Tuesday, January 26, 2010

0 - 2

Semalam adalah friendly pertama aku selepas aku join skuad SUKAD desasiswa Jaya. Memang happy giler sebab aku dah lama teringin nak join SUKAD sejak daripada first year lagi. STAM dah try, KASUS dah try, SUKAD bila lagi kan?

Semuanya bermula daripada selection yang dibuat oleh member aku, Edi. Dia buat selection hari Rabu ngan Khamis. Tapi aku dapat datang hari Khamis je. Kalo dah datang selection pun sehari je macam la orang nak bagi masuk. Prediction aku memang betol. Aku tak dapat.

Tapi orang kata rezeki datang tiba-tiba kan, team Jaya tak cukup player so depa nak cari player lagi dan Amin pulak suggest aku join. Edi pon ok je. So memang happy la aku dapat join depa. Pastu training pon buat tiap-tiap hari. Aku pon berlatih dengan komitmen yang menggunung. Letih jangan kisah sangat, orang dah bagi kepercayaan kita untuk main, kita kena la bagi feedback yang bagus.

Kembali kepada topik asal, kami kalah sebenarnya semalam. Banyak jugak peluang yang hadir di depan mata. Oleh sebab kaki aku mak aku bedung tak kemas, aku dah sia-siakan satu peluang yang memang la kalo mak aku baling baldi kena bola tu memang masuk gol punya la. Adoyai. Tu la sapa suh ganas sangat masa kecik-kecik dulu. Mak aku bedung aku pi sepak-sepak kain tu. Yeke?

Dah la tak score pastu kaki kena pijak pulak. Bengkak kaki aku hari nie. Camna nak training hari nie? Dah la kaki bengkak, boot aku pulak tercabut tapak. Ya Rabbi... Memang la nasib aku semalam. Tu la. Tapi tak pa la. At least kami dapat tengok macam mana cara budak-budak lembaran main. Maybe kami dapat ceduk sikit cara permainan depa and create something wonderful, colorful and cheerful.

Diharap kawan-kawan dapat memberikan sokongan yang padu kepada team Jaya walaupon pingat emas belum tentu dalam genggaman. At least, berilah kami sedikit sinar harapan untuk berjaya. (^_^)/

p/s : ow ya, scoreboard semalam kami kalah 0 - 2.

No comments:

Post a Comment