Monday, January 4, 2010

Hammer untuk desktop anda






Xigmatek Thor's Hammer

Gambar di atas adalah hammer serbaguna untuk kegunaan harian anda. Ia boleh digunakan untuk mengetuk paku, mengetuk kepala anak anda yang tidak mahu mendengar kata dan juga menyejukkan processor anda. Namun ia bukanlah sebuah hammer yang ekonomi kerana harga di pasaran sekarang adalah RM220. Ianya jauh lebih mahal daripada hammer pakcik aku yang digunakan untuk bertukang. Namun hammer ini amat berguna kepada desktop anda. Ia mampu memberikan anda sensasi kesejukan untuk processor yang sememangnya panas apatah lagi jika processor tersebut di'oc'kan.

Nak dijadikan cerita roomate aku telah membeli hammer ini demi memberikan lebih impak kepada desktop beliau. Tahniah kepada beliau kerana berkat kesabaran dan ketabahan beliau menunggu duit PTPTN masuk, akhirnya beliau mampu memiliki cooler yang bukan pilihannya pada awalnya. Apapun diharap desktop beliau akan lebih sejuk daripada desktop roomate-roomatenya yang panas.

Akhir kata, belilah hammer yang lebih murah untuk bertukang. (^_^)/

No comments:

Post a Comment