Friday, April 29, 2011

Detik-detik akhir di USM 2

Semalam, tengah lepak-lepak kat bilik layan internet best friend aku datang. Macam biasa la nak ajak p lunch kat kafe d'lepak. Pastu dia bagitau yang hardcover fyp dah boleh tempah. Eh? Tak siap lagi correction pon boleh tempah ke? Tapi bagus gak tempah awal.

Lepas makan kami pon bergegas ke tempat kejadian. Nampak ada seorang nyonya kesepian di dalam kedai popular twelve. Kat atas meja dia ada banyak hardcover yang geng-geng awam dah tempah. Perghh! Lagi awal depa tempah rupanya.

Nyonya tu menyapa "Mau buat hardcover ka?"

Member aku menjawab "Ya, berapa lama boleh siap? Kalau tempah minggu depan boleh ka?"

Nyonya tu membalas jawapan sambil bekerja dan tak pandang kami "Aiyoo, kenapa lambat sangat mau tempah? Minggu depan saya tak mau ambil tempah lagi."

Tersentap dengan jawapan tersebut, petang tu kasi setel benda yang belum setel pasal fyp then terus pi tempah hardcover. Nasib tak pi tanya minggu depan. (-_-)"

p/s: moral of the story buat kerja tu cepat-cepat la sikit. jangan asyik main dota je

Thursday, April 28, 2011

Detik-detik akhir di USM

Lepas je aku habis paper, tetiba teringat pulak yang borang pengesahan pelepasan untuk graduasi tak ambil lagi. Alang-alang menyeluk pekasam, lantas aku pegi terus ke perpustakaan. Akibat lama sangat tak pegi library, jadi aku pon tak tau apa latest update yang ada kat library. Dengar kata la nie kena scan kalau nak masuk. Tak payah gantung-gantung benda alah kat leher.

Setibanya aku kat library, aku pon teruja nak tau sistem latest yang ada. Aku pon masuk. Masuk je blur sebab tak tau nak kena scan tang mana. Lepas tu ada brader tegur kitorang.

"Nak masuk scan la dulu..." kata brader tu.

"Oh...Okay..." kata hati kecil ku.

Tiba-tiba brader tu tegur lagi,

"Nampak perak je, nie mesti tak penah pi library. Dah tahun akhir baru nak mai"

Tu dia aih. Kena setepek tang dahi. Lepas nie tak mau dah pi library.

Aku sudah bebas


Setelah mengharungi detik-detik cemas yang mendebarkan, aku akhirnya berjaya melepasi halangan terakhir sebelum aku bergelar graduan. Semalam aku baru je habiskan paper last aku (ada 1 paper je pon) yang aku jawab tak habis (nie la padah study last minit). Hati aku sekarang tenang dan damai. Ibarat dalam hati ada taman.

So, burden yang tinggal cuma nak buat correction FYP. Ikutkan hati aku yang memberontak nie, tak mau aku buat. Tapi markah macam h***m pulak. Kata target sem nie 4.00 (exam jawab tak habis target nak tinggi-tinggi). Eh? Banyak masa lagi. Rileks dulu, enjoy dulu. Dah puas enjoy baru la fikir-fikir nak buat correction.

Lepas habis buat correction and submit hardbound thesis, tunggu je la result keluar nanti macam mana. Kalau ok, thanks to God. Kalau tak, that's what I deserved. Study last minit nak score. Pui!!. Mengikut pemerhatian aku, geng-geng aku telah dapat tawaran kerja, tawaran interview dan tawaran sambung master. Aku? Satu hapa pon tarak. Apa pon tak boleh.

Anyway, kepada yang dah dapat kerja tahniah aku ucapkan. Nanti pandai-pandai la open table. Takkan nak kena bagitau kot? Kepada yang nak sambung, teruskan hasrat murni dan tulus korang. Lepas nie boleh jadi lecturer. Jadi lecturer banyak duit. Banyak duit belanja member.

Wednesday, April 27, 2011

Phoenix - Armistice

Saja nak kongsi dengan korang lagu nie. Hari tu aku letak lirik, la nie aku letak video pulak. Mari nyanyi sama-sama.

Tuesday, April 26, 2011

Akhirnya


Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Besok adalah paper yang pertama aku dan paper yang terakhir. Arghh. jenuh gak nak menunggu paper yang satu nie pon. Preparation dah buat dah. Tapi cam biasa la. Study 5 minit, pastu dota, pes dan segala macam lagi la. Adoi. Macam mana la nak berjaya dengan jayanya. Anyway, lepas habis paper pon ada kerja lagi.

Kepada geng-geng aku yang ambil paper sama macam aku besok, thousand good luck aku ucapkan. Try super ultra best untuk score. Aku? Hmm.. Takda target. Coursework rendah. Cis!

Monday, April 25, 2011

Phoenix - Armistice

Lagu yang aku sedang layan sekarang nie

Phoenix - Armistice

Dahlias they come from me
A Promise to get well.
  That ain't working, thinking that you're no good
Don't worry cause I'm not the kind to kiss and tell.

  Dahlias and cherry trees,
I don't recall them anyway.
Some lovers know it ain't gonna wear out
To each his own the same
Look what you wasted.

When the lights are cutting out
And I come down in your room
Our daily compromise
  It is written in your signed armistice.

And when the lights are cutting out
And I come down in your room
  Well, we'll decide as always
Here is your signed armistice

It's time to follow, not to heat it up
Requesting this plane as a propeller
In the middle of the course when ambitions are low
Head-on close, hang on before you lose control

The octoagon logo had to rip it up
The semaphore message on your lips
Some lovers know it ain't gonna wear out
To each his own the same
What else is wasted?

When the lights are cutting out
And I come down in your room
Our daily compromise
It is written in your signed armistice

And when the lights are cutting out
And I come down in your room
  Well, we'll decide as always
Here is your signed armistice

  For lovers in a rush
For lovers always
For lovers in a rush
Keeping promises
For lovers in a rush
For lovers always
For lovers in a rush
For lovers always
For lovers in a rush 
Keeping promises
For lovers in a rush
For lovers always

p/s: dipetik daripada album Wolfgang Amadeus Phoenix (2009)

Picture of today

after almost four years we've been together
strive through every sweet and sour
and this last night
reunite us 
Hopefully, we'll see each other again someday

Sunday, April 24, 2011

Picture of yesterday

Gambar yang membuatkan aku terasa bahagia melihatnya



4 alasan yang dibenci Allah : 4#

Post kali nie merupakan sambungan kepada thread yang terdahulu berkenaan dengan orang yang dibenci Allah pada hari kiamat nanti.

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:

4. Orang sakit - kalau sekiranya dia berkata:

"Penyakit inilah yang menghalang aku daripada sujud terhadap-Mu'

Firman Allah,

"Penyakitmu itu tidaklah seteruk apa yang dialami oleh hamba-Ku yang mulai iaitu Nabi Ayub A.S, tetapi lidah dan hatinya sedikit pun tidak berhenti daripada menyebut nama-Ku"

p/s: jadi, jangan la kalau sakit sikit je dah cari alasan untuk nak mengelat daripada melakukan ibadat wajib 

Tuesday, April 19, 2011

FYP punya cerita

Dalam kekalutan demi menyiapkan draf final year projek, aku memerlukan momentum tahap maksimum untuk memaksa diri aku menyiapkan walau apa pun yang berlaku. Namun, momentum aku seakan-akan terumbang ambing apabila aku tertengok anime. Kesannya, aku telah terlayan Soul Eater (anime) sehingga habis 50 episod.


What the F**K?

Mana pi pulak momentum tadi? Bila aku pikir-pikir balik, rupanya momentum tu ada tapi dah ter'switch' mode dekat layan anime rupanya. Dalam hati aku terdetik "Apa ke bangangnye buat FYP sambil layan anime?". Namun, berkat keterpaksaan yang tinggi lalu aku telah berusaha menyiapkan projek aku yang kadang kala (selalu) terbengkalai. Lastly mesti siap punya la. Aku dah tau ending cerita nie macam mana. Tak payah risau.

Tapi itu cerita lama. Sekarang nie dah dapat balik dah draf tu. What's next? Study untuk exam dulu. Pastu baru buat correction FYP. Emm, ke tengok anime dulu?

Monday, April 18, 2011

Final exam yang terakhir


Alhamdulillah, setelah mengharungi hari-hari suka duka di USM nie kini aku sudah hampir sampai ke penghujung pengajian aku selama hampir 4 tahun. Minggu nie dah start study week. Ada member aku yang dah pulun kaw-kaw sampai lebam bijik mata (hyperbola) dan ada yang rileks lagi tak sedar diri (aku le tu). Macam-macam ragam manusia nak menghadapi final exam.

Lantas di kesempatan yang singkat nie aku nak mengucapkan jutaan selamat maju jaya kepada semua warga pelajar tak kira di mana anda berada sama ada di ladang mahupun lautan dalam (ayat zizan) yang bakal menghadapi peperiksaan dalam jangka masa terdekat nie. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang mampu membuatkan ayah bonda kita gembira sehingga membuat kenduri di depan rumah.

All the best!!

Thursday, April 7, 2011

4 alasan yang dibenci Allah : 3#

Post kali nie merupakan sambungan kepada thread yang terdahulu berkenaan dengan orang yang dibenci Allah pada hari kiamat nanti.

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:

3. Orang miskin - kalau sekiranya dia berkata:

"Kemiskinan dan kekurangan yang menyebabkan kami tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu"

Allah berfirman

"Kemiskinan yang kamu rasai tidaklah semiskin sebagaimana utusan-Ku iaitu Nabi Isa A.S dan dia tidaklah pula mengabaikan tanggungjawabnya kepada-Ku"

p/s: bagaimana pula dengan kita yang serba sederhana? solat cukup tak?

Freedom

Alhamdulillah, I am finally free. Lepas habis viva FYP aku rasa macam dah bebas segalanya. Takda lagi serabut-serabut dok pikiaq apa yang nak kena prepare dan segala macam lagi. Sesekali rasa macam dah graduate pon ada. Haha. Inilah masa untuk aku enjoy saat-saat terakhir di USM sebelum aku cabut. But, kepada yang akan present, I wish you all good luck!! Put all your effort on your FYP. Chow! (^_^)/

Sunday, April 3, 2011

24




Dalam kekalutan nak prepare FYP dan segala yang berkaitan dengannya, TV series jangan di lupa. Walaupun agak sibuk kebelakangan nie, aku still spend masa tengok 24. Salah satu cara untuk aku menghilangkan ingatan aku terhadap segala macam keserabutan buat seketika. Tapi lepas tengok cerita nie, serabut tu datang balik la. Damn! Apa pon, bagi aku cerita nie best. Hero dia nama Jack Bauer. Kalo nak tau watak apa lagi ada kena la tengok. Ada juga watak yang memang kasi gua hangin je kalo dia ada. Maybe ada yang dah tengok dan maybe ada yang belum. Oleh itu, kepada yang belum tengok cerita nie, I recommend kat you all. Best~

Mood : Berdebar


Sedar tak sedar tarikh viva FYP aku dah semakin hampir. Mula la nak buat tu tak kena buat nie tak kena sebab dok memikirkan soalan apa la yang panel nak tibai aku nanti. Nak kata tak prepare, ada la sikit. Tapi takpa. Yang penting, masa present buat muka konfiden. Tak tau jawab, senyum. Lepas habis present, lompat dan jerit. Haha. Anyway, besok dah start dah hari viva bebudak 4th year awam. So, I wish you all the best!



Saturday, April 2, 2011

4 alasan yang dibenci Allah : 2#

Post kali nie merupakan sambungan kepada thread yang terdahulu berkenaan dengan orang yang dibenci Allah pada hari kiamat nanti.

Pada hari kiamat nanti, Allah akan menolak empat macam alasan daripada empat jenis golongan manusia:


2. Hamba sahaya - Kalau sekiranya dia berkata

"Aku adalah seorang hamba Allah dan sentiasa terikat kepada suruhan yang menjadikan aku tidak bebas. Oleh sebab itu aku tidak berpeluang untuk beribadat kepada-Mu"

Allah berfirman

"Utusan-Ku kepada yang bernama Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba tetapi tidak pula dia leka daripada mengerjakan ibadatnya terhadap-Ku"

p/s: bagaimana pula dengan kita yang tak berapa nak sibuk dan terikat?

Friday, April 1, 2011

Cerita merepek

Pada suatu hari, ada seorang wanita seksi nak naik bas yang dikerumuni penumpang. Sampai je turn dia nak naik bas, dia tak boleh nak melangkah. Cubaannya gagal sebab skirt dia terlalu ketat. Dia tak boleh nak angkat kaki dia tinggi. So dia pon terdetik untuk turunkan sikit zip skirt kat bahagian punggung dia.

Then dia try la naik, failed. Lepas tu dia turunkan lagi zip skirt dia tu. Dia try sekali lagi angkat kaki dia. Still gagal. Lantas otaknya berfikir. "Aku dah masukkan baju ke dalam". Kemudian dia pon turunkan zip skirt dia sampai habis.

Tiba-tiba wanita tu rasa ada orang pegang punggung dia dan tolak ke dalam bas. Apa lagi, wanita tu pon bengang la. Sapa tak bengang kan? Wanita tu pon hangin lalu marah orang kat belakang dia

"Saudara! Saya tak kenal awak. Kenapa awak berani pegang punggung saya?"

Lelaki tu pon menjawab

"Saya pon tak kenal awak! Tapi kenapa awak berani bukak zip seluar saya sampai 3 kali?"

oops?

p/s: apa agaknya kesudahan cerita nie?