Wednesday, February 16, 2011

EVGA GTX460 Superclock Extrenal Exhaust

Haa. Yang nie nama graphic card aku ke berapa ye? Ke-5. Graphic card nie adalah fermi version yang awal-awal dulu selain GTX465, GTX470 dan GTX480. Masa tu pon EVGA baru nak ada dalam pasaran Malaysia setelah aku ikut forum selama setahun (2009).

Graphic card nie lain sikit version dia dengan normal version. Bezanya pada cooler. Yang nie jenis blower. But still black in color. Specifications dia seperti kat bawah:
  • Core clock = 763MHz
  • Memory clock = 3800MHz
  • Shader clock = 1526MHz
  • CUDA cores = 336
  • Memory detail = 1024Mb
  • Memory band width = 256bit
Harga? Murah ja. Tak sampai seribu. Baru RM820. Waa... Habis duit aku. Tapi sebab masa tu tengah sangap nak main game, aku beli jugak. Mahal jugak la. Tapi sebab GTX460 pon baru di'launch'. Mesti la harga mahal sikit. Tapi puas hati jugak sebab NVidia latest graphic card nie sejuk. Idle boleh capai serendah 37'c.

Untuk pengguna di Malaysia, kita hanya dapat warranty 2.5 tahun berbanding di US lifetime warranty. Adakah ini keadilan @ diskriminasi? Joke je. Lepas tu apa lagi, serve nafsu la jawabnya. Main seberapa banyak game yang mampu. Kelas? Esok lusa pon ada kelas. Nanti aku pi la.

Gambar sekadar hiasan




No comments:

Post a Comment