Tuesday, February 9, 2010

Ada apa dengan Dabong?

Seperti yang kita tahu, USM bakal menempa nama dalam Malaysian Book Of Record di mana banner terbesar yang memang panjang giler babeng akan berkibar di sepanjang air terjun Gunung Stong, Kelantan. Suatu aktiviti yang memang mampu melonjakkan nama USM serta Desasiwa Lembaran di mata jutaan rakyat Malaysia

Tetapi, tahukah anda siapakah tulang belakang yang telah bersusah payah menggembeling tenaga bagai orang gila kematian anaknya? Geng-geng palapes dan sedikit civilian yang bersemangat waja sahaja yang mampu memikul cabaran yang memang mencabar lagi mencabar.

Bayangkan banner yang bapak besar tu kami nak angkut naik ke atas gunung yang curamnya hampir mencecah sudut 90 darjah. Apa kau dah gila? Tapi tiada apa yang mustahil kalo itu adalah budak palap (setelah menyumpah seranah banner tersebut akibat berat yang melampau). Kami gagahkan jugak untuk membawa banner tersebut sampai ke atas sebab kami fikir setibanya di atas kami nak mandi sungai dulu. Hahaha.

Ingatkan angkat banner je, rupanya tong gas, tali, dapur dan bermacam-macam menatang kena angkut bawak naik sana. Mana la budak-budak tu tak tension. Duit pon tak dapat. Penat dapat kaw-kaw pulak tu. Ketidakpuashatian memang terukir di wajah setiap yang mengangkat banner terebut. Namun mereka masih mampu mengukir secebis senyuman yang aku rasakan amat manis walaupon pada hakikatnya rasa nak buang je banner tu ke bawah.

Sedikit kenangan bersama:






Apa pon sumanya berjalan dengan lancar. Tahniah diucapkan kepada mereka yang telah bertungkus lumus membawa banner tersebut ke atas Kem Baha. Kesabaran korang memang aku salute. Semoga akan datang kita tak kena bawak banner dah pi sana. Kalo pi pon kita berkelah je kat sana. Sekian... (^_^)/

No comments:

Post a Comment