Monday, April 18, 2011

Final exam yang terakhir


Alhamdulillah, setelah mengharungi hari-hari suka duka di USM nie kini aku sudah hampir sampai ke penghujung pengajian aku selama hampir 4 tahun. Minggu nie dah start study week. Ada member aku yang dah pulun kaw-kaw sampai lebam bijik mata (hyperbola) dan ada yang rileks lagi tak sedar diri (aku le tu). Macam-macam ragam manusia nak menghadapi final exam.

Lantas di kesempatan yang singkat nie aku nak mengucapkan jutaan selamat maju jaya kepada semua warga pelajar tak kira di mana anda berada sama ada di ladang mahupun lautan dalam (ayat zizan) yang bakal menghadapi peperiksaan dalam jangka masa terdekat nie. Semoga dipermudahkan segala urusan dan mendapat keputusan yang mampu membuatkan ayah bonda kita gembira sehingga membuat kenduri di depan rumah.

All the best!!

7 comments:

  1. kenduri di rumah?
    kenduri kawen eyh~
    sila jemput Saya..Saya mood nak berjalan2 ni lepas final~

    ReplyDelete
  2. @ suya : calon x dak cmne nk kawen? haha

    @ cikfarah : gudluck too :)

    ReplyDelete
  3. jom pikir sal kawin jom....

    ReplyDelete