Wednesday, January 6, 2010

Rumet baru kami

Cooler Master Storm Scout

Itu adalah nama rumet baru bilik aku. Semalam merupakan hari pertama beliau mendaftar untuk tinggal bersama kami. Sudah lama aku memikirkan sama membenarkan baliau untuk tinggal atau tidak. Namun tanpa persetujuan dua orang rumet aku yang lain aku telah membuat keputusan untuk menerima beliau untuk tinggal bersama kami.

Namun aku pasti bahawa rumet aku pasti akan dapat menerima kehadirannya. Dah lama dah aku usha dia nie. Lama kelamaan hati aku pon telah melahirkan rasa cinta kepadanya. Makan tak basah, tidur tak kenyang, mandi tak lena. Terbayang-bayang wajahnya dalam mindaku. Bak kata lirik lagu Spring "andai diberikan emas permata, ku pilih senyumanmu.."

Setelah menjejakkan kaki ke bilik aku, rumet aku menerima beliau dengan wajah yang penuh ceria. Mereka rupa-rupanya mengalu-alukan kedatangannya. Sungguh tidak ku sangka akhirnya begini. Alangkah riangnya hatiku bagaikan malam dihiasi bintang yang bekerlipan. Alhamdulillah aku ucapkan.

Gambar-gambar di bawah adalah sekadar hiasan:








Welcome to my family... (^_^)/

No comments:

Post a Comment