Wednesday, January 26, 2011

Career Fair

Masa third year aku pi career fair nie, aku just kutip pamplet je. Saja, collect banyak-banyak sikit. Dalam hati niat nak usha-usha la bila takda kerja kat bilik tapi...haramm. Tak sentuh pun lepas tu. Memang takda kesedaran langsung pasal masa depan. Tahun nie, macam biasa la career fair mesti ada punya.

Kali aku kembali ke DU dengan geng-geng. Tapi aku bawak sikit kesedaran aku terhadap kepentingan career fair nie. Aku dah tak collect dah pamplet tu banyak-banyak. Sebab aku tau nanti mesti tak tengok gak. Aku ambil yang mana aku rasa nak ambil je. Bila usha requirement dia, mak ai... CGPA 3.0. Segan betol nak hantar resume rasanya. Dengan result yang agak cap ayam, layan je la. Dah la kompeni yang datang semua besar-besar.

Time drop resume kat Gamuda, kami terus di'invite' untuk pi interview. Mak ai... Dengan pakaian selekeh yang seperti hari-hari lain, tergamam la pulak aku buat seketika. Ada yang tanya "Are you ready to join Gamuda?". Perghh... Rakan-rakan aku ready la kot. Aku fikir dengan result tak sampai 3, aku surver dulu la kot. Then aku pilih untuk drop resume dekat Gamuda, MMC dengan SYABAS. Walaupun tak letak harapan tinggi sangat. Kepada rakan-rakan yang dah pi interview, harap korang buat the best. Hopefully later depa akan terima korang bekerja. All the best!! *(^_^)/

2 comments:

  1. Gamuda MMC Syabas.haha.tige company tu je pon btol2 ade kaitan

    ReplyDelete
  2. haha..yang tu je ada dalam pala otak

    ReplyDelete