Wednesday, May 4, 2011

Detik-detik akhir di USM 3

Oleh sebab printer aku dah lama dah ink dah kong, so aku pon terpaksa la print fyp aku dekat member aku. Alhamdulillah, aku berjaya mengepau kertas member aku yang sememangnya banyak. 1 fyp = 100 pages. Aku buat 3 copies. Terima kasih kerana membenarkan aku mengepau engkau.

So, keesokan harinya nak ambil signature supervisor dengan examiner je. Tapi hari tu mendung. Mood suasana hari tu pon mendung jugak. Nak dapat signature supervisor aku punya la susah. Pagi dalam pukul 8.30 aku datang. Supervisor aku tak mau sign sebab aku tak bawak thesis. Thesis pulak tak ambil lagi daripada bilik member. Then dia kata dia nak pi viva pulak.

Supervisor: "Kenapa datang lambat? Saya nak pegi viva dah nie.. Mana borang tu?"

Aku : "Nie borangnya Dr."

Supervisor : "Mana thesis nye? Kalo takda thesis saya tak boleh sign."

Aku : "Dr ada kat bilik pukul bape?"

Supervisor : "Saya tak pasti viva habis bila. Maybe 3 jam? Boleh jadi 6 jam. Boleh jadi sejam"

Aku : "Nanti saya datang la bilik Dr. Kalo Dr takda saya tunggu je la"

Penantian suatu penyeksaan. Kadang-kadang terasa macam betol jugak. Sejam setengah aku tunggu dekat bilik dia. Sengal kaki aku dok ke hulu ke hilir nak tunggu supervisor aku semata-semata untuk dapatkan sign yang tak sampai 2 minit pon. Tapi, bila dah dapat punya la lega rasanya. Boleh proceed dengan hardbound dah. Apa pon, thanks kepada yang terlibat dalam episod nie.

9 comments:

  1. lain kali bawa terus ke mana saja thesis tu :)

    ReplyDelete
  2. @ suya : haha...3 copy. berat kot

    @ akmal : haa...pandai pon

    ReplyDelete
  3. uhuhu .. memang cam gitu .. nak wat cam ne kan .. kite student kena tunggu laa juga .. hehe

    ReplyDelete
  4. bile dh settle, rsa lega giler..heheh

    ReplyDelete
  5. okla tu dol..ak tnggu smpai 1 ari..x dpt2 pn..smpai trtidola kt skooll..huhu

    ReplyDelete