Wednesday, August 3, 2011

Picture of the day

Antara aksi menarik ketika Malaysia menentang Singapura yang berkesudahan seri 1 - 1


p/s: kalo yang baju merah tu pon buat sekali mesti jadi lagi smart gambar nie.

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak


Bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi aku nyawa untuk aku mengcapi kenikmatan bulan Ramadhan tahun ini bersama keluarga. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam tak kira di mana anda berada baik di darat atau di lautan dalam. Mudah-mudahan kita mendapat seribu keberkatan daripada bulan yang mulia ini. Walaupun iman aku lemah, tapi aku akan cuba menunaikan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Ditambah pula dengan solat terawih yang kadang-kadang tak cukup 23 rakaat (selalu memang tak cukup pon). Diharap Allah akan memberi kita peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang

Tuesday, July 5, 2011

Contest gambar kesayangan

Syarat nak join:

1. follow blog jue n blog aida

2. like page aku *bg yg ada fb

like di sini

3. tajuk entry "contest gambar kesayangan"

4. letak gmbr yg aku sediakan tuh kat entry korunk
*pastikan tinggalkan mcm ni untuk org lain tgk blog aku

mai join tang nie

4. link kan ke entry ni

5. tag kat 2 org

aku tag korang iPai me suya

Lantas aku mengupload gambar ini


Nak dipendekkan cerita, kisah nie berlaku selepas kami menyiapkan tugasan projek 1 sem yang diberi nama Integrated Design Project. Subjek nie memerlukan anda suma memerah kepala hotak anda sama berjambul ataupun tidak. Projek yang kami dapat ialah untuk membangunkan satu lagi bangunana asrama baru kat kampus aku.   Kami kena bentuk 1 organisasi syarikat baru dan diberi tanggungjawab untuk menyiapkan projek tersebut. So ada la yang jadi project manager, geotechnical engineer,. Aku? Aku jadi structural engineer. Akibat pengalaman yang kurang dalam dunia civil engineering, kami pon berusaha gigih untuk menyiapkan projek tu sampai ada yang hampir gila (tak gila lagi la, sekarang nie sihat walafiat), stress dan macam-macam lagi.

Kita dah la tak pro lagi, sekali dapat keja nah hamek kau, demam terus aku. Tapi tak pa la kan, nie kita boleh jadikan sebagai pengalaman. Time belajar dah stress buat projek macam nie, kalo in real world? Sehari mau gugur sehelai rambut aku. Bila dah siap, macam biasa la kan, viva mesti tak boleh lari punya. Masa tu la nak kena pangkah dengan lecturer. Kasi jawapan yang tak meyakinkan sikit je memang kena tembak. Aku yang dah kasi jawapan pon tak diterima. Inikan pulak yang tak dapat jawab. Rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je. Tapi bila dah habis, dalam hati banyak taman beb!

Ok, gambar kat atas tu gambar kompeni member aku. Heroes nama diorang. Cilok nama TV Series Heroes kot. Lepas je habis projek tu, diorang pi bercuti kat Langkawi. Pergh. Dan gambar tu diabadikan sebagai kenangan. Comel betol gaya diorang.

Saturday, July 2, 2011

Typing speed test

Untuk menguji tahap kepoweran dan kelajuan korang menaip, klik lah link di bawah.

First trial (BM)
39 perkataan

Speedtest


Second trial (BM)
40 perkataan

Speed test


Third trial (BM)
42 perkataan

Speed test


First trial (English)
47 words

free online typing test


p/s: aku cap ayam je

Assassin's Creed Brotherhood

Setelah berzaman tak update blog tetiba terlintas kat fikiran aku yang tengah mamai sikit-sikit nie nak update. Sejak tamat belajar, hidup aku sebagai seorang penganggur sepenuh masa pon bermula. Tapi ok la kan, makan free, tidur free kat rumah. Takdak sapa nak kacau. Cuma bila duit dah takdak mula la buat hati kering pau mak bapak aku. Haha. Segan memang segan.

Sebab takdak kerja lain nak dibuat, macam biasa la. Aku dengan game ibarat adik beradik tiri. Kalau mood dah datang gaw-gaw, tak tidur malam pon takpa. Latest aku baru je macam terasa aku dah habiskan satu game. Assassin's Creed Brotherhood. Game yang penuh dengan aksi-aksi memanjat bangunan yang tinggi-tinggi guna tangan je (kuat sungguh tangan dia), assassination (kadang-kadang terassassinate orang awam), curi duit orang awam dan macam-macam lagi. Sekali tengah syiok-syiok main di tahap kemuncak tetiba terasa macam dah habis. Kecewa aku.

Gambar sekadar hiasan


p/s: daripada 10 tu aku kasi 7 la untuk game nie. game apa pulak la nak main lepas nie

Tuesday, May 17, 2011

Detik-detik akhir di USM 4

 
Ketebalan thesis aku yang telah direject oleh supervisor aku 

Final Fantasy 8

Berkat ketekunan dan kesabaran aku kini telah berjaya menghabiskan satu game PS1 iaitu Final Fantasy 8. Total gameplay was about 60 hours. Kahkahkah

Kerja baru aku

Kerja aku setelah habis belajar:
  • Menghabiskan beras kat dapur
  • Meningkatkan kadar kepenggunaan elektrik dan air (bil naik)
  • Meningkatkan kadar perbelanjaan harian keluarga
  • Menambahkan jam kredit tidur
  • Main game sampai bosan
  • Main facebook walaupun dah tahu bosan 
p/s: apa pon tak boleh (ayat jambu)

Monday, May 16, 2011

Happy Teachers Day


p/s : tanpa they'all, i'all maybe takkan jadi seperti apa yang dapat dikecapi sekarang nie.

Wednesday, May 4, 2011

Detik-detik akhir di USM 3

Oleh sebab printer aku dah lama dah ink dah kong, so aku pon terpaksa la print fyp aku dekat member aku. Alhamdulillah, aku berjaya mengepau kertas member aku yang sememangnya banyak. 1 fyp = 100 pages. Aku buat 3 copies. Terima kasih kerana membenarkan aku mengepau engkau.

So, keesokan harinya nak ambil signature supervisor dengan examiner je. Tapi hari tu mendung. Mood suasana hari tu pon mendung jugak. Nak dapat signature supervisor aku punya la susah. Pagi dalam pukul 8.30 aku datang. Supervisor aku tak mau sign sebab aku tak bawak thesis. Thesis pulak tak ambil lagi daripada bilik member. Then dia kata dia nak pi viva pulak.

Supervisor: "Kenapa datang lambat? Saya nak pegi viva dah nie.. Mana borang tu?"

Aku : "Nie borangnya Dr."

Supervisor : "Mana thesis nye? Kalo takda thesis saya tak boleh sign."

Aku : "Dr ada kat bilik pukul bape?"

Supervisor : "Saya tak pasti viva habis bila. Maybe 3 jam? Boleh jadi 6 jam. Boleh jadi sejam"

Aku : "Nanti saya datang la bilik Dr. Kalo Dr takda saya tunggu je la"

Penantian suatu penyeksaan. Kadang-kadang terasa macam betol jugak. Sejam setengah aku tunggu dekat bilik dia. Sengal kaki aku dok ke hulu ke hilir nak tunggu supervisor aku semata-semata untuk dapatkan sign yang tak sampai 2 minit pon. Tapi, bila dah dapat punya la lega rasanya. Boleh proceed dengan hardbound dah. Apa pon, thanks kepada yang terlibat dalam episod nie.

Friday, April 29, 2011

Detik-detik akhir di USM 2

Semalam, tengah lepak-lepak kat bilik layan internet best friend aku datang. Macam biasa la nak ajak p lunch kat kafe d'lepak. Pastu dia bagitau yang hardcover fyp dah boleh tempah. Eh? Tak siap lagi correction pon boleh tempah ke? Tapi bagus gak tempah awal.

Lepas makan kami pon bergegas ke tempat kejadian. Nampak ada seorang nyonya kesepian di dalam kedai popular twelve. Kat atas meja dia ada banyak hardcover yang geng-geng awam dah tempah. Perghh! Lagi awal depa tempah rupanya.

Nyonya tu menyapa "Mau buat hardcover ka?"

Member aku menjawab "Ya, berapa lama boleh siap? Kalau tempah minggu depan boleh ka?"

Nyonya tu membalas jawapan sambil bekerja dan tak pandang kami "Aiyoo, kenapa lambat sangat mau tempah? Minggu depan saya tak mau ambil tempah lagi."

Tersentap dengan jawapan tersebut, petang tu kasi setel benda yang belum setel pasal fyp then terus pi tempah hardcover. Nasib tak pi tanya minggu depan. (-_-)"

p/s: moral of the story buat kerja tu cepat-cepat la sikit. jangan asyik main dota je

Thursday, April 28, 2011

Detik-detik akhir di USM

Lepas je aku habis paper, tetiba teringat pulak yang borang pengesahan pelepasan untuk graduasi tak ambil lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, lantas aku pegi terus ke perpustakaan. Akibat lama sangat tak pegi library, jadi aku pon tak tau apa latest update yang ada kat library. Dengar kata la nie kena scan kalau nak masuk. Tak payah gantung-gantung benda alah kat leher.

Setibanya aku kat library, aku pon teruja nak tau sistem latest yang ada. Aku pon masuk. Masuk je blur sebab tak tau nak kena scan tang mana. Lepas tu ada brader tegur kitorang.

"Nak masuk scan la dulu..." kata brader tu.

"Oh...Okay..." kata hati kecil ku.

Tiba-tiba brader tu tegur lagi,

"Nampak perak je, nie mesti tak penah pi library. Dah tahun akhir baru nak mai"

Tu dia aih. Kena setepek tang dahi. Lepas nie tak mau dah pi library.

Aku sudah bebas


Setelah mengharungi detik-detik cemas yang mendebarkan, aku akhirnya berjaya melepasi halangan terakhir sebelum aku bergelar graduan. Semalam aku baru je habiskan paper last aku (ada 1 paper je pon) yang aku jawab tak habis (nie la padah study last minit). Hati aku sekarang tenang dan damai. Ibarat dalam hati ada taman.

So, burden yang tinggal cuma nak buat correction FYP. Ikutkan hati aku yang memberontak nie, tak mau aku buat. Tapi markah macam h***m pulak. Kata target sem nie 4.00 (exam jawab tak habis target nak tinggi-tinggi). Eh? Banyak masa lagi. Rileks dulu, enjoy dulu. Dah puas enjoy baru la fikir-fikir nak buat correction.

Lepas habis buat correction and submit hardbound thesis, tunggu je la result keluar nanti macam mana. Kalau ok, thanks to God. Kalau tak, that's what I deserved. Study last minit nak score. Pui!!. Mengikut pemerhatian aku, geng-geng aku telah dapat tawaran kerja, tawaran interview dan tawaran sambung master. Aku? Satu hapa pon tarak. Apa pon tak boleh.

Anyway, kepada yang dah dapat kerja tahniah aku ucapkan. Nanti pandai-pandai la open table. Takkan nak kena bagitau kot? Kepada yang nak sambung, teruskan hasrat murni dan tulus korang. Lepas nie boleh jadi lecturer. Jadi lecturer banyak duit. Banyak duit belanja member.

Wednesday, April 27, 2011

Phoenix - Armistice

Saja nak kongsi dengan korang lagu nie. Hari tu aku letak lirik, la nie aku letak video pulak. Mari nyanyi sama-sama.

Tuesday, April 26, 2011

Akhirnya


Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Besok adalah paper yang pertama aku dan paper yang terakhir. Arghh. jenuh gak nak menunggu paper yang satu nie pon. Preparation dah buat dah. Tapi cam biasa la. Study 5 minit, pastu dota, pes dan segala macam lagi la. Adoi. Macam mana la nak berjaya dengan jayanya. Anyway, lepas habis paper pon ada kerja lagi.

Kepada geng-geng aku yang ambil paper sama macam aku besok, thousand good luck aku ucapkan. Try super ultra best untuk score. Aku? Hmm.. Takda target. Coursework rendah. Cis!

Monday, April 25, 2011

Phoenix - Armistice

Lagu yang aku sedang layan sekarang nie

Phoenix - Armistice

Dahlias they come from me
A Promise to get well.
  That ain't working, thinking that you're no good
Don't worry cause I'm not the kind to kiss and tell.

  Dahlias and cherry trees,
I don't recall them anyway.
Some lovers know it ain't gonna wear out
To each his own the same
Look what you wasted.

When the lights are cutting out
And I come down in your room
Our daily compromise
  It is written in your signed armistice.

And when the lights are cutting out
And I come down in your room
  Well, we'll decide as always
Here is your signed armistice

It's time to follow, not to heat it up
Requesting this plane as a propeller
In the middle of the course when ambitions are low
Head-on close, hang on before you lose control

The octoagon logo had to rip it up
The semaphore message on your lips
Some lovers know it ain't gonna wear out
To each his own the same
What else is wasted?

When the lights are cutting out
And I come down in your room
Our daily compromise
It is written in your signed armistice

And when the lights are cutting out
And I come down in your room
  Well, we'll decide as always
Here is your signed armistice

  For lovers in a rush
For lovers always
For lovers in a rush
Keeping promises
For lovers in a rush
For lovers always
For lovers in a rush
For lovers always
For lovers in a rush 
Keeping promises
For lovers in a rush
For lovers always

p/s: dipetik daripada album Wolfgang Amadeus Phoenix (2009)

Picture of today

after almost four years we've been together
strive through every sweet and sour
and this last night
reunite us 
Hopefully, we'll see each other again someday

Sunday, April 24, 2011

Picture of yesterday

Gambar yang membuatkan aku terasa bahagia melihatnya



4 alasan yang dibenci Allah : 4#

Post kali nie merupakan sambungan kepada thread yang terdahulu berkenaan dengan orang yang dibenci Allah pada hari kiamat nanti.

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:

4. Orang sakit - kalau sekiranya dia berkata:

"Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu'

Firman Allah,

"Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulai iaitu Nabi Ayub A.S, tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku"

p/s: jadi, jangan la kalau sakit sikit je dah cari alasan untuk nak mengelat daripada melakukan ibadat wajib 

Tuesday, April 19, 2011

FYP punya cerita

Dalam kekalutan demi menyiapkan draf final year projek, aku memerlukan momentum tahap maksimum untuk memaksa diri aku menyiapkan walau apa pun yang berlaku. Namun, momentum aku seakan-akan terumbang ambing apabila aku tertengok anime. Kesannya, aku telah terlayan Soul Eater (anime) sehingga habis 50 episod.


What the F**K?

Mana pi pulak momentum tadi? Bila aku pikir-pikir balik, rupanya momentum tu ada tapi dah ter'switch' mode dekat layan anime rupanya. Dalam hati aku terdetik "Apa ke bangangnye buat FYP sambil layan anime?". Namun, berkat keterpaksaan yang tinggi lalu aku telah berusaha menyiapkan projek aku yang kadang kala (selalu) terbengkalai. Lastly mesti siap punya la. Aku dah tau ending cerita nie macam mana. Tak payah risau.

Tapi itu cerita lama. Sekarang nie dah dapat balik dah draf tu. What's next? Study untuk exam dulu. Pastu baru buat correction FYP. Emm, ke tengok anime dulu?

Monday, April 18, 2011

Final exam yang terakhir


Alhamdulillah, setelah mengharungi hari-hari suka duka di USM nie kini aku sudah hampir sampai ke penghujung pengajian aku selama hampir 4 tahun. Minggu nie dah start study week. Ada member aku yang dah pulun kaw-kaw sampai lebam bijik mata (hyperbola) dan ada yang rileks lagi tak sedar diri (aku le tu). Macam-macam ragam manusia nak menghadapi final exam.

Lantas di kesempatan yang singkat nie aku nak mengucapkan jutaan selamat maju jaya kepada semua warga pelajar tak kira di mana anda berada sama ada di ladang mahupun lautan dalam (ayat zizan) yang bakal menghadapi peperiksaan dalam jangka masa terdekat nie. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang mampu membuatkan ayah bonda kita gembira sehingga membuat kenduri di depan rumah.

All the best!!

Thursday, April 7, 2011

4 alasan yang dibenci Allah : 3#

Post kali nie merupakan sambungan kepada thread yang terdahulu berkenaan dengan orang yang dibenci Allah pada hari kiamat nanti.

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:

3. Orang miskin - kalau sekiranya dia berkata:

"Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu"

Allah berfirman

"Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana utusan-Ku iaitu Nabi Isa A.S dan dia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepada-Ku"

p/s: bagaimana pula dengan kita yang serba sederhana? solat cukup tak?

Freedom

Alhamdulillah, I am finally free. Lepas habis viva FYP aku rasa macam dah bebas segalanya. Takda lagi serabut-serabut dok pikiaq apa yang nak kena prepare dan segala macam lagi. Sesekali rasa macam dah graduate pon ada. Haha. Inilah masa untuk aku enjoy saat-saat terakhir di USM sebelum aku cabut. But, kepada yang akan present, I wish you all good luck!! Put all your effort on your FYP. Chow! (^_^)/

Sunday, April 3, 2011

24




Dalam kekalutan nak prepare FYP dan segala yang berkaitan dengannya, TV series jangan di lupa. Walaupun agak sibuk kebelakangan nie, aku still spend masa tengok 24. Salah satu cara untuk aku menghilangkan ingatan aku terhadap segala macam keserabutan buat seketika. Tapi lepas tengok cerita nie, serabut tu datang balik la. Damn! Apa pon, bagi aku cerita nie best. Hero dia nama Jack Bauer. Kalo nak tau watak apa lagi ada kena la tengok. Ada juga watak yang memang kasi gua hangin je kalo dia ada. Maybe ada yang dah tengok dan maybe ada yang belum. Oleh itu, kepada yang belum tengok cerita nie, I recommend kat you all. Best~

Mood : Berdebar


Sedar tak sedar tarikh viva FYP aku dah semakin hampir. Mula la nak buat tu tak kena buat nie tak kena sebab dok memikirkan soalan apa la yang panel nak tibai aku nanti. Nak kata tak prepare, ada la sikit. Tapi takpa. Yang penting, masa present buat muka konfiden. Tak tau jawab, senyum. Lepas habis present, lompat dan jerit. Haha. Anyway, besok dah start dah hari viva bebudak 4th year awam. So, I wish you all the best!



Saturday, April 2, 2011

4 alasan yang dibenci Allah : 2#

Post kali nie merupakan sambungan kepada thread yang terdahulu berkenaan dengan orang yang dibenci Allah pada hari kiamat nanti.

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:


2. Hamba sahaya - Kalau sekiranya dia berkata

"Aku adalah seorang hamba Allah dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu"

Allah berfirman

"Utusan-Ku kepada yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku"

p/s: bagaimana pula dengan kita yang tak berapa nak sibuk dan terikat?

Friday, April 1, 2011

Cerita merepek

Pada suatu hari, ada seorang wanita seksi nak naik bas yang dikerumuni penumpang. Sampai je turn dia nak naik bas, dia tak boleh nak melangkah. Cubaannya gagal sebab skirt dia terlalu ketat. Dia tak boleh nak angkat kaki dia tinggi. So dia pon terdetik untuk turunkan sikit zip skirt kat bahagian punggung dia.

Then dia try la naik, failed. Lepas tu dia turunkan lagi zip skirt dia tu. Dia try sekali lagi angkat kaki dia. Still gagal. Lantas otaknya berfikir. "Aku dah masukkan baju ke dalam". Kemudian dia pon turunkan zip skirt dia sampai habis.

Tiba-tiba wanita tu rasa ada orang pegang punggung dia dan tolak ke dalam bas. Apa lagi, wanita tu pon bengang la. Sapa tak bengang kan? Wanita tu pon hangin lalu marah orang kat belakang dia

"Saudara! Saya tak kenal awak. Kenapa awak berani pegang punggung saya?"

Lelaki tu pon menjawab

"Saya pon tak kenal awak! Tapi kenapa awak berani bukak zip seluar saya sampai 3 kali?"

oops?

p/s: apa agaknya kesudahan cerita nie?

Thursday, March 31, 2011

Diriku semakin berdebar

Petang tadi, dalam pukul 1 lebih aku baru dapat tau yang list untuk viva final year project dah keluar. Dan aku dapat tahu yang minggu depan kami dah kena present. Oh shit! Aku dengan slideshow tak siap lagi.

Hati mula la berdebar. Apa la agaknya panel akan tanya nanti? Lagi-lagi pulak aku orang first present hari Selasa (5.4.2011 - 2.30pm). Perghh. Mesti panel tengah ada mood nak tembak student yang present punya.

Aku pun terfikir kejap. Yang nie last presentation aku kat USM. Maybe aku patut just enjoy the last presentation. Lecturer aku pon cakap macam tu. So, aku ingat aku nak present je apa yang aku rasa nak. Kalau nak kena tembak kaw-kaw, layan je la.

Habis je present, aku terasa macam nak berguling je keluar bilik seminar tu nanti. Sebagai tanda hormat kepada next presenter, aku beranggapan adalah tidak sopan untuk men'psycho' mereka.

Kepada semua geng awam 4 yang akan mula present Isnin nie, a thousand good luck aku ucapkan kepada korang. Hopefully, these last presentation will bring us a very good experience and memorie to remember. Good luck all. (^_^)/

4 alasan yang dibenci Allah : 1#

Sumber nie aku dapat daripada sebuah buku. Aku  rasa benda nie berguna untuk aku kongsi dengan korang semua

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:

1. Orang kaya - Kalau sekiranya dia berkata

"Kekayaan yang aku cari dengan usaha titik peluh aku sendiri telah membuatkan aku sibuk sehingga aku tak sempat melaksanakan amal ibadat dan kebajikan"

Allah berfirman

"Kekayaanmu tidaklah setanding dengan kekayaan Nabi Sulaiman tetapi dia sedikit pun tidak lalai dan lupa daripada mengingati Aku" 

p/s: renung-renungkanlah 


Wednesday, March 30, 2011

Meja study

Thread kali nie aku just nak share gambar meja study aku yang sememangnye serabut. Ini adalah sebagai bahan bukti yang sahih yang menunjukkan aku juga buat kerja seperti anda semua. Walaupun aku lebih malas daripada anda semua, aku juga masih mampu untuk membuat rutin harianku seperti melayari facebook, layan TV series dan sebagainya. Kepada yang rajin, teruskan momentum korang. Anda mampu mengubahnya.

Gambar meja study aku yang semak


























Tuesday, March 29, 2011

Asus GTX460 Top 1Gb

Ini adalah antara investment terbesar yang aku lakukan tahun nie. Beli kad grafik baru. Sangap nak main game punya pasal, hujan badai sanggup aku redahi semata-mata nak memiliki kad nie (memang hujan pon masa balik tu).

Kad nie boleh dikatakan power jugak la time dia mula-mula keluar dulu. Kalau resolution LCD anda ialah 1920 x 1080, kad nie memang dah bagus la wa cakap lu. Kalau main game high setting memang dah ok la. Kalau nak ok lagi beli la yang lagi mahal. Nama kad nie ialah Asus GTX460 Top 1Gb. Factory overclocked version. Specification dia korang boleh tengok kat sini (source).

 Gambar yang membuktikan aku memilikinya





Untuk review grafik kad nie, korang boleh google je. kalau malas (pemalas betul la), silalah klik link kat bawah nie

Overclock3D

Benchmark reviews.com

Sekian. (^_^)/

Monday, March 28, 2011

Investment 2011

Nak tau apa yang aku invest tahun nie? Jeng..Jeng...Jeng


Haa. Nama dia Cooler Master V6GT. Digunakan untuk menyejukkan processor anda. Lebih-lebih lagi kalau anda meng'overclock'kannya. Tetapi kalau anda terasa seperti mahu demam, anda juga boleh meletakkannya di dahi anda.

Kenapa beli CPU cooler? Sebab, bila kita overclock processor, kita kena pump voltage untuk supply processor tersebut. Aku boleh dikatakan gila overclock jugak la. Dapat je processor apa pon, mesti mau test sejauh mana speed processor tu boleh pi. Kalau tak cukup voltage, sistem akan jadi unstable yakni tak dapat start @ jadi blue screen.

Oleh itu, bila kita choose the right voltage to run the processor, we have to pay the price of heat. Solution? CPU cooler. Any CPU cooler can cool the processor. But, the more you pay, better cooling performance you will get. Kalau guna yang cikai punya, anda akan terasa seperti bilik anda sudah mengalami global warming. Nak tau sejauh mana performance dia nie? Google adalah teman baik anda. (^_^)/

p/s: yang nie beli second hand je pon

Sunday, March 27, 2011

60 Earth Hour

Semalam, kampus aku ada buat 60 Earth Hour, so macam biasa la segala lampus yang boleh dipasang kena la tutup kejap. Tapi, aku tak tutup pon. Sebab apa? Kalau aku tutup lampu, macam mana aku nak main badminton? Takkan nak pakai lampu suluh kot?

Earth Hour kali nie tampil berbeza sikit la aku rasa sebab kali nie ada nyalaan lilin kat kafe. Uiyyo. Tapi aku sambut kat court badminton. Hoho. Enjoy main badminton bersama rakan-rakan se'batch aku. Kasi peluh sikit. Nak beramah mesra sebab sebelum nie masing-masing dok sibuk dengan projek tahun akhir. So kesempatan nie, kami main la badminton sama-sama. At least kurang sikit pressure malam tu.

Gambar sekadar hiasan



p/s: kualiti gambar seperti diambil ketika gempa bumi di Jepun sedang melanda

Saturday, March 26, 2011

Lega

Sedar tak sedar, draf FYP pon dah hantar. Tapi sebelum tu, dok kalut pi jumpa lecturer edit sana sini. La nie dah boleh tarik nafas lega sebab 1 benda yang penting dah setel. Lepas nie kena buat slideshow pulak. Preparation untuk present FYP satu hapa pon tak buat lagi. Hadoi. Tapi. sekarang nie mood tengah happy sikit. Apa lagi, enjoy dulu. Sementara stok masih ada. (^_^)/

Wednesday, March 23, 2011

Alkisah percutian di Korea

Cerita nie bukanlah suatu penipuan mahupun konspirasi. Cerita nie adalah benar dan semuanya adalah benar-benar belaka. Last time memang kami ke korea, Seoul Garden nama tempat tu. Buat apa? Mamam sepuas hati. Naik lagi la berat badan aku. Baru je nak diet.

Dah kenyang pi main bowling kat Pacific pulak. Oh. Indahnya dunia. Nasib la malam tu tak ke Night Safari. Kalau tak, menangis aku 2 3 malam mengenangkan duit yang dah habis. Anyway, we enjoyed ourselves that day.

Gambar sekadar hiasan,












p/s: Thanks for the memories (^_^)/ 

Tuesday, March 22, 2011

Kesalahan meng'order makanan

Baru-baru nie, aku ada dengar cerita daripada member aku. Ada la sorang student nie kelaparan agaknya. Dia pon ke kafe untuk membeli makanan. Laju giler dia jalan. Dalam keadaan tergesa-gesa, dia pon sampai ke burger stall dekat kafe Halim lalu order

Student: Bang, ayam goreng satu

Brader jual burger: Haa?

Brader jual burger pon blur. Member aku pon tahan aura nak gelak dia dengan sepenuh hati.

Wednesday, February 23, 2011

Graphic card overclocking

Untuk entri kali nie aku nak share sedikit result overclocking graphic card aku. Sebagai permulaan sesuatu benchmark, of course la nak kena set at stock clock dulu. Then baru la compare dengan result overclocked.

Stock clock untuk graphic card aku adalah 775MHz dengan voltage 1.037V. Fan aku set jadi 80%. Bunyi cam blower fan dah. Bising. Jadi for the first entry, I would like to attached some result of benchmark at stock clock.

Test bed aku:

Processor = Intel Core i3 530 @ 2.93GHz
Motherboard = Asus P7H55-M
RAM = 2 x 2Gb Kingston Value 1333MHz
Graphic card = Asus GTX 460 Top 1Gb
Power supply = Silverstone Strider Evolution 500W
Hard disk = Western Digital 1.66Tb
OS = Window 7 Ultimate 32 bit
CPU cooler = Cooler Master Hyper 212+

Result:

Heaven 2.1 

Resident Evil 5
Fixed = 65.6 fps
Variable = 85.7 fps

Lost Planet 2  
Test A =  44.3 fps
Test B = 34.5 fps

Alien Vs Predator  
FPS = 43.6 fps 

p/s: Untuk benchmark lain aku tak dapat nak provide gambar since aku takda kamera.

Monday, February 21, 2011

Guitar Time

Hmm... Beberapa hari lepas, bosan punya pasal. Aku lepak la kat bilik member aku. Sembang-sembang pasal kehidupan, hardware komputer dan lain-lain topik yang tak da dalam silibus pembelajaran semester nie. Tiba-tiba geng aku capai gitar dia pastu main 1 lagu. Lagu palapes. Aku dengar. Mak ai, pelik betul bunyi dia.

Pastu aku pun capai gitar rumet dia. Goreng-goreng jap then aku dapat cari kord untuk lagu "Siapa suruh masuk tentera". Nak tergelak pon ada. Siap cari dia punya lead lagi. Sorang main lead, sorang bass, sorang gitar. Nice. Tapi still kena touch up lagi kasi bunyi lagi best.

Padahal lagu nie kami nyanyi nak kasi step sama masa lari je pon.

Kemudian mula la terfikir nak buat video. Kepada skuad aku, nantikan kemunculan video terbaru kami dalam facebook. Jai sebagai vokalis. (^_^)/

Wednesday, February 16, 2011

Gambar kenangan #5

Suatu ketika aku masih lagi bergelar kadet







Thanks for the memories (^_^)/