Tuesday, December 29, 2009

Mesej di pagi hari



Hari ini, aku pi ke kelas macam biasa. Dengan hati yang rela, dengan wajah yang mengantuk aku gagahkan jugak langkahku ke tandas untuk mandi. Tapi sebelum tu pc mesti kena on la dulu. Haha... Pagi nie ada kelas konkrit lanjutan. Dr Megat? Aku kenal dia. Dulu dia ajar teknologi konkrit. Masa tu first year. Aku memang suka kelas dia. Aku suka ponteng kelas dia. Aku rasa dia pun tak pasti yang aku nie student awam kot? Haha... Pastu habis je kelas konkrit lanjutan aku pon pi sental nasik makan tengah hari kat kafe. Lama tak makan kat kafe tu.

Pastu kelas hidrologi pulak. Punya la semangat aku nak datang last-last takda lecturer. Ces! (sebenarnya memang aku suka kelas takda). Petang tu ada pulak taklimat untuk makmal sem nie. Bosan gila. Mata pon dah berat rasa nak tidur je. Tapi pasal sem baru je bukak takkan nak ponteng dah kot? Tunggu la tengah-tengah sem. Baru la bukak langkah. Haha.

Emm..sebenarnya apa yang aku cerita nie takda kaitan pon dengan tajuk thread nie. Haha. Cuma nak bagitau yang PTPTN dah masuk. Tu je... Jadi, inilah peluang keemasan untuk kita berfoya-foya bersama rakan-rakan kita yang tersayang. Jom kita enjoy! Sekian (^_^)/

Jadual waktu student awam 3rd year (edited)



Setelah terdapat kesilapan ke atas jadual waktu student awam 3rd year 2nd semester yang rakan aku, Faiz (memang nama sebenar) buat, beliau lantas mengedit semula jadual tersebut. Ini kerana jadual yang mula-mula keluar tak sama dengan jadual yang paling latest di pasaran. Dengan rasa penuh muhibah dan bertanggungjawab Faiz telah edit semula jadual tersebut. Ini kerana beliau tidak mahu masa kita terbuang dengan sia-sia apabila kita pi ke kelas yang sebenarnya takda pon pada hari tersebut. Jadi kepada semua student awam 3rd year, ini adalah jadual yang paling sahih lagi benar serta mendapat kelulusan daripada SIRIM. (^_^)/

Monday, December 28, 2009

Jadual waktu student awam 3rd year



Gambarajah di atas merupakan jadual waktu student awam 3rd year semester 2. Ia adalah hasil kreativiti rakan aku, Faiz (memang nama sebenar). Dengan skill yang penuh di dada, beliau menggunakan segala kepakaran yang ada untuk memudahkan kita tengok jadual waktu disamping penuh dengan warna-warna kehidupan. Jadi anda tak perlu lagi nak highlight kelas mana yang anda kena pi. Anda cuma memerlukan printer sekiranya mahu menampal jadual tersebut di mana-mana sahaja anda suka. Kredit untuk Faiz. (^_^)/

p/s: walaubagaimanapun jadual tersebut perlu di edit agar diselaraskan dengan jadual waktu yang sebenar

Sunday, December 27, 2009

Header dan footer pertama ciptaan sendiri



Alhamdulillah cuti sem aku tak berlalu ngan sia-sia di mana aku telah belajar untuk buat header sendiri untuk blog nie. Aku tak menafikan yang aku masih noob untuk create header-header yang smart macam pro kat luar sana. Tapi aku akan berusaha untuk improve aku punya skill mengedit gambar untuk dijadikan sebagai header blog aku. Kepada yang dah pro, mai la ajar aku edit dan buat header yang cambest. Kasi aku sikit idea. Mana la tau tetiba dapat buat header yang gempak? Bak kata orang-orang tua, ilmu jangan kedekut.



Yang nie pulak footer untuk blog aku. Simple and not nice. Tapi takpa, layan je la... Haha. (^_^)/

Wednesday, November 11, 2009

The motherboarder



Haha... Kalo korang nk tau The Motherboarder nie adalah nama kumpulan paintball aku. Bukan aku boh pon tapi pihak penganjur yang boh. Mentang-mentang aku nie suka barang pc The Motherboarder depa boh? Tapi takpa la.. Nama nie jugak la yang menang hamper nombor dua. Mungkin rezeki kami pada hari tersebut.

Tapi first round jek dah spoil, kalah pulak tu. Nasib la grup aku tak moral down masa tu. Kalo tak aku tembak jek geng-geng aku sendiri kasi moral up balik. Nasib tak boleh friendly fire. Namun aku berjaya mengekalkan clean sheet sebab tak kena tembak lagi pada masa tu.

Masa semi-final yang best tu. Konon-konon nk jadi Arnold Schwarzenegger la konon. Entah betol ke tak nama dia tak tau la, aku main eja jek. Aku berlari penuh kesungguhan dan keazaman. Dengan niat untuk menembak pihak musuh. Aku pon sprint 100m sambil mengelak peluru-peluru yang ditembak oleh musuh. Oleh kerana aku tak belajar lagi macam mana nak elak peluru cam dalam filem matrix tu, dua tiga das hinggap kat badan aku. Adoi!

Yang final pon spoil gak. Memula masuk jek dah tercabut tempat boh pallet tu. Separuh peluru aku dah berterabor kat tanah. Kecewa rasanya. Hatiku bagaikan kaca terhempas ke batu.. Eh, tak da la sampai kecewa camtu. Tapi perjuangan mesti diteruskan, dengan peluru yang sikit tu la aku attack. Yang lawaknya, punya la fokus aku tembak orang kat tepi. Konon-konon nak menyorok daripada musuh kat tepi. Rupa-rupanya musuh kat depan dah nampak aku. Sekali aku kena tembak musuh terbabit. Dua tiga das lagi hinggap kat badan aku. Ades!

Walaubagaimanapon, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Kerugian dianggarkan sebanyak beberapa baldi peluh peserta. Namun hamper daripada pihak penganjur cukup untuk mengubat kesengalan kat badan selepas kena tembak. Yang dapat je la... Haha

Apa pon kami menang tempat ke-2. Orait la tu. Walaupon badan dah sengal-sengal kena tembak. Peluru rahmat kot tu? Haha.. Bukan senang nak dapat hamper free kn? Tahniah kepada pemenang tempat pertama dan ketiga. Kepada yang tak menang sila cuba lagi taun depan. Tu pon kalo ada la... Hehe. (^_^)/

Saturday, October 24, 2009

Resipi cinta #2

Terima kasih kerana anda masih lagi bersama saya, pzul dalam rancangan resipi cinta episod dua. Pada post kali ini, mari kita lihat apakah sambungan tips-tips bercinta kepada mereka di luar sana yang ingin mencari cinta ataupon memberi cinta ataupon. Diharap thread kali ini dapat memberikan korang sedikit idea apa yang korang kena buat lepas nie. Zaasss... Layaaannn

6. Melepaskan
“Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu,maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu”. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”. (Yang nie aku malas nak edit)

7. Komunikasi
Komunikasi memang penting. Kalo korang dok senyap jek, tak berkomunikasi dengan si dia macam mana korang nak mengenali si dia. Jadi, ‘contact’lah si dia selalu, ingatlah orang yang tersayang. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan kata-kata hikmat ini kepadanya. Sebab siapa cepat dia dapat.

8. Komitmen
Jika korang ingin mendapatkan cinta yang mendalam, korang harus design komitmen korang berdasarkan worse case scenario. Tunjukkan bahawa korang memiliki komitmen yang mendalam dalam mencintai buah hati korang. Jika korang ingin memiliki hubungan yang penuh dengan ayat-ayat cinta, korang haruslah setia. Sekiranya korang memberikan sepenuh komitmen dalam mencintainya, ia akan menjadi sebuah hubungan yang kukuh (bukan hubungan sulit..)

9. Semangat
Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal, tapi datang dari komitmen yang mendalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Kalo tak ada semangat mesti korang tak akan cuba rapat dengan orang yang korang suka. Macam main dota la. Tak semangat jek mesti kalah.

10. Kepercayaan
Antara elemen yang penting dalam bercinta. Kalo korang pon tak percaya antara satu sama lain, inikan pulak nak percaya kat aku. (Apa kaitan dengan aku nie?). Tanpa rasa percaya, seseorang tak akan bersikap jujur dan ikhlas dengan si dia. Banyak benda yang korang akan sorok daripada si dia. Mungkin ada kalanya korang sanggup menipu sebab tak percayakan si dia. Oleh itu, jangan menipu. Meniru tak pa.

Sekian saja thread saya pada kali ini. Sehingga bertemu lagi di masa akan datang (^_^)/

Viva bagai nak gila

Seminggu sebelum study week memang minggu yang paling busy bagi budak-budak course civil engineering pasal minggu nie la yang membuatkan hampir semua student awam berkampung kat kafe lembaran. Dengan 4 test, 3 assignment, 1 viva. Cukup untuk membuatkan kami sibok tahap gaban. Boleh dikatakan majoriti yang ada kat situ suma muka yang familiar jek. Semua dok kalut nak setelkan design rumah 5 tingkat yang sememangnya membuatkan kami tak tido semalaman. Kalo tido pon dalam sejam dua jek.

Namun, aku dapat rasakan yang abang yang berniaga kat kafe Halim tu pasti tersenyum manis kerana sana ada dia pasti yang lauk kat kedai dia laku ataupon kerana dia terharu dengan sikap kerjasama yang cuba ditonjolkan oleh kami semua. Konon-konon la... Namun makcik kafe pulak tidak berfikir begitu. Mereka pasti terasa penat sebab biasanya tak ramai sangat yang ada kat kafe so dia tak payah buat kerja banyak sangat. Tetapi langit tidak selalunya cerah, mereka terpaksa kerja lebih pada malam tersebut.

Apa yang aku buat?
Aku sampai tertido kat kafe lagi. Patut la member aku kata dia tengok aku dok statik je kat meja tu. Rupanya dah tido dah. Haha... Pastu bila dah bangun, dok tayang pulak muka mamai aku nie kat semua orang. Buat malu jek. Haha

Besok nya pulak hari viva. Tu dia punya ketaq abes takut tak boleh jawab soalan viva yang dr nak tanya sat lagi. Kena pulak dia tanya tapi mulut pulak tak terkata apa yang nak dikata, memang spoil la. Tuhan ja yang tau betapa aku rindu padamu. Eh? Silap. Tuhan je yang tau betapa resah gelisah aku pada masa tersebut. Tapi Alhamdulillah. Soalan yang dr tanya tu tak susah. Dapat jugak la jawab. Haha...

Apa pon, viva dah lepas. Hati aku gembira bagaikan bintang menghiasi langit di kala malam hari. Terasa macam dah habis final exam dah. Padahal tak start lagi pon.

Anyway, terima kasih kepada semua krew yang terlibat terutamanya ahli group aku sebab banyak bantu aku, ajar aku yang mana tak tau dan kerjasama yang telah korang berikan. Tak lupa jugak kepada rakan-rakan yang lain. Seronok tengok semua budak-budak awam gather kat kafe dan buat kerja ramai-ramai. Semoga kita dapat gather camnie lagi di lain masa. Salam... (^_^)/

Wednesday, October 21, 2009

Resipi cinta #1

Apa hal aku asyik post thread jiwang sejak akhir-akhir nie? Tapi tak pa la, aku ada benda sikit nak share dengan korang. Aku ada baca website pasal hal berkasih sayang nie. Jadi aku terfikir untuk kongsi dengan korang tapi telah melaui sedikit modification. Sebab kang aku buat ayat meleleh kaw-kaw punya kang korang tak percaya pulak aku yang post benda-benda camnie. So aku telah modify ayat meleleh tersebut kepada ayat-ayat cinta aku. Haha... Kat bawah nie merupakan resipi cinta. Ia merupakan resipi yang tidak mengenyangkan dimana ia tak boleh dimakan. Tapi ia boleh dirasai dengan hati yang suci.

1. Berfikir
Apa yang penting, korang boleh berfikir. Sebab kalo korang tak boleh berfikir, si dia mesti ingat korang nie gila. Kalo korang dah gila, confirm kena reject. Kalo korang selalu berfikir tentang si dia, korang akan ingin mengenalinya dengan lebih mendalam. Tapi kalo tak berani, takda jugak.

2. Menghormati
First, hormat diri sendiri dulu. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “Apa yang aku hormat dalam diri aku?”. Untuk mendapat perasaan hormat daripada orang lain, bahkan daripada orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”Apa yang aku hormati dalam diri mereka?”. Kalo tak dapat jawapan jugak, tanya je la kat si dia tak pon pi kat kaunter pertanyaan.

3. Memberi
Jika korang nak merasa perasaan dicintai, korang harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Persamaan ini adalah berkadar langsung dimana semakin banyak cinta korang beri, semakin banyak yang akan korang terima. Tapi kadang-kadang, lagi banyak duit yang korang beri, lagi banyak cinta yang datang. Tapi bukan cinta kat korang la, cinta kat duit korang.

4. Persahabatan
Selalunya cinta akan bermula daripada mata. Usha sikit punya lama baru turun ke hati. Daripada hati berputik rasa cinta. Kemudian akan wujud satu perasaan untuk mengenali dan wujudlah persahabatan. Persahabatan nie macam tanah. Korang kena tanam benih cinta dulu. Pastu kena la letak baja dan air. Tapi jangan boh air dan baja kat si dia pulak. Kena smackdown pulak kang.

5. Sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang kuat. Tak bermaksud semakin banyak korang menyentuh si dia, semakin cinta korang kat dia. Tapi perkara sebaliknya mungkin berlaku dimana semakin banyak korang menyentuh si dia, semakin banyak pelempang yang korang dapat.

Setakat ini sahaja buat masa ini. Nantikan episod yang akan datang. (^_^)/

Saturday, October 17, 2009

Zodiak lelaki #2: Taurus

~Dia seorang yang praktikal serta berseni. Mereka mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik. Malah mungkin seorang ahli muzik.

~Mereka mudah bergaul, suka jenaka dan ketawa.

~Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tarikan dirinya sendiri. Ini menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita.

~Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati. Apa yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.

~Mementingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya.

~Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya, di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu. Oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan.

~Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik.

~Tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana.


Sapa yang zodiak dia taurus? Angkat tangan... (^_^)/

Anthem of my heart

Aku nak share sikit lagu-lagu yang aku minat. Basically aku nie boleh dikatakan seorang yang meminati muzik. Aku nie universal. Kalo lagu tu sedap di dengar oleh telinga aku, boleh layan la tu. Tapi dalam banyak-banyak genre muzik, metal la muzik yang paling aku suka. Antara band-band metal yang aku selalu dengar lagu diorang:

1)Silverstein
2)Atreyu
3)Slipknot
4)A Day To Remember
4)All That Remains
5)Soilwork
6)Spineshank
7)Bullet For My Valentine
8)Mushroomhead
9)Static X
10)Trivium

Sebenarnya ada banyak lagi tapi cukup la setakat tu buat masa nie. Kalo nak list semua dekat 100++ band jugak la. Haha... Kenapa aku suka muzik metal? Sebab muzik diorang powerful. Takda la meleleh cam lagu rock kapak yang boleh buat aku nak tidoq bila aku dengar lagu depa. Lagu metal nie memang boleh buatkan aku semangat pasal muzik diorang memang bertenaga. Daripada lemah longlai aku mampu jadi lelaki yang gagah. Ish... Takda la sampai camtu. Gempak je lebih.

Seperti yang aku kata, aku kan universal. Ada masa aku layan jugak lagu-lagu rock kapak. Tapi takda lagu sampai meleleh jiwang karat tarak hingat punya. Yang ok, aku dengar ja. Indie pon aku layan, alternative. Jangan terkejut, nasyid pon aku dengar jugak. Ingat aku tak layan lagu-lagu agama ke? Tapi kadang-kadang je bila keinsafan hadir dalam diri. Tapi bila keinsafan tu hilang, metal balik la aku.. Haha...

Apa pon masing-masing ada interest sendiri. Yang suka muzik ada, yang tak suka muzik pon ada. Terpulang kepada individu bagaimana mereka memanipulasikan persekitaran dengan kehendak mereka. No pain no gain... (^_^)/

Friday, October 16, 2009

Zodiak lelaki #1: Aries

~Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin.

~Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah.

~Dia tidak tekun, dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.

~Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan terutamanya dari segi daya penarik. Dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya. Kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita.

~Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.

~Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya.

~Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Kepada sesiapa yang zodiak dia Aries, ciri-ciri kat atas ada kena-mengena dengan korang tak? (^_^)/

Lawak hari ini

Pagi tadi aku ada job interview. Aku macam biasa la, malas nak prepare punya pasal aku tengok-tengok jek cover letter aku sikit dan search sikit pasal company yang aku nak apply kerja tu. Dah la ponteng kelas pulak pagi tu, memang spoil betul la. Setibanya kat bilik dia, otak aku pon mula berfikir. Tak senang duduk jugak la memikirkan apa soalan yang Encik Hamid tu nak tanya kejap lagi.

Lepas tu Shahril pon keluar daripada bilik Encik Hamid. Masa tu turn aku pulak. Dalam senarai yang dah ditampal kat board nama aku lepas Shahril. Aku pon masuk la bilik dia. Memula masuk jek dia suruh aku sign attendance. Tapi yang bestnye pen tu tak da dakwat. Hahaha....

Pastu tu dia tanya, how good is your English. Alamak,nak jawab apa pulak nie? Aku pon jawab not good la... Takkan nak kata excellent kot? BI pon tunggang langgang lagi. Then dia bagi tau aku satu benda... "You are applying wrong job" kata Encik Hamid. "Ahh sudah... Mampos aku..." hati aku berkata. Tergamam jugak aku pasal dia kata camtu. Pastu habis lintang pukang aku punya interview. Blank kepala otak aku yang tak berjambul nie... Aku dah jadi cam orang gagap pulak kat dalam tu.

Last sekali dia tanya "Do you think that you will be given the job?"... Aku jawab dengan senyuman terukir dibibirku "Definitely no!" dengan konfidennya aku berkata. The end... Interview yang paling hampeh... Kelu lidah aku tak tau nak jawab apa dah... Pakai dah smart sekali spoil pulak. Haha... (^_^)/

Gambar yang aku edit

Dulu masa aku kecik-kecik mak aku tak ajar pon cara nak edit gambar. Pastu bila dah besar tak tau camna nak edit gambar. Pastu aku pon menuntut dengan sahabt baik aku. Dia pon ajar la aku sikit-sikit camna nak guna Ulead. Kemudian aku pon belajar la sendiri camna nak guna Ulead dengan lebih efektif. Hari demi hari aku practice namun masih lagi tak terer seperti sahabat aku tu.

Sekarang aku dah malas nak edit gambar dah. Dah pencen. Takda kreativiti dalam bidang nie. Kat bawah nie antara gambar-gambar yang aku penah edit masa zaman-zaman aku taksub meng'edit' gambar. Itu je yang termampu... (^_^)/





Statistik power consumption




Gambarajah di atas merupakan statistik power consumption untuk grafik kad yang terpilih sahaja. Semakin kecil bar untuk chart di atas semakin sedikit lah power consumption yang digunakan oleh grafik kad. Grafik kad yang power tak semestinya menggunakan power yang tinggi. Dengan teknologi yang semakin berkembang pesat, grafik kad yang power tidak menggunakan power yang terlalu banyak. Ini kerana semakin banyak power yang digunakan semakin tinggi haba yang dihasilkan. Ini telah memeningkan kepala manufacturer kerana mereka terpaksa mencari jalan untuk mengurangkan haba yang terhasil demi menghasilkan grafik kad yang lebih reliable.

Untuk penggemar tegar grafik kad ATI Radeon, 5 Series yang baru keluar di pasaran sekarang menggunakan power yang kurang namun performance yang diberikan memang superb. Jadi, inilah masanya untuk korang upgrade kepada grafik kad yang baru. Bagi yang ada duit je la. Yang tak da duit sabar dulu. Tunggu PTPTN sem depan masuk yek? (^_^)/

Friday, October 9, 2009

4-2

Puas!
Bangga!
Seronok!

Itulah perkataan yang dapat aku luahkan setelah kami dinobatkan sebagai JUARA tempat ketiga semalam (bajet cam tempat pertama jek). Perlawanan semalam memang dramatik giler sebab daripada ketinggalan 0-2 kami kejar balik untuk menang 4-2 dengan team postgrad semalam.

Terperanjat beruk kami bila baru je start main dah kena sebijik. Bola corner yang depa dapat memang tak disia-siakan bila yop header masuk ke gawang kami. Tak pa. Baru 0-1.

Pastu, kami main lagi. Tapi kena lagi sebijik. Dalam hati aku "Alamak, dah 0-2"... Bola yang disepak oleh mereka kepada yop rupanya tidak offside sebab semua defend kami dah lepas line tengah padang. Yop pon meluru bagai ribut untuk one-by-one dengan Ikhwan dan jaringkan gol dengan mudah.

Nasib la pastu kena 0-2 kami tak moral down lagi. Kemudian kami dapat corner. Amin amek corner pendek kepada Fariman. Kami pon merjerit suruh Fariman cross. Ingatkan dia nak cross, tapi rupanya dia shoot. Yang geramnya, masuk pulak tu... Smart gila!

Secong half pulak, kami attack lagi. Bola yang dapat kat aku lantas aku pass kat Shahril. Shahril pulak pass kat Amin. Dengan muka yang serius Amin pun shoot. GOL!!! Kami jerit. Haha... Seronok gila. 2-2 sama dah. Semangat pun dah semakin berkobar-kobar sebab dah dapat samakan kedudukan.

Izhar ada amek free kick. Memang smart dah free kick dia tapi keeper depa dapat baca sepakan beliau. Keeper depa pun save bola tersebut. Takkan nak biar kot? Kalo gol la free kick tu, mesti aku dah bukak baju celebrate gol tersebut (cam aku pulak yang score...ek eleh).

Gol yang paling smart bagi aku semalam gol free kick Amin. Fariman dummy punya la smart. Habis tertipu depa punya defend. Kucar-kacir pertahanan depa. Fariman mesti bangga sebab taktik beliau menjadi. Amin just shoot celah-celah depa ja. Keeper depa tak boleh nak buat apa. Ramai sangat orang depan gol. Nak save pon dah terlambat. Kami lead 3-2. Masa tu semua dah happy dah. Takda lagi dah pressure.

Last but not least. Luqman pon taknak ketinggalan. Dia main defend pulak tu. Defend score memang wonderful and colorful. Daripada bawah dia sprint 100m untuk pergi sampai kotak penalti pihak lawan. Bola sapa cross tah aku tak ingat, Luqman sempurnakan dengan wajah ceria dan bersahaja. Bola tu mulanya kami ingat dah keluar sebab takda orang kat hujung sana tapi Luqman datang dengan tangkas lantas score. Gol celebration dia memang smart. Cayala Luqman.

Setelah wisel penamat ditiup, kami telah dinobatkan sebagai tempat ketiga untuk pertandingan bola sepak KASUS. Alangkah germbiranya kami semua. Tuhan saja yang tahu. Diharap lepas nie kalau ada lagi match yang besar-besar cam nie, kite dapat main dalam 1 team lagi. Tahniah untuk semua pemain Awam 3. Congratulation!! (^_^)/

Wednesday, October 7, 2009

Snow white

Ada apa dengan hari nie?
Hari nie aku telah join satu competition sketsa untuk subjek LSP404. Apa yang bestnya, audience yang hadir tak kering gusi tengok sketsa kami.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke dalam DK6 tempat pertandingan sketsa berlangsung, aku dah terkejut. Mana tak nya. Ada satu group tengah berlakon kat depan tu. Prop depa simple giler. Guna manila kad jek. Yang kami nie siap ada prop untuk watak haiwan, ranting hidup yang baru je depa potong dan macam-macam lagi. Rasa cam semangat giler group kami nak berlakon kejap lagi.

Watak aku?
Aku nak jadi angin...
Tapi depa tak bagi...
So aku kena jadi pokok...

Aku berlakon spontan jek. Takda idea sangat. Dah la watak aku nie pokok yang kena tebang. Aku pon main tibai sesedap rasa ja. Haha... Tapi seronok jugak berlakon secarca spontan nie. Takda skrip. Tak payah nak hafal.

Apa pon, aku puas hati jugak la dengan lakonan group kami. Semua boleh dikatakan sporting jugak la. Kerjasama tu ada. Kalo ada peluang lagi untuk berlakon dalam sketsa lain pulak, aku nak berlakon lagi. Aku nak jadi watak impian aku (angin) pulak. Thanks for all your cooperation. Sketsa yang best! (^_^)/

0 - 1

Tiang...
Benda yang bebudak awam dok pening kepala nak design.
Nak boh kat mana dia punya reinforcement?
Berapa cover nak kena buat?
Berapa batang steel nak boh?

Tapi tiang jugak la yang buat bebudak awam dok pening kepala apasal la suma serangan yang kami buat banyak yang kena dia. Mungkin sebab kami dah biasa main bola dan jadikan tiang sebagai gol. Jadi dah tak boleh nak shoot kena jaring... Aishh...

Maybe kami takda luck. Shahril dah one-by-one ngan keeper tapi keeper diorang dapat baca plak bola dia. Kemudian corner, Shahril header tapi bola melayang melepasi palang. Banyak gak offside trap yang pihak lawan buat sebab diorang tau striker kami laju-laju belaka.

Second half pulak, kami gandakan asakan. Aku cross kat Shahril dan dia dah tap bola tu tapi kena tiang pulak. Pastu aku dapat chance, shoot, kena tiang jugak. Tapi sekali diorang dapat free kick terus gol. Ikhwan dah mainkan peranan dia sebagai gol keeper kami tapi padang la buat hal pulak. Bola yang Ikhwan ingat akan bump ke dada dia rupanya jatuh ke tanah dan meleret masuk dalam gol. Memang nasib kami la.

Lepas tu memang kami dah pressure la. Terus attack sampai ke tiupan wisel yang terakhir. Yang pihak lawan pon main cam s***l sebab saja lambat-lambatkan masa. Boleh kena kad tu. Tapi reff lupa nak bawak kad kot, tu yang depa tak kena kad. Adoi. Hajat nak ke final dah berkubur. Sekarang yang tinggal hanya tempat ke-3 dan ke-4 je lagi.

Anyway, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pemain Awam 3. Memang batch student awam kita didatangi dengan pakej yang memang best. Setiap posisi ada player yang boleh main. InsyaAllah, kita akan menang esok. Semoga Allah akan memberi kita kejayaan pada hari esok. Gudluck to all... (^_^)/

Barisan first eleven:
1.Ikhwan
2.Azman
3.Izhar
4.Luqman
5.Hadi
6.Fariman
7.Badut
8.Amin
9.Aku
10.Syidi
11.Shahril

Barisan substitute:
1.Ammar
2.Faiz
3.Jep
4.Kamal
5.Shasha
6.Apis
7.Zuha

Tuesday, October 6, 2009

1 - 0

Tap.. Tap...
Langit yang cerah berubah menjadi mendung.
Hatiku resah...
Baju kat ampaian tak amek lagi...
Kena PT petang pulak tu, pasir tak cari lagi...
Quater final bola sepak bakal berlangsung, kaki pulak bengkak...
Fikiranku serabut, aku celaru...

Ayat-ayat di atas hanyalah tipu helah aku untuk menyedapkan muqaddimah untuk thread kali nie. Apa yang membuatkan aku ceria pada hari ini adalah kerana team bola sepak kami dah menang menentang team Soon To Be Feared. Perlawanan berlangsung dalam keadaan yang penuh dramatik di mana hujan turun tanpa mempedulikan kami yang semakin lenjun. Namun kerana keinginan untuk bermain bola tu membuak-buak, kami teruskan jugak hasrat kami membawa pulang trofi ke skul kita (eh...ada trofi ke?).

Pada separuh masa yang pertama kami banyak menyerang kubu pihak lawan. Ini kerana tak kan kami nak serang kubu sendiri kot? Ek eleh... Banyak percubaan yang tak jadi sebab mereka ada kunci kejayaan yang mampu mengekang pergerakan striker kami. Anda nak tahu apakah kunci kejayaan tersebut? Ianya tidak lain dan tidak bukan lopak air di depan gol mereka. Striker kami bertungkus lumus memerah keringat untuk mencuba menjaringkan gol. Namun usaha mereka sia-sia belaka. Ini kerana apa yang mereka sepak bukanlah bola tetapi air yang tidak sedap untuk diminum.

Namun pada separuh masa kedua, kami menggandakan asakan tetapi masih buntu untuk menjaringkan gol. Setelah beberapa pertukaran dibuat, barulah tuah menyebelahi kami. Selepas aku dikeluarkan, terus je gol. Nampak bebeno aku nie cam spoil jek. Hampeh... Haha... Tapi tak pa, yang penting kami memiliki sebijik gol yang amat berharga. Lebih berharga daripada segunung intan dan selautan permata. Tidak dapat kugambarkan betapa 'happy'nya kami. Gol tersebut merupakan gol kemenangan kami yang hadir pada lewat permainan. Penjaring gol tersebut adalah Fariman (bukan nama penuh). Setakat ini, beliau telah menjaringkan 2 gol untuk pasukan kami. Terima kasih yang tidak terhingga untuk beliau di atas pengorbanan yang dilakukan (pengorbanan ke tu?). Terima kasih juga kepada yang tolong assist bola Fariman tadi tu. Sapa dia tah aku tak ingat pulak.

Tahniah diucapkan di atas kerjasama yang ditunjukkan oleh pemain-pemain Awam 3. Sesungguhnya kita telah layak ke semi-final. Alhamdulillah. Semoga pada match semi-final nanti kita akan menang lagi. InsyaAllah... (^_^)/

Friday, October 2, 2009

0 - 0

Tanggal 2 Oktober 2009, di kala perlawanan antara Transkickers menentang Awam 3, aku merasakan akulah pemain paling teruk pada hari nie. Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan di mana kedua-dua pasukan saling berbalas serangan. Kredit diberikan kepada penjaga gol kami, Ikhwan yang banyak menyelamatkan percubaan berbahaya pihak lawan. "Aku dapat 6 point kot ari nie..." kata Ikhwan. "Kalo tambah bola yang ko save boleh dapat 9 point..." tambah Shahril pula. Kami telah berpakat memberi nama jolokan yang baru kepada beliau iaitu "Ben Ikhwan"

Tidak lupa juga kepada pemain pertahanan pasukan kami yang terdiri daripada Azman, Izhar, Luqman dan Hadi yang bersusah payah menyelamatkan gawang kami daripada ditembusi oleh pemain lawan. Mereka bermain mati-matian dengan tidak menghiraukan dugaan dan halangan yang datang melanda. Padang yang becak lagi mereka redah, dengan semangat dan keazaman yang tinggi. Bagai menatang minyak yang penuh bak kata orang tua-tua...

Pemain tengah kami juga bertungkus lumus membuat through ball yang cantik namun nasib tidak menyebelahi kami. Fariman dan Badut berusaha mengawal pergerakan pihak lawan di bahagian tengah. Walaupun ada ketikanya mereka berjaya dibolosi. Namun segala usaha mereka harus dipuji.

Pemain penuh kontroversi kami, Shahril hari nie tidak berlakon hari nie. Sama ada dia off atau pun tidak mendapat peluang untuk berlakon. Akan tetapi permainan beliau adalah baik digandingkan bersama Ammar dan Syidi.

Apa yang aku buat hari nie, aku tak minum dah air padang tapi aku still lagi kena tackle (taknak kena tackle pi main guli la...). Banyak through ball yang geng aku bagi tapi aku sia-siakan jek. Hampeh... Kepada semua geng bola Awam 3 aku mintak maaf sebab tak dapat bantu korang untuk score even sebijik gol. Maybe aku patut di'replace' untuk game yang akan datang. I'm sorry a lot...

Akhir kata "Majulah Sukan Untuk Kejuruteraan Awam" (^_^)/

Thursday, October 1, 2009

3 - 1

Alhamdulillah, hari nie merupakan antara hari-hari yang gemilang bwat kami di mana kami telah menang 3 - 1 menentang pasukan Chemengusm. Walaupun keadaan padang agak berair berikutan hujan beberapa hari nie namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain tengah kami iaitu Fariman. Shahril melorongkan bola tepat ke kaki Fariman. Fariman dengan konfidennya merembat kencang tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang terpekik terlolong meminta bola. Namun, kami tidak kisah kerana rembatannya tepat menerjah gawang pihak lawan. Jika penjaga gol lawan tinggi sedikit pasti tidak gol. Jadi kami bersyukur kerana keeper tersebut tidak setinggi Petr Cech.

Gol kedua pula dijaringkan oleh Shahril. Through ball yang dilorongkan untuk aku telah aku cross dengan selamba. Pada mulanya aku ingat dapat kat Ammar tapi dia menbodohkan keeper pihak lawan dengan membiarkan sahaja bola tersebut melepasi dirinya dan dapat kepada Shahril. Akhirnya, bola tersebut dijaringkan dengan mudah tanpa disedari oleh pihak penaja.

Terdapat sedikit kekecohan berlaku di mana striker kami pada hari nie, Shahril telah menjatuhkan dirinya dengan sengaja sambil tersenyum kerana dia tahu penalti sudah ada dalam genggaman. Penjaring gol ketiga kami, Izhar mengambil penalti tersebut lalu menyempurnakannya dengan wajah yang murni lagi berseri.

Apa yang aku bwat hari nie? Aku kena tackle dan terminum sedikit air di padang tadi dengan di campur sedikit ramuan tradisi tanah dan rumput. Selain itu aku juga turut membazirkan bola yang sepatutnya disempurnakan oleh mereka yang lebih power seperti amin dan rakan-rakanku yang lain. Dengan perasaan tamak haloba taik hidung masin, aku bwat dono lalu melepaskan rembatan yang aku sudah tahu pasti akan tersasar punya la... Maafku pinta kepada semua...

Last but not least, kami amat berpuas hati kerana telah menang pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pemain bola sepak awam 3. Dengan kesungguhan yang ditampilkan kita mampu menang pada hari ini. Alhamdulillah... Semoga kita akan menang lagi esok... InsyaAllah... (^_^)/

Senarai pemain awam 3:
1.amin - wing kanan
2.azman - bek tengah
3.shahril - penyerang
4.izhar - bek tengah
5.fariman - tengah
6.jep - wing kiri
7.kamal - bek kiri
8.syidi - penyerang
9.hadi - bek kiri
10.apis - penyerang
11.luqman - bek kanan
12.ikhwan - penjaga gol
13.ammar - penyerang
14.badut - tengah
15.zuha - bek kanan
16.shasha - bek tengah
17.faiz - bek kanan
18.aku - wing kiri

Tuesday, September 29, 2009

Statistik performance grafik kad...


Setelah menyepi daripada post pasal pc bwat sementara waktu, kini aku kembali dengan sedikit review tentang tahap performance grafik kad anda. Gambarajah di atas merupakan comparison tahap performance antara grafik kad buatan NVidia dan ATI. Anda jangan tersalah anggap lalu menyangka jadual di atas adalah senarai harga barangan runcit plak. Haa... Seperti yang anda lihat, juara pusingan kali ini ialah milik NVidia GTX295. Berikan tepukan gemuruh kepada beliau. Tempat kedua pula dimenangi oleh 4870X2 keluaran ATI...


Kelebihan yang ada pada GTX295 ialah 'bit'nya yang tinggi giler... 896bit tu... Wau!! Hipotesis yang dapat di bwat ialah semakin tinggi bit grafik kad tersebut semakin cantiklah gambar yang dapat diberikan. Kalo korang guna grafik kad ini untuk bukak word atau excel memang dia sengih je la... Punya la cantik gambar dia... Tak dapat digambarkan melalui kata-kata. Secantik bidadari di kayangan... Cewah...


Tapi ATI pun tak kurang hebatnya... Hanya mereka sahaja yang memilik kelebihan daripada segi memori grafik kad. Untuk 4870 dan ke atas ia dilengkapi dengan ram GDDR5. Ia lebih laju daripada GDDR3. Ini merupakan sedikit calculation bagaimana nak convert GDDR5 kepada GDDR3. Begini caranya 512Mb GDDR3 = 256Mb GDDR5... Wau!! Tapi anda tak perlu la mengahafal cara nak convertnya sebab tak masuk exam pon. Lagi satu, kat calculator 570fx korang pon takda function nie.

Stream processor grafik kad ATI juga lebih besar iaitu sebesar 800sp. Namun NVidia menggunakan stream processor yang lebih rendah... Masing-masing mempunyai pendekatan yang berbeza untuk memastikan grafik kad mereka dapat berfungsi pada tahap yang maksimum.


Lebih menggemparkan, ATI telah melancarkan grafik kad terbaru mereka iaitu 5850 dan 5870 yang sememangnya lebih power daripada biasa. Para pemain game tegar pasti menjerit bagai histeria apabila mengetahuinya. Apatah lagi kepada peminat setia ATI. Tetapi dimanakah letaknya kedudukan mereka di dalam gambarajah di atas? Belum cuba belum tahu... Anda mampu mencubanya... (^_^)/

Sunday, September 27, 2009

Dia yang mencintai kamu...


1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.

8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.

10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'

16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

20.Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.

23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.


Walaupun thread ini merupakan sebuah thread copy and paste, namun aku cuma nak buat sedikit kelainan kat blog aku... Takda la nanti korang kata asyik-asyik pasal pc je. So dengan ini korang bolehla predict siapakah gerangan secret admire anda... Sekian (^_^)/

Friday, September 18, 2009

Aku rindukan dia...

Aku rindu padamu...

Sedar tak sedar sudah setahun kita tak bersua... Selepas kejadian tersebut, dikau menghilang... Puas sudah ku cuba mencarimu tapi apakan daya tangan tak sampai, aku tetap tidak menjumpaimu... Janganlah dikau tinggalkan diriku lagi... Diriku bagai layang-layang putus talinya... Hilang, kosong, sepi tanpa dirimu... Aku masih rindu padamu... Kadang-kadang aku terbayang, bagaimanakah keadaanmu sekarang? Adakah dikau bahagia? Adakah dikau menderita? Fikiranku menjadi kusut... Aku bagaikan mandi terlebih basah, makan pun tidak boleh sebab aku berpuasa, tidur pun tidak lena sebab banyak sangat assignment. Apakah dikau tidak menyukai aku? Apakah dikau membenci diriku? Ku tahu diriku ini tidak cukup sempurna bagimu... Aku tak punya harta, aku tak punya paras rupa... Aku cuma punya hati yang mengatakan aku rindu padamu... Mungkin diriku ini bukanlah yang terbaik untukmu... Bukan juga yang mampu menambat hatimu... Bukan niat hatiku utntuk berpisah... Bukan niat hatiku untuk meninggalkan mu... Kau harus faham keadaanku... Aku terikat dengan komitmen... Tapi, dikau berlalu pergi tanpa ucapan selamat tinggal... Ataupun lambaian tanganmu kepadaku...

Aku rindu padamu...

Aku harap di hari lembaran yang bakal menjelma ini, dikau kembali kepadaku... Jangan tinggalkan daku... Aku merayu, janganlah dikau menyeksa zahir dan batinku begini... Terasa bagaikan dihiris sembilu... Oh sayang, kembalilah kepadaku... Aku berjanji, aku takkan melukakanmu lagi... Aku sedar akan kesilapanku masa lalu... Bagaimana hendak ku gambarkan betapa aku menyesal meninggalkanmu suatu ketika dahulu... Biarlah aku menebus kesilapanku... Izinkan aku bertemu denganmu sekali lagi... Akan ku cuba mengubah segala yang termampu... Kembalilah kepadaku...

Aku rindu padamu...

Wahai sayangku, lemang... Aku nak makan lemang... Waa... Tak sabaq dah teman nak makan lemang... Kawan-kawan, raya nie mai la umah aku... Hehe... Memandangkan suma dok kalut nak balek umah, aku amek kesempatan nie untuk ucap "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN"... Kepada yang balik kampung tu balik elok-elok... Jaga diri korang baik-baik. Jangan main mercun... Main la mortar ka? Haha... Kirim salam aidilfitri kepada keluarga korang. Semoga raya kali ini lebih bermakna daripada yang sebelumnya... Di kesempatan ini aku nak mintak maaf banyak-banyak kat korang sebab aku tau aku banyak buat salah kat korang... Korang tak buat salah kat aku... Kalo ada pon aku dah maafkan korang sejak 25 taun yang lepas... Semoga jumpa lagi lepas raya... There's always a long journey that we need to strive together... Assalamu'alaikum... (^_^)/

Friday, September 11, 2009

Apabila hati terasa kecewa...


Seperti yang kita tahu, USM telah mengadakan upacara konvokesyen komemoratif. Ia berlangsung dengan penuh meriah di mana semua aktiviti berjalan dengan lancar walaupun tak ada jamuan makan setelah selesai tentatif program tersebut. Sekali lagi kita memanjatkan rasa syukur tak terhingga kepada Allah kerana dengan izin-Nya segalanya berjalan lancar. Namun hari tak selalunya cerah. Kami warga students course kejuruteraan awam telah miss 1 test highway pada hari tersebut. Segala usaha kami bersusah payah untuk study macam tak bermakna langsung. Test tersebut dah tak dapat nak buat semula kepada geng-geng palap yang excuse pada hari selasa (8.9.09). Terasa macam kena tipu pulak. Kata semua test dengan lab boleh excuse pada hari tu tapi kami still dah tak boleh amek test tersebut. Tak tahu la nak salahkan siapa. Benda ini merupakan 1 disappoinment sebab komitmen kami bukannya palapes ja tapi akademik gak. Kepada geng-geng aku yang tak dapat ambil test tersebut harap korang bersabar la yek? Di bulan puasa ini tak molek nak marah-marah. Semoga Allah membantu kita dalam mencari jalan untuk menaikkan gred kita masa exam final nanti... Amiinnnn... (T_T)

Wednesday, September 9, 2009

Upacara Konvokesyen Komemoratif


"Hormat diraja, hormat senjata" Itu merupakan salah satu hukuman yang diberikan sewaktu kami, warga palapes darat menyertai kawad konvokesyen komemoratif yang diadakan pada hari ini (9.9.09). Alhamdulillah dengan izin Allah, majlis berlangsung dengan tanpa ada masalah-masalah teknikal yang besar dan berjalan dengan lancar. Mungkin kawad kami bukanlah yang terbaik, tetapi kami telah memerah keringat dan tenaga yang ada demi memberikan yang terbaik walaupun ada yang leading dan ada yang lagging. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam event kali ini. Walaupun ia merupakan kali pertama event ini diadakan di sini, namun ia sedikit sebanyak memberi kami peluang untuk berkawad bersama pancaragam. "Nice..." kata salah seorang daripada pegawai kadet senior palapes darat. Apa yang dapat kami luahkan jauh daripada sudut hati kami, ia merupakan suatu kenangan yang terindah walaupun tiada jamuan makan setelah habis event tersebut... (^_^)/

Gambar di atas adalah pose terbaik kami daripada pegawai kadet senior palapes darat. Dengan ini kami mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua warga kampus USM.

Tuesday, September 8, 2009

HIS HD4890 iCooler X4


Tahniah diucapkan kepada syarikat HIS kerana telah berjaya membawa satu lagi inovasi dalam memvariasikan keluaran grafik kad mereka yang sememangnya unik. Untuk grafik kad ini, ia dicipta khas dengan cooler yang terbaru yang lebih efisyen berbanding cooler yang lama IceQ 4+. Cooler yang terkini diberi nama iCooler X4. Dengan rekabentuk cooler yang lebih menggiurkan dan elegan, cooler ini dikatakan 10dB lebih senyap berbanding cooler yang lama. Ia dilengkapi dengan 6mm heatpipes yang dapat menangani masalah suhu grafik kad ini dengan baik sekali. Namun grafik kad model ini masih lagi tidak dilengkapi dengan aplikasi bluetooth, infrared, GPRS mahupun GPS. Kepada si penggemar game yang tegar, 4890 merupakan grafik kad ATI yang terbaik sekali untuk anda melaburkan duit anda kerana ia pasti menjanjikan kepuasan bermain game yang maksimum. Dengan harga setinggi RM730, anda pasti berfikir banyak kali sebelum membeli grafik kad ini. Namun fikir-fikirkanlah masa depan anda kerana jika tidak PTPTN anda pasti habis... Anda mampu memikirkannya... (^_^)/

Spesifikasi:

Model Name: HIS HD4890 iCooler X4 1Gb (256bit) (full HD 1080p)
Cooler Type: iCooler X4
GPU: 4890
Core Clock: 850MHz
Memory Clock: 3.9GHz
Memory Size: 1024Mb
Memory Type: GDDR5
Memory Interface: 256bit
RAMDAC: 400MHz
Stream Processor: 800

Monday, September 7, 2009

Compatibility for crossfire


Jadual di atas merupakan kesesuaian grafik kad untuk di'crossfire' untuk performance grafik yang maximum. Kepada mereka yang ingin meng'crossfire' grafik kad mereka dan tidak pasti sama ada grafik kad mereka boleh di'crossfire' atau tidak, jadual di atas ini sedikit sebanyak mampu memberikan panduan dan anda mempunyai lebih konfiden dalam memilih grafik kad yang betul. Crossfire tidak semestinya memerlukan dua jenis grafik kad yang sama brand. Akan tetapi jika anda crossfire dua grafik kad yang sama jenis, compatibility issue tidak akan timbul. Namun untuk grafik kad yang tidak sama core clocknya, grafik kad itu sendiri akan stabilize core clock tersebut agar kedua-duanya mencapai kelajuan yang sama... Sekiranya anda berhajat untuk meng'crossfire' dua grafik kad yang lain gpunya, ia mungkin mengundang ketidakcompatibility terhadap grafik kad tersebut... Jadi crossfire dua grafik kad yang sama speed, gpu dan brand adalah yang terbaik... Anda mampu meng'crossfire'kannya... (^_^)/

Statistik terkini suhu cpu cooler


Rajah di atas bukanlah statistik kemalangan jalan raya di Bangladesh sebaliknya statistik tahap kesejukan ataupun suhu minimum sebuah cpu cooler. Seperti yang kita lihat, bar yang paling kecil merupakan cpu cooler yang memberikan suhu processor yang paling rendah manakala bar yang paling panjang merupakan suhu cpu cooler yang normal. Setelah sedikit analisa dilakukan, didapati bahawa Prolimatech Megahalems mengetuai senarai cpu cooler dengan suhu serendah 22.85oC, diikuti oh Xigmatek Ultra-120 ex serendah 25.1oC dan ditempat yang ketiga Xigmatek Thor's Hammer iaitu 25.15oC. Kepada mereka yang berada diluar sana, jangan bersedih sekiranya kipas panasonic anda tidak termasuk di dalam senarai tersebut. Anda boleh mencuba lagi di masa akan datang. Apa yang dapat disimpulkan ialah Prolimatech Megahalems merupakan cpu cooler tersejuk pada masa ini. Ia didatangi dengan 2 model yang sama iaitu Prolimatech Megahalems ataupon Prolimatech Mega Shadows. Dengan harga di bawah paras RM300, anda mampu memperolehi kipas pelbagai guna ini. Boleh dijadikan sebagai kipas processor mahupun kipas ketiak anda pada waktu panas jika terdesak. Diharap dengan statistik yang telah diberikan anda mampu membeli cpu cooler dengan bijak dan berhemah tinggi. Anda mampu mengubahnya... (^_^)/