tumpuan aku beralih kepada 1 kedai yang apa tah nama dia aku pun tak ingat. Kedai tu ada jual RAM DDR3 yang mempunyai ability untuk overclock. Memang kena la dengan aku yang mempunyai kecenderungan yang tak berapa rakus terhadap overclocking nie.

RAM DDR3 yang ada kat sana adalah seperti A-Data XPG Gaming Series, G-Skill Ripjaws, G-Skill Trident, Corsair Dominator GT, G-Skill Eco dan banyak lagi. Rambang mata usha RAM punya banyak. Corsair memang aku tolak tepi sebab selalunya overpriced. Value RAM pun ok, tapi ingat nak up sikit (tamak nie). Aku nak cari yang memang built for overclocking.

Fikir punya fikir akhirnya aku telah tertarik dengan dua jenis RAM iaitu G-Skill Ripjaws 1333MHz CL7 dan A-Data XPG Gaming Series 1600MHz CL9. Untuk performance yang lebih baik, latency RAM yang lebih rendah adalah lebih bagus. Mengikut review yang aku baca, Ripjaws hanya mampu untuk di'overclock' sehingga mencecah 1600MHz sahaja. Namun harga RAM tersebut adalah sama dengan A-Data. Akhirnya aku telah memilih untuk membeli A-Data XPG Gaming Series (tamak lagi) sebab nak overclock above 1600MHz. Tapi nak beli yang 2000MHz punya tak cukup duit. Yang nie pun jadi la.

RAM ini adalah dual channel iaitu 2 x 2Gb, mempunyai speed 1600Mhz dan mempunyai latency 9-9-9-24. Design dia hampir sama macam G-Skill Eco kalau tak silap. Bezanya RAM ini berwarna hitam yang lebih anggun. Bak kata pepatah gaya, mutu, keunggulan. Hitam itu menawan. Nama saya RAIN.

Testbed aku yang noob:
Processor : Intel Core i3 530
Motherboard : Asus P7H55-M
RAM(s) : 2 x 2Gb A-Data XPG Gaming Series
CPU Cooler : Cooler Master Hyper 212+ Dual Fan
Graphic Card(s) : HIS HD4850 Big Fan 512Mb
Power Supply : Cooler Master Extreme Power Plus 500W

Balik je daripada Kompleks BJ aku pun telah menjalankan sedikit ujikaji terhadap kemampuan RAM tersebut. Untuk 1600MHz, aku telah mencuba untuk running menggunakan latency 8-8-8-22. No problem. VRAM yang aku set up adalah auto di mana motherboard akan set sendiri ideal voltage. Kemudian aku cuba untuk tweak sedikit demi sedikit sehinggalah mencecah 1656MHz. PC aku boleh boot seperti biasa. Then aku try tweak lagi sampai 1704MHz, still PC aku boleh boot. VRAM untuk speed ini adalah 1.6V.

Benchmark yang aku guna adalah Lavalys Everest Ultimate. Setelah membezakan antara CL8 dan CL9, memang terdapat sedikit jurang di mana CL8 menunjukkan score yang lebih tinggi berbanding CL9. Namun akibat teruja yang teramat sangat aku telah terlupa untuk test stability PC aku setelah di'overclock'.

But bila dah sampai 1704MHz ke atas, PC dah tak boleh boot. Kemampuan RAM tersebut mungkin terbatas berikutan motherboard yang aku guna adalah bukan jenis tweaking performance. So, aku still berpuas hati since aku dapat tweak hampir 1000MHz lebih laju daripada speed asal. Namun untuk gaming ataupun multitasking, perbezaan kedua-dua speed almost negligible walaupun korang guna DDR3 1333MHz.

Later aku akan try setting lain. Tak puas test lagi. Sekian... (^_^)/

Monday, July 5, 2010

Shimokita glory days

Baru-baru nie akibat kebosanan yang melampau kat bilik, aku pun mula la belek-belek folder yang ada kat dalam desktop aku. Aku pun terjumpa folder drama. Dalam tu ada 2 lagi folder iaitu Japan dan Korea. Aku pun klik la kat folder Japan tu. Ada 1 cerita yang aku rasa macam nak tengok pulak hari tu. Layan je la.

Cerita nie lawak-lawak sikit. Kisahnya bermula apabila sepasang couple yang aweknya pandai dan nak masuk Rokkyo Universiti dan join pasukan cheer. Oleh kerana heronya tak mau jaga kedai kat kampung jadi dia merancang untuk datang ke Tokyo untuk study dan seterusnya masuk Rokkyo Universiti untuk bersama awek dia. Tapi bila sampai Tokyo, dia kena dok kat 1 rumah yang ada 5 orang gadis seksi tinggal bersama. Perghh.. 5 orang gadis seksi tu. Betul-betul holiaw!

Oleh sebab dia tak nak awek dia tau, dia pun mencari banyak alasan untuk cover diri dia. Walaubagaimanapun, 1 hari kantoi jugak. Nak tau apa yang berlaku lepas tu? Pastikan korang mendownload cerita nie kat sharer USM atau sharer yang share la senang cakap. Anda pasti tak kering gusi menonton drama tersebut. Kepada yang dah download, jangan tunggu-tunggu lagi. Layaaannnn.... (^_^)/


Wajah hero masa tengok pompuan seksi

Awek si hero, cun tak?

Barisan pelakon drama ini

Apa pendapat korang kalo korang jadi hero tu?

Sunday, July 4, 2010

Peanut butter + Vico

Korang suka tak makan peanut butter? Haa, nie den nak koba kek semuo yang bondo nie la den dok tibai pagi-pagi. Mungkin akibat daripada kemalasan yang melampau nak pi Khaleel (dah kena ban) mahupun Nazri kafe (pun kena ban), maka kami pun beli la peanut butter dengan roti Gardenia.

Tiap-tiap hari makan benda yang sama. Layan je la. Pagi makan roti dengan peanut butter, petang balik keja pun makan jugak. Malam pun makan jugak. Boleh jadi anak buah peanut butter camnie. Lagipun, elaun masa latihan industri pun ciput je. Bukan macam member aku kat JABIL, RM800 kot elaun depa. Jeles-jeles. Haha. Dah rezeki depa kan? Tak pa, bagus jugak. Nanti pancing la depa suruh open table. Haha. Makan besau pakcik.

Lagi satu, minuman coklat tesco. Benda nie wajib ada. Memang couple dengan roti dan peanut butter. Kalau pagi tu tak minum, rasa mengantuk je kat dalam ofis (padahal minum pun mengantuk jugak). Tapi sejak akhir-akhir nie, kewangan aku dan roommate aku dah stabil,. Jadi kami tak pandang dah minuman coklat tu. Sekarang nie kami layan Vico pulak. V. I. C. O. VICO! Oh yeah~ Hidup pun bertambah ceria daripada hari-hari dulu. (^_^)/

Saturday, July 3, 2010

True PALAPES

Korang tau tak apa ciri-ciri nak jadi true dalam PALAPES? Adakah jika korang memang minat gila babeng tu dah kira true? Adakah jika korang pandai berkawad dah kira true? Adakah korang tengok depa pakai smart dah jadi true? Itu bergantung kepada persepsi masing-masing.


Cuba korang lihat muka-muka depa semua nie. Ini barulah true PALAPES. Dengan tone warna muka yang tidak sekata ditambah pula belang tarung yang seakan-akan sama dengan Pendekar Laut, mereka boleh dikatakan true PALAPES. Tapi don't worry, apa guna OLAY, FAIR & LOVELY dan krim pencerah yang lain? Ini sedikit sebanyak melariskan produk mereka di pasaran.

Sebelum nak tauliah tu, depa nie dah rehearsal kawad tengah panas daripada pagi sampai petang sampai muka hitam dan berbelang tarung. Malam pulak ada rehearsal watikah. Everyday benda yang sama. Penat memang tarak hingat punya. Tapi walaupun muka masing-masing dah hitam, boyfriend dan girlfriend depa tak lari pon. Jangan la muka hitam sikit dah nak cari lain. Tanggal 12 Jun 2010, impian menjadi kenyataan di mana warga PALAPES yang mempunyai belang tarung tu ditauliahkan. Memang happy gila babeng time tu. Tapi ada la segelintir yang tak ada belang tarung pun tauliah jugak. Haha.

Cuba korang tanya apa perasaan depa bila dah dapat tauliah? "Hitam pun hitam la janji aku tauliah." Ada tak cakap camtu? Semua pun bagi komitmen yang tinggi walaupun depa tahu mesti jadi hitam lepas tu. Komitmen memang mantap sebab kawad pun ada competition. Memang berebut la semua nak menang competition tu. Tapi sayangnya USM tak menang. Tapi jangan khuatir, walaupun tak menang tak rugi pun sebab still jugak dapat Leftenan Muda.

Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua warga PALAPES yang telah ditauliahkan. Pastikan anda sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara. Sahutlah cabaran Menteri Pertahanan dan hindarilah pondan tua.

Sekian... (^_^)/

Friday, July 2, 2010

LI dah nak habis

Sedar tak sedar, kita pun dah hampir menuju ke penghujung latihan industri. Lebih kurang dalam 2 minggu je lagi untuk menimba ilmu tentang dunia pekerjaan sebelum kita kembali menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa universiti. Kenangan? Aku pun tak tau la aku ada kenangan ke tak sepanjang latihan industri nie.

Bila memikirkan lagi 2 minggu je nak habis, rasa malas nak pi keja pun dah ada. Aiyooo. Jangan malas. Rindu gak feeling masa belajar bersama dengan rakan-rakan coursemate. Sepanjang li nie suma dok busy dengan keja masing-masing. Tapi keep in touch jugak la dengan member-merber rapat aku kat USM. Li nie dah bagi gambaran macam mana suasana dan kehidupan kita bila kita dah keja nanti. Life nak happy-happy dengan member, tengok wayang, lepak sama-sama mungkin makin lama makin hilang. Baru praktikal dah ada yang busy. Inikan pulak bila dah keja. Jangan sampai kita lost contact dengan member-member dah la.

Lepas 2 minggu nie, boleh la aku kembali buat rutin harian aku balik. Ponteng kelas? Maybe. Copy assignment? Maybe. Tidur lambat? Maybe. Ataupun aku perlu tukar semua jawapan aku jadi of course? Haha. Sem depan kena berubah nie (ayat 4 semester lepas). Hopefully bila dah habis li, masing-masing dah ada pengetahuan sendiri. Kongsi-kongsi la dengan member-member yang lain. Tak berkurang pun ilmu korang kalau korang share. Bahkan korang dapat pahala lagi sebab korang menyampaikan. Biar bila kita dah graduate nanti student lepasan USM nie suma resourceful and reliable.

Report? Aku tak buat apa lagi. Apa material yang nak letak dalam report pun aku tak tau. Haha. Tapi kalau nak letak drawing yang aku dah buat tu banyak jugak la. Kepada member-member lain, bagi la idea sikit. Takkan dengan member pun nak berkira? Haha.

Sekian saja buat masa nie. Nie pun curi-curi masa keja tulis blog. (^_^)/

Thursday, July 1, 2010

Asus P7H55-M

Kali ini aku nak story sikit kat korang dengan apa benda yang aky dah beli recently. Asus P7H55-M. Ini bukan password healthycampus aku mahupun password facebook aku. Ia adalah motherboard yang paling latest aku pakai. Ia dilengkapi dengan 4 port USB, 6 SATA II, 1 x PCIe 16X, 4 DIMM DDR3 slot. Ianya menggunakan soket LGA 1156. Motherboard ini mampu support processor seperti i3, i5 dan i7. Chipset yang digunakan pula adalah H55.


Apa yang bagusnya motherboard ini, korang boleh guna on board grafik yang disediakan oleh benda alah nie. Maksudnya, jika korang tak cukup budget atau kedekut taik hidung masin nak beli grafik kad, korang still lagi mampu menggunakan PC untuk membuat rutin-rutin harian seperti membuat graf untuk lab report dan sebagainya. Tapi pastikan korang menggunakan processor yang betul.

Bios yang digunakan oleh motherboard ini adalah mudah. Untuk tujuan overclocking motherboard ini tidaklah sepower rakan-rakannya yang mempunyai darjat yang lebih tinggi seperti ROG series dan lain-lain. Untuk tujuan mild overclocking motherboard ini sudah mampu untuk satisfy korang punya kehendak. Setakat nie, aku boleh overclock i3 530 aku sampai 4.4GHz sambil minum vico tanpa ada banyak masalah. Setting betul mesti jadi punya.

Temperature? Of course akan naik tapi not a big problem kalau ada third party cooler. Cooler Master Hyper TX-3 pun dah cukup. Even korang guna stock cooler pun dah boleh overclock sebenarnya. Lagipun i3 530 guna teknologi 32nm. Tak ada la panas sangat. Tapi temperature tu still bergantung kepada sejauh mana kerakusan korang nak overclock. RAM aku mampu lagi overclock mencecah 1704MHz cuma tak running stability je. PC boleh boot macam biasa.

Harga latest di pasaran adalah RM315. Aku pasti kepada yang mahu menggunakan latest processor yang dikeluarkan oleh Intel seperti i3, 15 atau i7, motherboard nie pasti mudah dimiliki. Kalau nak murah lagi carilah second hand. Anda mampu mencarinya...

Sekian... (^_^)/

Tuesday, June 29, 2010

Pindah rumah baru

27.6 adalah hari paling bahagia buat hidup aku (ayat nak kasi sedap hati je). Aku dapat pindah rumah baru. Yeehaaaa!. Bilik je sebenarnya. Kena bayar pulak tu. Sebenarnya, kami kena pindah bilik baru sebab hal-hal yang kami cuba elak tapi gagal di situ.

Oleh sebab budak-budak junior bakal masuk lebih kurang dalam 2 minggu lagi, jadi pihak pengurusan desasiswa Fajar Harapan pun menyuruh kami blah untuk sewa kat Tekun pulak. Nasib bilik kat Tekun nie best. Tapi duit dia pun best jugak la. Ditambah pulak barang aku yang berduyun-duyun nak naik pulak tingkat 3, memang holy shit penat la gua cakap lu. Tapi tak pa, kata palap? Tak da hal punya la. (sebab Lan ngan Jai pun tolong sekali). Hehe. Thanks.

Tapi aku still puas hati walaupun kena bayar lebih sikit, kualiti bilik dia lebih bagus daripada Fajar Harapan. Tapi, nak pi keja jauh sikit la dengan stesen bas. Aduhai. Kata palap? Layan je. Malam-malam boleh tengok view daripada tingkat 2. Cantik siot.

Layan... (^_^)/

Monday, June 28, 2010

23 Jun 2010

Hari tu merupakan hari yang bersejarah bagi aku kerana pada hari tu la aku telah mendapat peluang untuk pergi ke site buat kali yang pertama. Yeehaaa!. Memang best bil first time dapat chance nak pi site since aku punya syarikat nie konsultan. Memang menghadap design je la tiap-tiap hari. Kadang-kadang sampai dah bosan dah. Tapi bila sekali dapat pi site, hati memang kegirangan la bagaikan bulan jatuh ke riba. Hari tu depa nak buat piling.

Tapi bila sampai je kat site, happy dah jadi pelik. Sebab tengok orang yang nak buat piling tu dok ke hulu ke hilir dok tengok Hydraulic Injection Pile dia. Aku ingat dia nak check tanda harga mesin tu dah buang ke belum, rupanya mesin tu rosak. Wat de hell? Depa kata nak tunggu engineer datang nak repair, so kami pun menunggu la. Last-last, tak mai gak. Apo kono eh jang? Selepas aku mundar-mandir seorang diri seperti menunggu kelahiran anak yang sulung, engineer aku pun ajak blah pi site lain. Layan je...

Sampainya kat site lagi satu tu, aku ingatkan nak berhenti pi amek gambaq ka apa ka? Rupanya tengok-tengok je, dalam keta pulak tu. Aiyooo. Lepas tu pi balik ofis. Err, camnie ke feel pi site? Cam tak best je. Haha. Tapi at least aku dapat pi jalan-jalan. Haha. Layan... (^_^)/

Sunday, June 27, 2010

Intel Core i3 530

Alhamdulillah, berkat kesengsaraan selama 3 tahun akhirnya aku dapat juga merasa untuk menggunakan processor Intel Core i3 530.


i3 specification

Processor ini dilengkapi dengan 2 core dan mempunyai 4 threads, i3 adalah revolusi Core 2 Duo yang menggunakan soket yang berbeza. Dengan multiplier setinggi 22, anda boleh meng'overclock'kan processor tersebut sehingga mencecah 4.4GHz dan ke atas dengan mudah berbanding Core 2 Duo. Processor ini sangat bagus kepada mereka yang gemar untuk overclock desktop anda. Untuk mengetahui sejauh mana kemampuan processor ini, overclocklah sendiri. Jangan lupa, anda juga memerlukan third party cooler kerana overclock bermaksud menambah temperature processor tersebut. Pastikan anda tidak rakus agar anda tidak memendekkan jangka hayat processor anda.


CPU-Z screenshot

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat tentang processor ini, anda bolehlah melayari laman web rasmi intel.

Harga processor ini di pasaran sekarang adalah dalam RM389. Namun ia bergantung kepada penjual ataupun kawasan anda. Jika inginkan harga yang lebih murah, belilah second hand. Anda mampu membelinya. (^_^)/

Thursday, June 24, 2010

Istiadat Pentauliahan Diraja PALAPES IPTA ke-29

Alhamdulillah, walaupun setelah sekaian lama aku menyepi daripada dunia blog ia tidak bermakna aku telah bersara dengan pencen. Aku kini kembali untuk cuba aktif dalam menulis karangan merepek aku.

Tanggal 12 Jun 2010, ia merupakan hari yang paling indah buat warga PALAPES seluruh IPTA di Malaysia di mana segala pahit maung yang telah dilalui sepanjang 3 tahun kini berbaloi apabila skuad senior PALAPES IPTA masing-masing kini ditauliahkan menjadi Leftenan Muda. Dewan Tuanku Syed Putra menjadi saksi kepada cinta kami kepada PALAPES (ye ke?)

Dengan jumlah keseluruhan kadet senior seramai 1100 lebih kurang cam tu la aku pon tak ingat, penat jugak Raja Muda Perlis nak hulur skrol tu satu-satu. Namun berkat latihan rehearsal yang bertubi-tubi, akhirnya upacara penyampain berjalan dengan terpaling lancar (konon-konon la). Lain yang plan, lain pulak yang jadi. Tapi takpa yang penting dapat skrol tu. Tapi memang ada yang lucu sebab ada yang lupa salute, ada yang enset terjatuh kat atas pentas, ada yang jalan robot. Nervous semua askar-askar nie nak amek skrol tu.

Last but not least, tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya ditauliahkan menjadi Leftenan Muda. Diharap dengan pangkat yang baru nie, kita akan lebih bersemangat untuk melindungi negara kita daripada ancaman musuh negara.

Berkhidmat untuk negara,

.......................
(Lt M Mohamad Hafizul B. Tajuddin)
(PALAPES USM)
(^_^)/

p/s: rasa macam ada banyak benda lagi nak cite. huhu

Wednesday, June 23, 2010

Tikus kesukaan setiap insan

Baru-baru nie, terdetik di hatiku untuk memiliki sesuatu yang aku boleh bela dan sayang dia. Takda la hidup aku sunyi ja. At least aku dapat la meluahkan segala perasaan aku kat dia. Jadi aku pon plan dengan Apis (memang nama panggilan sebenar) untuk pi Bukit Jambul. Aku merasakan kehangatan cinta aku kat dia di sana.

Sampai ja kat sana hatiku berdebar adakah aku dapat mencari sesuatu tersebut? Apakah dia akan dapat menerima aku nanti? Apa aku nak cakap kat parents aku bila aku dah bersama dengan dia nanti? Kami memulakan pencarian buah hati aku kat sana. Jalan punya jalan, sekali aku ternampak sesuatu tersebut. Tapi bentuknya lain. Aku pun tak pasti tapi hati aku terpaut. Akhirnya aku pon terbeli jam. LOL!. Nape aku beli jam?

Lepas makan, aku pi naik tingkat atas dengan dengan aku mengharapkan aku dapat berjumpa dengan si jantung hati. Aku pon follow Apis tanpa banyak diam. Sembang je manjang. Dan kami pon sampai di suatu tempat tapi hatiku kuat mengatakan ini bukan tempatnya. Tapi memang benar itu bukan tempatnya sebab tu tempat karok. Apis nak ajak karok rupanya.

Disebabkan malas nak cerita panjang, kami pon sampai tempat yang aku nak pi tu. Aku berkenan dengan 2 tikus. Comel-comel pulak tu. Akhirnya aku dah decide. Aku pilih Krait daripada Abyssus. Kepada Krait tahniah sebab berjaya menarik perhatian aku. Kepada Abyssus sila cuba lagi tahun depan. Yahuuu. Mouse baru. (^_^)/

My new "tikus"

Tuesday, June 22, 2010

Latihan Industri

Alhamdulillah, berkat kerjasama lecturer-lecturer yang mengajar kami selama ini telah berjaya membuatkan kami sedikit bersedia untuk mengahadapi alam pekerjaan yang bakal kami tempuhi lebih kurang setahun daripada sekarang. Ada pahit manis sepajang menjalani latihan industri.

Aku dapat kat sebuah syarikat perunding kat Penang. Apa yang aku buat kat sini aku banyak belajar design tidak kiar sama ada banglo ataupun bilik kecil. Kami lebih ditekankan untuk melukis RC drawing dan segala detailing yang sepatutnya ada dalam sebuah drawing. The new thing is kami belajar camna nak kira loading dengan menggunakan software, camna nak letak piling point, dan banyak lagi.

Tapi kami kurang bernasib baik disebabkan kami masih lagi tidak berpeluang untuk pi site. Kami lebih banyak menghabiskan masa di pejabat membuat drawing, membuat detailing, tengok drama korea, post komen dalam facebook dan borak-borak menghilangkan stress kerja (stress la sangat). Kami masuk pukul 9 dan habis dalam pukul 6. Unfortunately, takda istilah OT untuk kami. Sabtu pon keja. Nak rileks hari Ahad je.

Diharap, kepada yang dapat pi site tu, duit OT belanjalah kami yang tidak ada OT nie. Apa info yang korang dapat masa kat site, janganlah kedek untuk berkongsi dengan kami yang tak pi site nie. Segala kesulitan amat disesali.

Apa pon, 3 weeks left. Gambatte-ne! Lepas nie boleh hang out dengan member balik. Tak sabar rasanya. Oh yeah~ (^_^)/

Saturday, March 13, 2010

Third match

Hari tu merupakan penentu kejayaan kami dalam menjuarai pingat emas dalam acara bola sepak STAM. Tapi oleh sebab ramai yang gembira kerana telah berjaya menyiapkan mini projek rekabentuk geoteknik, jadi mereka pon telah balik rumah dengan selambanya. Kami pon tak cukup orang nak main.

Oleh kerana telah mengalami ketiadaan player untuk bermain dalam perlawanan tersebut, kami telah mengimport beberapa orang player demi mengisi kekosongan tersebut. Tiada wang perpindahan telah dibelanjakan kerana player yang kami import tidak mempunyai agen-agen sendiri. Jadi kami slow talk dengan mereka seperti abang-abang luxor yang mahu mengajak adik-adik join mereka.

Oleh sebab kami mengimport pemain yang power-power belaka, menang bukanlah suatu yang mustahil memandangkan geng-geng first year dah main sebelum tu. Jadi depa kompom penat. Sinar harapan dah terbayang di wajah setiap insan.

Alhamdulillah, 3 gol disumbat oleh pemain yang laju giler babeng, Awi dan 1 gol daripada Apis. Keputusan perlawanan tersebut adalah 4-0. Hurray untuk team third year. Sekian... (^_^)/

Thursday, March 11, 2010

Second match

Sekali lagi glory menjelma di depan mata kami di mana kami berjaya menewaskan team Post Graduate. Dengan berbekalkan semangat hasil kemenangan dengan second year 3 minit sebelum tu, kami turun dengan hasrat untuk menang lagi.

Gol pertama dihadiahkan oleh Fariman yang merembat kencang tepat ke bucu gol pihak lawan. Beliau memang terkenal dengan jaringan yang cantik seperti yang dilakukan ketika KASUS dulu. Gol kedua pulak dijaringkan oleh Shahril dengan tenang. Rembatan kencangnya melepasi penjaga gol yang tiada di depan golnya. Mungkin ini kerana penjaga gol mereka menyangkakan yang beliau bermain di posisi striker sedangkan dia sebenarnya adalah penjaga gol.

Namun, kami dikejutkan dengan gol pihak lawan yang dijaringkan oleh sapa tah tak tau nama dia. Tapi sekali lagi kami melebarkan jurang jaringan di mana gerakan menarik Shahril yang melorongkan bola dapat kat kaki aku lalu through kepada Syidi dan mudah bagi beliau menjaringkan gol tersebut. Alangkah gembiranya Syidi ketika itu.

Post Graduate tidak mahu mengaku kalah di mana mereka berjaya menyumbat lagi 1 gol untuk merapatkan jurang. Tapi who are stronger will win. Bola yang di cross oleh Amin ditanduk sempurna oleh Shahril untuk menjadikan kedudukan 4-2. Akhirnya wisel penamat pon ditiup. Kemenangan menjadi milik kami.

Hari nie ada lagi 1 match. Semua budak-budak 3rd year awam diminta turun (player je la). Hopefully kita akan menang lagi hari nie. To be continue... (^_^)/

First match

Alhamdulillah. Semalam memang glory buat student awam 3rd year. Sebab minggu nie merupakan minggu sukan tahunan awam bermula. Semalam merupakan kick off untuk game bola sepak. Dengan busy dok buat geoslope dengan hati yang tak tenang, petang tu kami turun selaku juara bertahan.

Mempertahankan gelaran memang impian kami daripada kecik lagi. Tiap-tiap petang kami training bola (aku training kat bilik je). Tambah-tambah lagi kami ada player MASUM yang comel dan cute. Di tambah pulak striker yang memang tajam setajam ayat yang makan dalam. Kami memang mempunyai potensi untuk mempertahankan gelaran. Puji team sendiri pulak.

First game kami lawan 2nd year. Kata juara bertahan, memang main rilex-rilex je la memula tu. Gol pertama memang cun. Syidi melonjak tinggi seperti jaguh lompat tinggi dengan hasrat menanduk bola yang Shahril cross ke dalam gol. Tetapi apakan daya, bola memang masuk dalam gol. Perghh.

Lepas tu lagi rilex la kami main sampai kena balik sebijik. Lepas tu baru la nampak semau main bersungguh-sungguh sikit. Lepas tu kami attack je la. Gang bang bebudak 2nd year sampai base diorang. Apa yang menariknya, semua gol kami semalam hasil jaringan tanduk.

Gol kedua aku cross Shahril tanduk. Gol ketiga Amin cross Apis tanduk. Jadi aku dapat membuat kesimpulan. Semakin banyak kami cross, semakin banyak kami tanduk. Thus, more goals can we score. Konon-konon la.

Anyway, congratulation to us... To be continue... (^_^)/

Wednesday, March 10, 2010

Busy giler babeng

Salam. Tajuk thread di atas merupakan salah satu langkah meng'hyperbola'kan situasi yang sedang aku alami ketika nie. Busy memang busy. Busy buat design, busy baca forum (rutin aku), busy main game dan busybody. Bak kata pepatah, Nak seribu daya, taknak seribu ringgit. Seribu tak cukup.

Last week baru je siapkan design steel, this week kena siapkan geotechnical design pulak. Lepas nie design apa pulak tak tau la. Tapi 3rd year memang tahun yang busy.


Software yang kami kena guna nak buat design geoteknik. Geoslope nama dia. Sebut betul-betul JIYOSELOP. Pandai adik-adik di luar sana.

Jadi oleh sebab banyak sangat kerja nak kena buat, aku nak main Battlefield : Bad Company 2 pulak. Walaweh!! (^_^)/

Tuesday, March 9, 2010

Keserabutan telah hilang

Kelmarin, aku tak da benda nak buat kat bilik. So aku pon macam biasa la baca forum, baca artikel dan baca forum. Baca buku jauh sekali. Then, aku ada terbaca thread orang buat cable management dalam casing dia. So aku pon teruja la nak buat macam tu since wayar-wayar yang ada dalam casing aku memang serabut cam usus kecil ngan usus besar. Tiba-tiba je keazaman berkobar-kobar. Lantas aku amek screw driver Sabu and then mulakan kerja.

Sebelum kerja-kerja renovation dilakukan



Memang serabut kepala aku tengok wayar-wayar yang serabut tu. Sejam lebih aku dok fikir macam mana nak bagi wayar tu kemas dan tak serabut. At last, hasilnya macam yang korang boleh tengok kat bawah.


Lebih kemas daripada sebelum nie (Belah dalam casing)


Lebih serabut daripada sebelum nie (Belah belakang casing)

Akhirnya, aku kembali bahagia dan ceria seperti dulu... (^_^)/

Monday, March 8, 2010

Teja datang lagi

Alhamdulillah, kepada si penggemar cyber wars anda bolehlah menunjukkan bakat anda bermain game kepada semua agar mereka tahu betapa hebatnya anda bermain game. Cuma aku nak cite yang PC aku hampir-hampir dijadikan PC yang bakal digunakan untuk support Cyber Wars punya competition.

Oleh sebab mini projek yang menimbun-nimbun (bwat pakai software pon menimbun apa jadahnya?) so rumet aku telah refuse dengan muka yang amat manis. Mungkin kerana bilik kami nie mempunyai desktop-desktop yang power di mana jika bermain solitaire pasti tak sangkut. Kepada AJK Teja kami memohon maaf sebab tak dapat nak bagi pinjam desktop sebab dah 2 tahun dah bagi pinjam desktop. Kami nak bagi peluang untuk orang lain menunjukkan desktop mereka yang power pulak.


Bukti yang aku memang bwat keja kali nie.. Haha

Apa-apa pun, let's rock the Teja... Eh? Teja dah habis ke? (^_^)/

Friday, February 26, 2010

Berkeluarga kat Sedim

Pada berapa hari bulan entah aku tak ingat Kelab Rekreasi Palapes telah membuat satu aktiviti yang memang pada mulanya aku rasa macam tak best (sebab tak tau apa aktiviti yang depa buat) tapi bila dah pi rasa nak pi lagi sekali. Seronok bai.. Macam-macam aktiviti kami buat contohnya macam Water Konfiden, Rafting, Abseiling, Nightwalk, Catwalk, Biawak... Hoho.

Tapi hari tak selalunya indah. Masa mula-mula nak pi kami dah tersalah jalan dah. Pi pusing ikut jauh pulak. Tapi tak pa la, sampai jugak akhirnya. Sementara nak sampai tu bergosip dulu la. Tapi pastu kami solat sebab nak cover balik dosa bergosip tadi.

Masa water konfiden tu best. Instructor dia memang cool. Senyumannya memang menawan. Mungkin ada di kalangan gadis-gadis palapes yang sudah jatuh hati dek keanggunan senyuman instructor yang lebih senang dikenali dengan nama abang Nasir. Apa yang tak bestnya, aku terjun ja pastu air abes masuk hidung aku. Lupa nak tutup. Dah la hidung sakit pastu aku float wrong way pulak tu. Sangkut abes kat batu-batu sungai yang besar.


Wajah comel instructor dengan senyuman menawan

Rafting lagi best wa cakap lu. Memang letih doh nak dayung raft tu. Kejap forward kejap backward satgi boom. Ada yang sampai terbalik raft dia. Haha. Sapa eh orang tu Jai? Dekat 2 jam kami dayung. Nasib tak cramp punggung aku.

Lagi satu karok maut. Dah la turn aku pick lagu yang aku tak reti nyanyi. Dengan selambanya aku nyanyi je la ikut sesuka hati mak bapak aku. Akibat suara aku yang terlalu sedap macam haram jadah, juri telah meminta aku berhenti nyanyi kerana mereka tidak mahu bakat aku disia-siakan di sana (sebenanrnya nyanyi cam sial). Daripada 3 juri yang boleh bagi aku 30 markah, 3 je yang aku dapat. Wow! Amazing~

Last but not least, family day hari tu memang best. Thanks to everyone yang support family day tersebut. Well done to pengarah and the ajk. Hopefully akan datang kita buat family day yang lagi best dan sempoi.

Sedikit gambar kenangan



Sweet memories...(^_^)/

Wednesday, February 24, 2010

Fan terpakai

Di sini aku ada 3 fan desktop yang aku dah tak guna. So sebab taknak waste benda nie aku ingat nak jual. Kepada sesiapa yang berminat boleh pm aku untuk maklumat lanjut.


RM5 for both


RM10 each (padahal ada 1 je)

Kipas nie boleh digunakan untuk menyejukkan casing anda dan penyejuk badan di kala panas. Tetapi ia sungguh tidak sesuai digunakan sebagai kipas untuk memotong rumput di halaman rumah. Cepat dapatkan sekarang sementara stok masih ada (^_^)/

Tuesday, February 16, 2010

Lagi-lagi tukar header

Oleh sebab bosan melihat header yang sama saja setiap hari, akhirnya aku mengambil keputusan untuk menukar header aku.


Header yang baru (baru upload sebenarnya) nie simple je. Melambangkan diri aku yang sememangnya simple mimple. Haha. Apa yang aku merepek nie? (^_^)/

Friday, February 12, 2010

Payung beraneka corak

Deco Umbrella

Mempersembahkan payung beraneka corak yang direka khas bagi memenuhi citarasa anda di luar sana. Bagi penggemar payung, ini adalah satu inovasi baru di mana payung sekarang tidak lagi plain dengan 1 warna @ warna campur-campur. Tetapi ia didatangi dengan corak-corak menarik yang mampu menambat hati anda. Anda pasti berasa bagaikan mahu bersama payung terebut buat selamanya. Mandi bersama, tidur bersama, jalan-jalan bersama. Bak kata pepatah, air dicincang takkan putus (ada kaitan ke?)




Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis corak yang berbeza (yang ada pada aku la) menanti anda:

Hello Kitty

Angel

Red & Black (aku tak tau nama apa payung nie)

Milk
Untuk permulaan, kami cuma menampilkan 4 jenis corak sahaja. Stok payung ini juga adalah terhad. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah meng'email'kan kepada aku di physalis_archtype00@yahoo.com.

Butir-butir yang diperlukan:
Nama =
Jenis payung =
Kuantiti =
Alamat = (jika memerlukan penghantaran di luar USM)

Sekiranya anda bukan pelajar USM, maka abang poslaju terpaksa bekerja lebih. Harga pos ke seluruh semenanjung adalah seperti berikut
WM = RM6
EM = RM8

Sedikit gambar poyo daripada model kami:




Terima kasih kepada model kami kerana sudi mengorbankan masa belajarnya demi menjayakan bisnes ini. Mari dapatkan payung yang cantik ini sebelum kehabisan stok. Dapatkan di pasaran sekarang!! (^_^)/