Thursday, March 31, 2011

Diriku semakin berdebar

Petang tadi, dalam pukul 1 lebih aku baru dapat tau yang list untuk viva final year project dah keluar. Dan aku dapat tahu yang minggu depan kami dah kena present. Oh shit! Aku dengan slideshow tak siap lagi.

Hati mula la berdebar. Apa la agaknya panel akan tanya nanti? Lagi-lagi pulak aku orang first present hari Selasa (5.4.2011 - 2.30pm). Perghh. Mesti panel tengah ada mood nak tembak student yang present punya.

Aku pun terfikir kejap. Yang nie last presentation aku kat USM. Maybe aku patut just enjoy the last presentation. Lecturer aku pon cakap macam tu. So, aku ingat aku nak present je apa yang aku rasa nak. Kalau nak kena tembak kaw-kaw, layan je la.

Habis je present, aku terasa macam nak berguling je keluar bilik seminar tu nanti. Sebagai tanda hormat kepada next presenter, aku beranggapan adalah tidak sopan untuk men'psycho' mereka.

Kepada semua geng awam 4 yang akan mula present Isnin nie, a thousand good luck aku ucapkan kepada korang. Hopefully, these last presentation will bring us a very good experience and memorie to remember. Good luck all. (^_^)/

2 comments: