Thursday, October 1, 2009

3 - 1

Alhamdulillah, hari nie merupakan antara hari-hari yang gemilang bwat kami di mana kami telah menang 3 - 1 menentang pasukan Chemengusm. Walaupun keadaan padang agak berair berikutan hujan beberapa hari nie namun ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang hingga ke titisan peluh yang terakhir.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain tengah kami iaitu Fariman. Shahril melorongkan bola tepat ke kaki Fariman. Fariman dengan konfidennya merembat kencang tanpa menghiraukan rakan-rakannya yang terpekik terlolong meminta bola. Namun, kami tidak kisah kerana rembatannya tepat menerjah gawang pihak lawan. Jika penjaga gol lawan tinggi sedikit pasti tidak gol. Jadi kami bersyukur kerana keeper tersebut tidak setinggi Petr Cech.

Gol kedua pula dijaringkan oleh Shahril. Through ball yang dilorongkan untuk aku telah aku cross dengan selamba. Pada mulanya aku ingat dapat kat Ammar tapi dia menbodohkan keeper pihak lawan dengan membiarkan sahaja bola tersebut melepasi dirinya dan dapat kepada Shahril. Akhirnya, bola tersebut dijaringkan dengan mudah tanpa disedari oleh pihak penaja.

Terdapat sedikit kekecohan berlaku di mana striker kami pada hari nie, Shahril telah menjatuhkan dirinya dengan sengaja sambil tersenyum kerana dia tahu penalti sudah ada dalam genggaman. Penjaring gol ketiga kami, Izhar mengambil penalti tersebut lalu menyempurnakannya dengan wajah yang murni lagi berseri.

Apa yang aku bwat hari nie? Aku kena tackle dan terminum sedikit air di padang tadi dengan di campur sedikit ramuan tradisi tanah dan rumput. Selain itu aku juga turut membazirkan bola yang sepatutnya disempurnakan oleh mereka yang lebih power seperti amin dan rakan-rakanku yang lain. Dengan perasaan tamak haloba taik hidung masin, aku bwat dono lalu melepaskan rembatan yang aku sudah tahu pasti akan tersasar punya la... Maafku pinta kepada semua...

Last but not least, kami amat berpuas hati kerana telah menang pada hari ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pemain bola sepak awam 3. Dengan kesungguhan yang ditampilkan kita mampu menang pada hari ini. Alhamdulillah... Semoga kita akan menang lagi esok... InsyaAllah... (^_^)/

Senarai pemain awam 3:
1.amin - wing kanan
2.azman - bek tengah
3.shahril - penyerang
4.izhar - bek tengah
5.fariman - tengah
6.jep - wing kiri
7.kamal - bek kiri
8.syidi - penyerang
9.hadi - bek kiri
10.apis - penyerang
11.luqman - bek kanan
12.ikhwan - penjaga gol
13.ammar - penyerang
14.badut - tengah
15.zuha - bek kanan
16.shasha - bek tengah
17.faiz - bek kanan
18.aku - wing kiri

No comments:

Post a Comment