Friday, January 15, 2010

Statistik performance grafik kad


Histogram di atas bukanlah statistik taburan hujan di negara kita tetapi statistik tahap performance grafik kad yang telah dibuat oleh pihak tertentu bagi memudahkan kita menganalisa menggunakan kepakaran masing-masing dalam memastikan grafik kad yang kita beli itu bukanlah suatu pembelian yang merugikan. Dengan adanya statistik di atas, anda pasti mampu membuat keputusan yang bijak untuk memilih grafik kad yang paling sesuai untuk desktop anda.

Namun ia bukan sahaja boleh dibeli oleh penggemar game tetapi juga kepada anda yang banyak duit tetapi tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya. Ia juga boleh diberi sebagai hadiah hari lahir ibu atau bapa anda. Walaupun mereka akan pelik dan tidak tahu bagaimana mahu menggunakannya, namun hati mereka tetap gembira kerana ianya adalah pemberian anda.

Melalui pemerhatian anda, sudah pasti grafik kad yang ter'power' buat masa ini adalah HD5970. Grafik kad yang sememangnya panjang dan power seperti panjangnya juga. Dilengkapi DX11 dan Eyefinity, ia memberikan kepuasan bermain game tahap dewa. Namun harganya pun memang mahal tahap dewa kerana ia adalah grafik kad masih baru di pasaran.

Tidak dijual di pasar malam mahupun supermarket. Ternyata takhta yang dipegang oleh GTX295 sekian lama akhirnya terpaksa diserahkan kepada HD5970. Hurray for the new leader. Tahniah di atas kejayaan anda. (^_^)/

No comments:

Post a Comment