Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Al Mubarak


Bersyukur kepada Allah kerana masih lagi memberi aku nyawa untuk aku mengcapi kenikmatan bulan Ramadhan tahun ini bersama keluarga. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada semua umat Islam tak kira di mana anda berada baik di darat atau di lautan dalam. Mudah-mudahan kita mendapat seribu keberkatan daripada bulan yang mulia ini. Walaupun iman aku lemah, tapi aku akan cuba menunaikan ibadah puasa dengan sebaik mungkin. Ditambah pula dengan solat terawih yang kadang-kadang tak cukup 23 rakaat (selalu memang tak cukup pon). Diharap Allah akan memberi kita peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun-tahun yang mendatang

1 comment: