Kali nie kami memilih jersi berala-ala Juventus kerana ramai daripada pemain kami meminati pasukan Juventus (aku reka ja cerita nie). Setelah dua minggu berhempas pulas memerah keringat training, akhirnya kami bersedia untuk menepuh onak duri perlawanan yang mendatang. Walaupun kami diberi status pasukan bukan pilihan, namun berkat keazaman yang setinggi Gunung Stong, kami survive dalam setiap perlawanan.
Dibarisi ramai pemain muda yang berbakat besar ditambah pula dengan pemain senior yang berpengalaman, kami masih mampu melakar kemenangan demi kemenangan (2 kali menang ja) dan seterusnya kalah di pusingan suku akhir
Keputusan:
Peringkat kumpulan:
Jaya 4 vs 1 Fajar
Tekun 1 vs 2 Jaya
Lembaran 1 vs 0 Jaya
Suku akhir:
Nurani 2 vs 0 Jaya
Segala usaha kami untuk memenangi pingat emas telah dihancurkan oleh Nurani. Kini impian hanya tinggal impian. Kami balik dengan tangan kosong tapi perut berisi. Mungkin tiada rezeki kali nie. Namun hidup mesti diteruskan. InsyaAllah nasib menyebelahi kita dalam SUKAD yang akan datang. Kepada yang menang tahniah diucapkan. Kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi lain kali.
Sedikit memori bersama:
Akhir kata daripada saya "Majulah sukan untuk USM" (^_^)/
No comments:
Post a Comment